Wednesday, December 9, 2009

penenang hati


Engkau Yang Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi..~


Kitab Al-Quran ini tdak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa.

Yaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada

(Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diurunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya akhirat.

Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

(Al-Baqarah : 2-5)

Friday, November 20, 2009

Tangis


~Selawat dan Zikr Kalamullah~
Buat hati yang sedang sakit, merintih untuk diubati

"""Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan,
Allah pasti mengetahuinya"
(Ali-'Imran: 29)

Air mata ini untuk Tuhan, bukan untuk siapa-siapa
Mahu beri padaNya, hanya untuk Dia
Sekali lagi hati ini disentuh
Sekali lagi titisan hangat menitis di pipi
Tidak tahu apa yang hati rasa, keliru bermain dengan perasaan
Berat..menangung cinta, sakit..menanggung rindu
Nafsu berbisik pada hati
Lafazkan cinta padanya
Diri ini rebah minta dipapah untuk bangun semula

Sekali lagi hati ini sakit..takut kehilangannya atau kehilanganNya?
Terkadang..ingin sendirian. Lihat rona senja melabuhkan tirai
Sepi..sayu saat itu datang temani aku
Hati merintih..rindu pada bonda..Andaikan bonda ada, bisa temani diri, bisa beri kata-kata
Tuhan yang mengetahui segala isi hati..
Dia tahu hati ini bergelora, tahu hati ini resah
Mahunya hati ini dikemudi..melayar lautan kehidupan yang tiada penghujung
Mahu cinta, kasih dan rindu ini untuknya
Diri terasa lemah, kerana cinta seorang insan

Ya Ilahi
Jangan campakkan cinta, kasih dan rindu ini hanya padanya
Kerana hati dan jiwa ini mahu Engkau
Engkau yang pertama
Andai dia kebahagiaanku,
beritahu pada hatinya
Hati dan jiwa ini adalah untuknya
seandainya dalam hatinya juga hanya ada Engkau

Tuhan..
Teguhkan iman kami, kukuhkan hati kami kepada cintaMu
Mahunya jiwa ini adalah jalan redha dan bukan kefasikan

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa dan tidakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami"
(Ali 'Imran:47)

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa"
(Al-Furqan: 74)


Bayangan..
Baring di atas rumput hijau
Terbentang, luas...umpama skrin semesta
Bau rumput..Dengar kicau burung..berkejaran
Lihat awan berarak..berkepul di mega nan biru
Sambil mata terpejam..sayu menghayati
Dari lena..mata terjaga
Senja datang melabuhkan tirai
Bersama putaran waktu
Langit merah..mentari kekuningan
Menanti gelap, hadirnya bulan bersama bintang
Esok..
Mungkinkah ada?
Untukku ulang hari ini?

Thursday, November 19, 2009

Terbang


terbang..terbang tinggi
terbang sampai kau capai awan biru itu
terbang lagi..jangan berhenti
rasa bayu, rasa kapas awan..lembut menyisir tubuh
bila terbang..jangan kau toleh ke belakang..
pandang hadapan, kejar merah mentari itu
capai sampai dapat..jangan putus asa..
maju ke hadapan..
Tuhan pasti bantu...yakin dalam hati..percaya dalam iman

Tuesday, November 17, 2009

JUANG


Bait cinta
Butir cinta
Kias cinta
semuanya tentang perjuangan
Aku gembira berada di medan ini

jika kau kasihi aku

jangan sekali kau suruh aku paling dari jalan ini
jangan sekali kau suruh aku jauh dari jalan ini
aku mahu hidup
aku mahu jiwa ini bernyanwa
aku mahu hati punya cahaya
tinggalkan aku andai kau beri pilihan padaku
kerana hanya Dia yang perlu aku pilih

Buat dia





Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ..........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. .....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..

Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....

.: Perkongsian dari seorang akh, aku palitkan di laman ini untuk satu perkongsian sebagai pedoman....ngeee ~

Monday, November 16, 2009


بسم الله الرحمن الرحيم..

