KISAHAMNI:AKUYANGMASIHMENCARIDANTERUSMENCARI
Kadangkala kita perlu menangis
Untuk
Menghargai saat bahagia
Dan
Kadangkala kita perlu bergembira
Bagi
Setitis air mata...
Sedingin angin malam yang membasahi tubuh
Tatkala roh-roh manusia sedang mengembara
Aku berjaga sendirian
Bertemankan Raqib dan ’Atid
Bukan menyiapkan assingment
Bukan bermesej dengan kekasih
Bukan termenung kosong
Tapi
Aku berfikir
Berfikir tentang sebuah kehidupan
Berfikir tentang sebuah persahabatan
Berfikir tentang sebuah penghijrahan
Di hadapanku
Bertemankan kitab suci
Sahabat suka dan duka
Aku coretkan kisah ini
Bersaksikan al-Quran
Yang isinya penuh dengan kebenaran
”Kak, kalau kite suka kat seseorang, kite kene mengaku ke?”, sebuah pertanyaan daripada seorang adik kepada seorang kakak yang sentiasa membantu diriku tatkala aku dirundung masalah. ”Barangsiapa yang menyukai seseorang tetapi memendamkan perasaanya, seolah-olah berjuang untuk mati syahid”, dengan mudah kak Zaraa menuturkan jawapan. ”Tapi kak, kalau dah suka kenapa nak pendam?”,aku terus bertanya. ” Amni suka pada mana-mana ikhwah ke? ”. Aku diam. Aku berbohong. Takut kalau kak Zaraa mengesyaki sesuatu. ”Tak lah, ade kawan ni tanye kat Amni”.
Aku menukar topik perbualan. Malam itu aku menghabiskan masa bersama kak Zaraa.
Sejak pertama kali menjejakkan kaki di Institut Pendidikan ini, aku tertarik dengan keperibadian kak Zaraa. Aku berjumpa dengannya di surau sewaktu solat berjemaah. Kak Zaraa yang menegur aku. Keperibadiannya menarik minatku untuk mendekatinya. Melalui kak Zaraa aku mengenali usrah. Melalui usrah aku mengenali erti sebenar Islam. Melalui Islam aku mengetahui banyak perkara. Daripada usrah, aku melakukan penghijrahan ke atas diriku.
Dan daripada usrah, aku mengenali Ammar. Seorang sahabat yang penuh ilmu didada. Aku mengaguminya kerana kepandaiannya tentang ilmu agama yang tinggi. Selain kak Zaraa, Ammar adalah tempat aku merujuk segala kekeliruan tentang agama. Ammar merupakan coursemate aku. Walaupun berlainan kelas, kami sering kelihatan bersama. Menghabiskan masa menelaah bersama dan berbincang mengenai hal-hal agama.
Kerana aku bukan dilahirkan daripada keluarga yang mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Ibu dan ayah tidak menghiraukan anak-anak, sibuk mengejar kekayaan. Abang dan kakak yang berpeleseran mengejar bahagia dunia. Aku. Seorang anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Bertindak mengikut gerak hati. Betapa jahilnya diriku yang tidak mengenal Islam. Sewaktu di sekolah rendah, pada waktu petang acapkali aku melihat rakan-rakanku menuanikan solat. Tapi aku? Bagaimana mahu solat kalau ayah dan ibu tak pernah mengajar ? Aku menginjak dewasa tanpa bimbingan ibu dan ayah.
Sahabat-sahabat yang berada disekeliling menyalahertikan hubungan antara aku dan Ammar. Mereka menyangka aku dan Ammar adalah pasangan kekasih. Sedangkan aku tahu bahawa Ammar sudah mempunyai pilihan hati, Zakiah namanya. Malah lebih baik daripada diriku. Zakiah lahir daripada sebuah keluarga yang mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dan bersekolah di sekolah agama. Sedangkan aku? Jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan Zakiah. Aku biarkan sahaja apa yang dikatakan oleh rakan-rakan memandangkan Ammar tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh mereka. Mutahil bagi Ammar untuk menyukai gadis sepertiku. Lagi pun aku dan Ammar hanya berkongsi ilmu. Mustahil aku dan Shakir akan menyimpan perasaan antara satu sama lain.