~ kalam indah milik Rabbul Jaleel..~
puisi jalanan..bersepah di kaki lima, berharga buatku..


melirih..

memandang..

pada dia
yang berdiri di tepi jendela
seorang wanita berselendang biru

sedang asyik memerhati

rintik hujan berderai membasah bumi

teringat pada emak
yang selalu memerhati anak-anak bermain hujan
kala mendung, hujan turun

rindu pada emak

yang tidak putus beri nasihat

pada anak nakal
pada anak degil

pada anak yang tak mahu dengar kata


Tuhan,

jaga emak di sana

aku mahu ketemu dengannya
mahu dakapnya

mahu beri ciuman ini padanya

Sunday, November 15, 2009

kapur qaseh

~ Solatullah Wa salamun Alaik ~



Jari melakar kemas
di atas papan berwarna hijau
meluncurkan baris-baris abjad
dengan warna-warna kapur
kuning, hijau, biru, putih, merah

Beginilah aku
bergelar seorang guru
takdir yang tertulis dalam sebuah buku

daripada kapur
aku mengenal cinta
kasih seorang guru
kini adalah aku





pena hati


~Tuhan yang mengetahui segala isi hati~

"Katakanlah, jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya." Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.
(Ali 'Imran:29)

menulis dengan pena
melakar dengan jiwa
mengarang bersama hati

Dia
yang Maha tahu
apa yang kau rasa
apa yang kau benci
apa yang kau mahu
kemungkaran dan kefasikan
atau..
bahagia abadi

Abdikan Dia dalam hati
Suburkan cinta dengan zikrnya




aku bukan siapa-siapa


semalam aku belajar tentang pedoman
sebuah harapan
sebuah kepercayaan
dan..
sebuah kemaafan
aku bukan siapa-siapa untuk menilai baik buruk insan
kerana aku
bukan insan sempurna
beza kita hanya 1 garisan
aku bisa jadi engkau
dan engkau bisa jadi aku
semalam
seorang guru bercerita
seorang sahabat belajar dari syaitan
bacaan ayat kursi
hebatkan Tuhan..
menulis takdir makhluknya
hingga syaitan bisa mengajar manusia
aku bukan siapa-siapa
yang dilahirkan untuk mengadili orang
kerana
kita kepunyaan Tuhan


hujan


semalam aku menari bersama hujan
di atas hijau rumput
saat insan lain duduk di pendiangan
merasa hangat dinginnya malam
melayan perasaan
bercerita bersama teman
aku..
menari bersama hujan
berkongsi cerita
mungkinkah
sedih?
benci?
atau..
bahagia?
semalam bagi aku
hanya hujan mengerti aku

Tuesday, November 10, 2009

aku mahu seperti mereka


Rasulallah saw dan aisyah sering makan bersama bahkan berkongsi satu pinggan yang sama. Aisyah pernah meriwayatkan sebagaimana berikut :: "suatu hari, aku makan bersama Rasulallah. Tiba-tiba Umar melintas dan Baginda memanggilnya untuk makan bersama kami. Kadang kala tanganku menyentuh jari Baginda."
(Riwayat Al-Bukhari, Al-Nasai'e dan al-Tabrani)


Aisyah juga pernah meriwayatkan :: beliau meminum minuman lalu memberikannya kepada Rasulallah saw. Baginda kemudiannya minum dari gelas yang sama, dengan meletakkan mulutnya di tempat bekas mulut Aisyah.
(Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i dan Ibnu Majah)


Pada ketika yang lain:: pernah Rasulallah dan Aisyah saling menarik sepotong daging yang sama kerana penglihatannya yang terbatas dalam keadaan bilik yang gelap (kurang cahaya)
(Riwayat Ahmad)

aku dan kamu


menari bersama angin
terbang bersama awan

berenang bersama air

kasih pada Tuhan
cinta pada Allah
rindu pada Rasul

sayang pada ibu
sayang pada ayah
sayang pada kakak

sayang pada abang

sahabat??
kamu kepercayaanku
kamu penghiburku
kamu adalah untukku!

kau kata


kau kata,
aku beri kau nafas
kau kata,
aku beri kau cahaya
kau kata,
aku beri kau gembira
kau kata,
aku beri kau bahagia

Bukan..Bukan aku
aku tak pernah beri kau apa-apa
Jika engkau tanya padaku
jawapannya hanya satu

Tuhan
Tuhan beri kau segalanya
nafas
cahaya
gembira
dan bahagia

sedang aku tak punya apa-apa
jika kau cinta pada Tuhan
Jika kau kasih pada Tuhan
Jika kau rindu pada Tuhan
pasti Dia beri segalanya
lebih cinta, lebih kasih dan lebih rindu
jangan cinta padaku
tapi..
cinta pada Allah


Wednesday, November 4, 2009


~Dengan nama Allah, Maha Pemurah lagi Mengasihi~

Dengar rintik hujan di luar jendela
Renyai-renyai membasahi alam
Dinginnya bayu menampar jasad
Mengucup lembut ubun di dahi
Bila terjaga
Tiada kalam seindah syukur
Alhamdulillah ya Rabbul Jaleel
Terasa kehangatan nafas
Segar menghirup udara nyaman
Sekali lagi
aku diberi peluang
untuk merasa hangat kasihNya
untuk merasa dingin cintaNya
pinjaman yang bernilai buat diri
Terima Kasih Tuhan..!


Tuesday, November 3, 2009

bulan pagi


malam tadi aku bermujahadah
bertanya padaNya perihal cinta
sekali lagi aku diuji
berat rasanya, sesak fikiran ini
terasa kerdil dan hina dihadapannya
kerana
diri ini tidak mampu
diri ini jadi lemah
sedangkan kini
banyak masalah berat yang menimpa umat
sedang aku..
baru ditimpa masalah yang seringan-ringannya
aku jadi malu padaNya
aku jadi malu pada pejuang-pejuang
aku jadi malu pada para syuhada'
aku jadi malu pada serikandi
Tuhan..
jaga hati ini..
pelihara hati ini
tunjukkan jalan
agar perjalanan hidupku
memperoleh mardhatillah...

Sunday, November 1, 2009

warna hati


hati..
warnanya apa ya?
andai aku bisa pilih apa warna hati
pink?
kuning?
ungu?
biru?
atau...
hitam...? sedih...

andai warna hati ini warna warni
bagaimana ya?
andai hitam...? sedih...

Tuhan,
beri aku hati
hati yang Engkau pelihara
supaya jiwaku bernafas
menghidu ubun-ubun cinta kasihMu..


Saturday, October 31, 2009

karam..

karam hati
bila tiada cahaya
karam jiwa
bila tiada kemudi
karam bicara
bila tiada tinta
karam cinta
bila tiada yang kasih
sinarkan cahaya pada hati
kemudikan jiwa ini
kiaskan tinta pada bicara
baitkan kasih untuk cinta

Hiking ! :)













































Takdir Dari Yang Kasih

Takdir Ilahi penentu kehidupan
Penguji keesaan Rabb dlm sanubari manusia
Setiap perkara perlukan kebahagian
dan setiap insan selalunya bersandar
pada insan lain demi mencapai naluri kasih sayang

Adakah kita termasuk dalam golongan
yang menyerahkan masa hadapan
pada yang MAha Esa..?
Baik yang disenangi atau tidak
sebenarnya adalah
keimanan pada takdir (qada dan qadar)

kita dituntut untuk meredhai takdir
dengan mensyukurinya
kerana
tanpa takdir, manusia tiada kehidupan
tanpa sukar, tiadalah senang
tanpa redha, tiadalah syukur
tanpa syukur, tiadalah bahagia

Kau LELAKI

percayakah aku pada lelaki?
bila melihat di luar sana
aku keliru untuk memilih
mana satu lelaki yang benar2 lelaki
lelaki yang menjaga maruah wanita
lelaki yang menjaga malu wanita
lelaki yang menjaga aib wanita

maaf Adam,
aku bukan menuding jari pada semua lelaki
kadang-kadang,
salah wanita juga
engkau jadi begini..

tapi..
sukarkah bagimu untuk mengatakan
janji setia?
setia pada yang satu
setia pada yang seorang
sukarkah bagimu untuk percaya
pada wanita?

beri aku jawapan yang pasti
bukan ragu-ragu
demi kebahagian abadi

Sekeping Hati

Sekeping hati..
adalah milikNya
hadiah paling bernilai buat diriku
ingin aku berikan hati ini padanya
ingin aku hadiahkan hati ini padanya
agar dia tahu,
rinduku adalah untuknya
kasihku adalah buatnya

Sekeping hati..
kepunyaan Pemilik diriku
bersandarkan kasih Ilahi
dalam lindungan rahmatNya
aku mengharap
agar hati ini seiring dengan hatinya
sama-sama mencari redha Ilahi