Suatu hari, aku diajak oleh kak Zaraa untuk mendengar tazkirah daripada kak Thirah, sahabat kak Zaraa. Seorang gadis yang berjiwa besar untuk menyebarkan dakwah fi sabilillah. Aku tersentak mendengar tajuk tazkirah. Couple is HARAM. Aku mendengar dengan penuh perhatian. Maklumlah, walaupun selama ini aku tidak pernah bercouple, tapi aku adalah tempat rujukan bagi sahabat-sahabat yang mempunyai masalah dalam percintaan.
Ammar juga begitu. Teringat sewaktu aku belum menyertai usrah, Ammar sering berkongsi masalah jika dia mempunyai masalah dengan Zakiah. Menceritkan perihal Zakiah kepadaku dan meminta nasihat daripadaku. Tidak hairan bagiku apabila Ammar dan Zakiah bercouple walaupun mereka adalah stok sekolah agama bercouple kerana sahabat sewaktu dibangku sekolah juga persis seperti Ammar dan Zakiah. ’Cinta anta anti’. Itulah gelaran yang selalu aku guna untuk menggelar mereka. Oleh sebab itu, aku kurang menghormati pelajar sekolah agama. Di depan baik, tapi di belakang sama. Orang yang bercouple ditegur tetapi diri sendiri?
Dahulu, itu adalah persepsiku. Kini, setelah mataku terbuka dan akalku matang untuk berfikir, aku tahu bahawa tidak semua orang sama. Bukan semua orang yang tidak menutup aurat jahat dan bukan semua orang yang menutup aurat tidak melakukan kesalahan. Semuanya sama disisi Allah.
Tidak pernah terlintas di fikiranku bahawa couple itu Haram. Setahu aku apa yang haram adalah zina. Couple akan menjerumuskan seseorang ke lembah zina. Daripada bercouple, mereka akan mula berpegang tangan, meraba-raba dan akhirnya nafsu menguasai mereka. Tak kira orang yang beragama atau tidak. Dosa dilakukan seolah-olah mata mereka buta, akal mereka ditutup seolah-olah Raqib dan ’Atid tidak wujud.
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
Aku bukan seorang yang mudah untuk mempercayai sesuatu perkara, aku melayari internet berkaitan dengan isu couple untuk mencari bukti. Jari jemari halusku menaip iluvislam.com. Ternyata segala persoalan yang bermain difikiranku terjawab. Aku puas. Saat itu, aku mula lupa dengan ikhtilat yang sepatutnya aku jaga. Aku terfikirkan Ammar. Aku silap selama ini, aku tidak seharusnya terus berjumpa dan bermesej dengan Ammar. Aku mula menjarakkan diri dengan Ammar.
Setelah satu semester bersama dalam usrah, terniat dalam hati untuk melakukan penghijrahan terhadap diri ini. Tapi, apa pandangan keluarga? Apa pandangan kawan-kawan? Saat itu, aku lemah, aku rasa keseorangan. Aku menemui kak Zaraa. ”Amni, diri kita bukan milik kita tapi adalah milik jemaah”, kata-kata kak Zaraa menyenangkan hatiku. Ternyata, rakan-rakan yang seusrah denganku menyokong. Aku tidak sendiri, aku bersama usrah. Ammar juga menyokong. Tapi, satu yang membebankan fikiranku. Pasti orang yang tidak faham akan berfikir bahawa aku berubah kerana Ammar. Aku tabahkan hati, aku kuatkan semangat. Aku mahu berubah kerana Allah. Aku mahu berubah kerana Allah menyayangiku. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Aku mula membiasakan diri dengan penampilanku yang baru. Berhadapan dengan keluarga dan rakan-rakan yang memerli diriku. Aku terasa kerdil. Aku tabahkan hati kerana aku punya Allah dan aku punya jemaah.