Tingginya Pelangi

Andai bisa ku gapai pelangi
cantik di medan angkasa
Memancarkan warnanya
Biar semua tahu
"aku adalah yang tercantik"
Pelangi nan indah
Berdiri megah
Milik Sang Pencipta
Hanya datang sekali-sekala

AMARAH INI

ingin aku luahkan pada lautan
yang luas terbentang di bawah naungan
meluahkan segala amarah yang terpendam
dalam dasar hati
yang menunggu masa untuk
terhambur keluar
melepaskan satu bebanan

marahnya hati ini
bencinya jiwa ini
sakitnya perasaan ini
bila kepercayaan dikhianati
bila kepercayaan tidak lagi dipercayai

Monday, October 26, 2009

saat aku ingin bahagia:

dari jauh aku hanya melihat
dirinya yang selalu dekat dalam hati
bila aku mula bicara dengannya
jantungku berdegup
dalam fikiranku hanya ada namanya
terkadang hati membisikkan sesuatu
mengatakan dia adalah milikku
adakah ini suatu kepastian?
ku biarkan hati ini terus berbisik
mungkin bisikan sang durjana
yang mahu aku tewas dalam tangannya
yang mahu aku tersungkur membelakangkan kasih hakiki
namun,
aku terus mengharap dan meminta padaNya
agar dia sentiasa bahagia
mendapat curahan kasih sayangNya
supaya nanti
aku bisa tersenyum melihat
lukisan bibir terlakar di wajahnya

Sunday, October 25, 2009

semalam

semalam adalah kisah yang pasti
semalam adalah kenangan lalu
sama ada suka atau duka
sama ada pahit atau manis

Semalam hanya tinggal sejarah
jika ditulis dalam diari
pasti akan ada 1 kisah di hadapannya

berlari ke langit

hari ini
aku ingin berlari
berlari ke langit
jauh di angkasa raya
meninggalkan bumi ini

hari ini
aku ingin berlari
berlari jauh dari manusia
mengejar bintang kejora
yang menanti di sana

hari ini
aku ingin berlari
menuju langit biru
meninggalkan sengsara
meninggalkan duka
berlari mendapatkan bahagia...

Friday, October 9, 2009

Sekeping Kertas Putih

Sekeping kertas putih
Warnanya bersih
Suci tanpa noda

Sekeping kertas putih
Andai bisa aku persiskan seperti diri ini
Mulus dan kudus

Sehelai kertas putih
Andai dihias dan dirias dengan warna pelangi
Pasti tampak cantik dan menawan

Sekeping kertas putih
Andai bisa aku persiskan seperti diri ini
Jika dihias dengan rona-rona cinta
Pasti indah dan mempesona
Pasti auranya menerobos hati insan lain

Sekeping kertas putih
Andai sucinya tak pernah ternoda dengan noktah hitam
Jangan pernah kau cemarinya walau sekelumit kotoran
Kerana indahnya sekeping kertas putih
Tidak dapat diganti dengan putih yang asli

Thursday, October 8, 2009

Andai Aku Tidak Punya Hati

Andai aku tidak punya hati
pasti aku tidak merindu

Andai aku tidak punya hati
pasti aku tidak mengasihi

Andai aku tidak punya hati
pasti aku tidak tahu mencintai

Andai aku tidak punya hati
pasti aku tidak punya perasaan
pasti aku tidak tahu ketawa
pasti aku tidak tahu bersedih
pasti aku tidak tahu menangis

Ya Rabb,
Pelihara hati ini
Pelihara jiwa ini

Jangan biar hati ini pergi
kerana
aku mahu merindu
aku mahu mengasihi
aku mahu menyayangi









kau Yang Aku Cari


Andai aku punya waktu...
akan ku abadikan waktu itu untuk sebuah percintaan
Andai aku punya waktu...
akan aku luangkan waktu itu untuk kasih abadi
Andai aku punya waktu...
akan ku bahagiakan hidupnya tanpa noktah

Ya Rabb...

Suluhkan cahayaMu kepada Rijal yang mencari dan menagih cintaku...
kerana,
Cinta ini hanya untuk dia yang benar-benar ingin berkasih denganku....
Ya RAhim...
Taburkan benih-benih kasihMu kepada Rijal yang mencari dan menagih cintaku...

kerana,
Hati ini hanya untuk dia yang benar-benar ingin bercinta denganku
Ya 'Azim..

Engkau yang mengetahui segala isi hati

Permudahkan jalan kepadanya untuk mendekatiku
permudahkan jalan kepadanya untuk mendampingiku

Ya Latiff,
Hanya padaMu aku bersujud

Temukan aku dengan Rijal yang mendambakan cintaMu

Temukan aku dengan Rijal yang menagih kasihMu
Temukan aku dengan Rijal yang menitiskan air mata kerana rindu padaMu

Tuesday, October 6, 2009

Temani Aku Malam Ini

angin menghembus...
bintang mengerlip...
aku di sini..
berteleku sendiri..
mennti untuk ditemani..

saat ini,
waktu ini,
ketika ini,

aku hanya bermunajat
mengabdikan diri
krn aku seorg hamba

hamba kerdil yg hina
hamba kerdil yg menumpang
hamba kerdil yg sntiasa melakukan dosa
hamba kerdil yg lemah dan tidak berdaya
melawan nafsu duniawi

aku bermohon
moga aku diberi kesempatan,
moga aku diberi peluang,
moga aku diberi ruang
untuk sebuah penyesalan
untuk sebuah keinsafan

aku bermohon padaMu Tuhan
agar aku diberi nafas
ketika tersedar dari lena
ketika tersedar dari sebuah perjalanan yg amat panjang

untuk terus bermunajat
untuk terus berzikir
untuk terus bertahajud

demi meraih sebuah cinta
demi menagih sebuah kasih
demi mengemis sebuah sayang


Friday, October 2, 2009

selamat hari lahir



cida:
hpy besday 2 u, masak ubi kayu..hehe. saya nor syahida bt m abd hamid mengucapkan selmt hr rye n cmt ari lhir yg k-20. Jae-Mii: Happy Birthday Mek Cygku! Sha: Salam. Mok Tok hepi bday Salwa: Salam..hepy sweet 20th my fren. Jihah: Ya Allah Ya Tuhanku...Perkayalah sahabatku ini, Noor adilah Shafie yg ku kasihi dgn keimann dan keilmuan, hiasilah hatinya dgn kesabaran, muliakanlah wajahnya dgn ketakwaan dan perindahlah fizikalnya dgn kesihatan serta amal ibadahnya. Amin. "selamat hari lahir ke 20, smg pjg umur, murh rzki, bhgia selalu. Pijan: Hepi besday Faten: Yayang! hepi besdeh. kome 2o da beb. wakakaka. taun dpn da bley ngundi. selmt pjg umur, slmt mnmbh aml. lebiu.lebiu Juwa: "Kdg2 Allah jrkkn hubungan kita, kemudian Dia dtgkan pula dgn dugaan..Puas kita menangis mencari mn temn ksyngn kta, rupanya Allah nk hadiahkn kita KERINDUAN yg brpnjangn". InsyaAllah kite pst akn b'kwn smpai akhirat. Amin.. kerana ukhwah itu indah, slm mn kta x b'jumpa, slm mn kita x bsua dan slm mn kt x bhbg. ia ttp bjln, sprt mn ukhwah kt b2. Amin. Slmt ari lhir.smg dmurahkan rzk.

Tuesday, September 29, 2009

cerita Syawal





1st of all.... SELAMAT HARI RAYA - MAAF ZAHEER & BATIN buat yg mengenali diri ini...

Cerita Syawal nie ditujukan khas buat family aku sebab syawal tahun ni yg x berapa meriah tp sgt memberi makna kat aku..


2 Hari Sebelum Raye...

aku yg beli tiket awal yg kononnye pasti sesngt akan blk awal dr kwn2 rupenye still blk plg last...benci's sesngt..maktab pon 1, lmbat betau kate de cuti.. ChEiss!!!!