”Permulaan sabar adalah pahit, tapi manis pada akhirnya....”
Ammar kerap menghantar pesanan ringkas kepada walaupun tidak berbalas. Semakin aku menjauhinya, semakin dekat dirinya denganku. Suatu hari, Ammar mengaku bahawa dia menyukaiku.
Malam itu, aku menangis kerana seorang lelaki. Aku yang selama ini tidak mempercayai cinta akhirnya kalah dengan prinsip yang aku pegang selama ini. Aku beranikan diri untuk menelefon Ammar. ”Assalamualaikum”, aku memulakan bicara. Aku meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Aku mengaku aku suka kepada Ammar tetapi hanya ikatan yang sah yang menjadikan perhubungan itu halal disisi Allah. Aku hanya insan biasa, yang lemah dan tidak berdaya. Aku tak mampu menanggung azab daripada Allah kerana aku tahu siapa diriku dan aku kenal siapa aku. Aku doakan agar Ammar sedar siapa dirinya kerana dia, aku dan kita semua adalah khalifah Allah.
Moga Allah beri kekuatan padaku dan pada kalian yang mempunyai kisah persis sepertiku. Moga hati kita sentiasa kuat dan utuh. Minta pada Tuhan agar kekasih yang dicari hadir untuk sama-sama berada pada jalan Allah. Percaya dan yakinlah pada jodoh dan ketentuanNya. Kerana,
Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
Jika hari ini kita tidak mendapat apa yang kita ingini
Pasti Allah akan beri pada hari esok
Jika kita tidak mendapat apa yang kita ingini
Pasti Allah simpan untuk kita diakhirat kelak
Peringatan untuk diriku dan istimewa untuk sahabat-sahabat sekalian
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22)"
HanyaAmni
Monday, August 24, 2009
Monday, August 17, 2009
dengan kalam mulia
penuh bermakna..
bismillihirrahmanirrahim
aku nukilkan halaman ini
penuh dengan luahan hati
dengan seribu gelodak jiwa..
terkadang...
hati ini merintih sendiri
tatkala semua orang bergembira,
aku memilih jalan untuk bersendiri
untuk apa?
bukankah diwaktu sedih
sahabat merupakan teman terakrab
untuk berkongsi suka dan duka
Tapi aku?
aku memilih jalan untuk sendirian
bersendiri mencari diri
yang aku rasakan
jasadku wujud
tapi rohku hilang tanpa nyawa..
berterbangan...
berlegar-legar di ruang angkasa
mencari siapa aku sebenarnya
Terkadang aku gembira
tanpa memikirkan apa-apa
ah !
dusta...
dalam hati aku merintih derita
tidak tahu harus ku luahkan pada siapa
ALLAH KAN ADA...
aku mencari jalan itu...
aku mencari cahaya bahagia...
penuh bermakna..
bismillihirrahmanirrahim
aku nukilkan halaman ini
penuh dengan luahan hati
dengan seribu gelodak jiwa..
terkadang...
hati ini merintih sendiri
tatkala semua orang bergembira,
aku memilih jalan untuk bersendiri
untuk apa?
bukankah diwaktu sedih
sahabat merupakan teman terakrab
untuk berkongsi suka dan duka
Tapi aku?
aku memilih jalan untuk sendirian
bersendiri mencari diri
yang aku rasakan
jasadku wujud
tapi rohku hilang tanpa nyawa..
berterbangan...
berlegar-legar di ruang angkasa
mencari siapa aku sebenarnya
Terkadang aku gembira
tanpa memikirkan apa-apa
ah !
dusta...
dalam hati aku merintih derita
tidak tahu harus ku luahkan pada siapa
ALLAH KAN ADA...
aku mencari jalan itu...
aku mencari cahaya bahagia...
aku yang hilang mencari diri.....
Subscribe to:
Posts (Atom)