1 Hari Sebelum Raye..

pg2 bute da bgn sebb exited sgt nk menyumbang bakti buat persiapan rye.
Ingatkn ketupat tade..tp lepas abg jo b'tungkus lumus cri daun daun klpe yg mude tu bru la dpt anyam ketupat..
aku terer bab anyam menganyam ni...
Tabik spring la abg Jo!!!! ko memg Tarzan kg!

sebb ko la ktorg dpt mkn ktupat lg taun ni.. Abg Pit plak.... kopek kulit kerg ngn aku la nk wat serunding kerang.. msg2 sebok wat kje..suke sgt tyme ni, klu bole...bia xyah rye pon tape...hahaha

mlm rye...
Pas buka pose n smyg mgrb, sume
parking dpn tv... tgu pe lg...tgu abg hensem kuar tv bg pengumuman rye la... mmg da agk da~!! esok rye.. pe lg..knk2 di dalam rumah sumenye bertempiaran kluar sebb x sbr nk men bunge api.. jgnkan budk2... bpk budk pon join skaki spe lg klu bukn abg pit ngn abg jo.. meriah sgt... pg raye..
sume org dgn mte bengkak tepakse bgn awal.. pdn muke!! da tau sok rye, kne bgn awal...npe tdo lmbat ??? nenek ngn mkcik aku yg sebok kat dapur mmg non-stop masak.. almaklumlah... ank cucu rmai..mne ckup msk sket2 ni..

Pas semayang raye..
cam besa, rutin n xtviti ktorg adik bradik g kubur la...ziarah kubur mak.. n wat 1st tyme ni gak...abg jo jd imam utk bce yasin.. kui3....tu pon sebb sume org tgu dye start.. pas tu... blk dr kubur, aku yg nek moto ngn abg pit trus mrempit g kedai... hahahaha...!!! mlarikan dri drp membuat keje sebbnye tanak layan org dtg...

then...

g rye la...

jumpe abh ngn mak no.1...
ruma wajib tu....
sebelum tu...
sedia...

1,2... Klik !

Thursday, September 17, 2009

Syarat C.O.U.P.L.E

1. Jangan telefon
Firman Allah; " Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah-lembutkan suara) dalam berbicara sehingga membangkitkan nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik." (Al-Ahzab:32)

2. Jangan mesej atau email
Keelokan agama Islam adalah meninggalkan perkara yang bukan kepentingan.

3. Jangan jumpa
Firman Allah;
"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat), kecuali yang biasa terlihat...." (An-Nuur:31)

4. Jangan bersentuhan atau berpegangan tangan "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi adalah lebih baik daripada kaum yang bukan halal baginya. (HR At-Tabrani & Baihaqi)

5. Jangan beritahu dia bahawa ;
KAMU SUKA DIA


Sepi Sebatang Pokok


Hati ini pernah merasa sepi,
jiwa ini pernah merasa kosong,
diri ini pernah merasa sendiri.....
seakan-akan berada di kawasan yang luas
tanpa ada siapa yang mempedulikan diriku

Aku menangis ketika mencari bahagia,
aku merintih tatkala tiada siapa yang hadir menghiburkanku

namun...
yang pasti hanya satu
Dia yang selalu bersamaku
Dia yang selalu mendengar rintihanku
Dia yang menungguku untuk berbicara denganNya
Dia yang menungguku untuk sujud kepadaNya
Dia yang nenungguku untuk meminta kepadaNya

Tapi...
aku sering lupa,
aku selalu alpa...

Saat senang,
aku lupakaan diriNya
saat susah...?
saat berduka...?
saat kecewa...?
sendirian, merintih , mencari kemana Dia hilang

Tapi Dia?
Sedetik pun tidak pernah meninggalkan diriku...



Monday, August 24, 2009

mungkinkah kisah aku?

KISAHAMNI:AKUYANGMASIHMENCARIDANTERUSMENCARI


Kadangkala kita perlu menangis
Untuk
Menghargai saat bahagia
Dan
Kadangkala kita perlu bergembira
Bagi
Setitis air mata...

Sedingin angin malam yang membasahi tubuh
Tatkala roh-roh manusia sedang mengembara
Aku berjaga sendirian
Bertemankan Raqib dan ’Atid
Bukan menyiapkan assingment
Bukan bermesej dengan kekasih
Bukan termenung kosong
Tapi
Aku berfikir
Berfikir tentang sebuah kehidupan
Berfikir tentang sebuah persahabatan
Berfikir tentang sebuah penghijrahan
Di hadapanku
Bertemankan kitab suci
Sahabat suka dan duka
Aku coretkan kisah ini
Bersaksikan al-Quran
Yang isinya penuh dengan kebenaran


”Kak, kalau kite suka kat seseorang, kite kene mengaku ke?”, sebuah pertanyaan daripada seorang adik kepada seorang kakak yang sentiasa membantu diriku tatkala aku dirundung masalah. ”Barangsiapa yang menyukai seseorang tetapi memendamkan perasaanya, seolah-olah berjuang untuk mati syahid”, dengan mudah kak Zaraa menuturkan jawapan. ”Tapi kak, kalau dah suka kenapa nak pendam?”,aku terus bertanya. ” Amni suka pada mana-mana ikhwah ke? ”. Aku diam. Aku berbohong. Takut kalau kak Zaraa mengesyaki sesuatu. ”Tak lah, ade kawan ni tanye kat Amni”.
Aku menukar topik perbualan. Malam itu aku menghabiskan masa bersama kak Zaraa.
Sejak pertama kali menjejakkan kaki di Institut Pendidikan ini, aku tertarik dengan keperibadian kak Zaraa. Aku berjumpa dengannya di surau sewaktu solat berjemaah. Kak Zaraa yang menegur aku. Keperibadiannya menarik minatku untuk mendekatinya. Melalui kak Zaraa aku mengenali usrah. Melalui usrah aku mengenali erti sebenar Islam. Melalui Islam aku mengetahui banyak perkara. Daripada usrah, aku melakukan penghijrahan ke atas diriku.
Dan daripada usrah, aku mengenali Ammar. Seorang sahabat yang penuh ilmu didada. Aku mengaguminya kerana kepandaiannya tentang ilmu agama yang tinggi. Selain kak Zaraa, Ammar adalah tempat aku merujuk segala kekeliruan tentang agama. Ammar merupakan coursemate aku. Walaupun berlainan kelas, kami sering kelihatan bersama. Menghabiskan masa menelaah bersama dan berbincang mengenai hal-hal agama.
Kerana aku bukan dilahirkan daripada keluarga yang mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Ibu dan ayah tidak menghiraukan anak-anak, sibuk mengejar kekayaan. Abang dan kakak yang berpeleseran mengejar bahagia dunia. Aku. Seorang anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Bertindak mengikut gerak hati. Betapa jahilnya diriku yang tidak mengenal Islam. Sewaktu di sekolah rendah, pada waktu petang acapkali aku melihat rakan-rakanku menuanikan solat. Tapi aku? Bagaimana mahu solat kalau ayah dan ibu tak pernah mengajar ? Aku menginjak dewasa tanpa bimbingan ibu dan ayah.
Sahabat-sahabat yang berada disekeliling menyalahertikan hubungan antara aku dan Ammar. Mereka menyangka aku dan Ammar adalah pasangan kekasih. Sedangkan aku tahu bahawa Ammar sudah mempunyai pilihan hati, Zakiah namanya. Malah lebih baik daripada diriku. Zakiah lahir daripada sebuah keluarga yang mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dan bersekolah di sekolah agama. Sedangkan aku? Jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan Zakiah. Aku biarkan sahaja apa yang dikatakan oleh rakan-rakan memandangkan Ammar tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh mereka. Mutahil bagi Ammar untuk menyukai gadis sepertiku. Lagi pun aku dan Ammar hanya berkongsi ilmu. Mustahil aku dan Shakir akan menyimpan perasaan antara satu sama lain.
Suatu hari, aku diajak oleh kak Zaraa untuk mendengar tazkirah daripada kak Thirah, sahabat kak Zaraa. Seorang gadis yang berjiwa besar untuk menyebarkan dakwah fi sabilillah. Aku tersentak mendengar tajuk tazkirah. Couple is HARAM. Aku mendengar dengan penuh perhatian. Maklumlah, walaupun selama ini aku tidak pernah bercouple, tapi aku adalah tempat rujukan bagi sahabat-sahabat yang mempunyai masalah dalam percintaan.
Ammar juga begitu. Teringat sewaktu aku belum menyertai usrah, Ammar sering berkongsi masalah jika dia mempunyai masalah dengan Zakiah. Menceritkan perihal Zakiah kepadaku dan meminta nasihat daripadaku. Tidak hairan bagiku apabila Ammar dan Zakiah bercouple walaupun mereka adalah stok sekolah agama bercouple kerana sahabat sewaktu dibangku sekolah juga persis seperti Ammar dan Zakiah. ’Cinta anta anti’. Itulah gelaran yang selalu aku guna untuk menggelar mereka. Oleh sebab itu, aku kurang menghormati pelajar sekolah agama. Di depan baik, tapi di belakang sama. Orang yang bercouple ditegur tetapi diri sendiri?
Dahulu, itu adalah persepsiku. Kini, setelah mataku terbuka dan akalku matang untuk berfikir, aku tahu bahawa tidak semua orang sama. Bukan semua orang yang tidak menutup aurat jahat dan bukan semua orang yang menutup aurat tidak melakukan kesalahan. Semuanya sama disisi Allah.
Tidak pernah terlintas di fikiranku bahawa couple itu Haram. Setahu aku apa yang haram adalah zina. Couple akan menjerumuskan seseorang ke lembah zina. Daripada bercouple, mereka akan mula berpegang tangan, meraba-raba dan akhirnya nafsu menguasai mereka. Tak kira orang yang beragama atau tidak. Dosa dilakukan seolah-olah mata mereka buta, akal mereka ditutup seolah-olah Raqib dan ’Atid tidak wujud.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

Aku bukan seorang yang mudah untuk mempercayai sesuatu perkara, aku melayari internet berkaitan dengan isu couple untuk mencari bukti. Jari jemari halusku menaip iluvislam.com. Ternyata segala persoalan yang bermain difikiranku terjawab. Aku puas. Saat itu, aku mula lupa dengan ikhtilat yang sepatutnya aku jaga. Aku terfikirkan Ammar. Aku silap selama ini, aku tidak seharusnya terus berjumpa dan bermesej dengan Ammar. Aku mula menjarakkan diri dengan Ammar.
Setelah satu semester bersama dalam usrah, terniat dalam hati untuk melakukan penghijrahan terhadap diri ini. Tapi, apa pandangan keluarga? Apa pandangan kawan-kawan? Saat itu, aku lemah, aku rasa keseorangan. Aku menemui kak Zaraa. ”Amni, diri kita bukan milik kita tapi adalah milik jemaah”, kata-kata kak Zaraa menyenangkan hatiku. Ternyata, rakan-rakan yang seusrah denganku menyokong. Aku tidak sendiri, aku bersama usrah. Ammar juga menyokong. Tapi, satu yang membebankan fikiranku. Pasti orang yang tidak faham akan berfikir bahawa aku berubah kerana Ammar. Aku tabahkan hati, aku kuatkan semangat. Aku mahu berubah kerana Allah. Aku mahu berubah kerana Allah menyayangiku. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Aku mula membiasakan diri dengan penampilanku yang baru. Berhadapan dengan keluarga dan rakan-rakan yang memerli diriku. Aku terasa kerdil. Aku tabahkan hati kerana aku punya Allah dan aku punya jemaah.

”Permulaan sabar adalah pahit, tapi manis pada akhirnya....”

Ammar kerap menghantar pesanan ringkas kepada walaupun tidak berbalas. Semakin aku menjauhinya, semakin dekat dirinya denganku. Suatu hari, Ammar mengaku bahawa dia menyukaiku.
Malam itu, aku menangis kerana seorang lelaki. Aku yang selama ini tidak mempercayai cinta akhirnya kalah dengan prinsip yang aku pegang selama ini. Aku beranikan diri untuk menelefon Ammar. ”Assalamualaikum”, aku memulakan bicara. Aku meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Aku mengaku aku suka kepada Ammar tetapi hanya ikatan yang sah yang menjadikan perhubungan itu halal disisi Allah. Aku hanya insan biasa, yang lemah dan tidak berdaya. Aku tak mampu menanggung azab daripada Allah kerana aku tahu siapa diriku dan aku kenal siapa aku. Aku doakan agar Ammar sedar siapa dirinya kerana dia, aku dan kita semua adalah khalifah Allah.

Moga Allah beri kekuatan padaku dan pada kalian yang mempunyai kisah persis sepertiku. Moga hati kita sentiasa kuat dan utuh. Minta pada Tuhan agar kekasih yang dicari hadir untuk sama-sama berada pada jalan Allah. Percaya dan yakinlah pada jodoh dan ketentuanNya. Kerana,

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Jika hari ini kita tidak mendapat apa yang kita ingini
Pasti Allah akan beri pada hari esok
Jika kita tidak mendapat apa yang kita ingini
Pasti Allah simpan untuk kita diakhirat kelak




Peringatan untuk diriku dan istimewa untuk sahabat-sahabat sekalian

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22)"

HanyaAmni