Friday, November 20, 2009

Tangis


~Selawat dan Zikr Kalamullah~
Buat hati yang sedang sakit, merintih untuk diubati

"""Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan,
Allah pasti mengetahuinya"
(Ali-'Imran: 29)

Air mata ini untuk Tuhan, bukan untuk siapa-siapa
Mahu beri padaNya, hanya untuk Dia
Sekali lagi hati ini disentuh
Sekali lagi titisan hangat menitis di pipi
Tidak tahu apa yang hati rasa, keliru bermain dengan perasaan
Berat..menangung cinta, sakit..menanggung rindu
Nafsu berbisik pada hati
Lafazkan cinta padanya
Diri ini rebah minta dipapah untuk bangun semula

Sekali lagi hati ini sakit..takut kehilangannya atau kehilanganNya?
Terkadang..ingin sendirian. Lihat rona senja melabuhkan tirai
Sepi..sayu saat itu datang temani aku
Hati merintih..rindu pada bonda..Andaikan bonda ada, bisa temani diri, bisa beri kata-kata
Tuhan yang mengetahui segala isi hati..
Dia tahu hati ini bergelora, tahu hati ini resah
Mahunya hati ini dikemudi..melayar lautan kehidupan yang tiada penghujung
Mahu cinta, kasih dan rindu ini untuknya
Diri terasa lemah, kerana cinta seorang insan

Ya Ilahi
Jangan campakkan cinta, kasih dan rindu ini hanya padanya
Kerana hati dan jiwa ini mahu Engkau
Engkau yang pertama
Andai dia kebahagiaanku,
beritahu pada hatinya
Hati dan jiwa ini adalah untuknya
seandainya dalam hatinya juga hanya ada Engkau

Tuhan..
Teguhkan iman kami, kukuhkan hati kami kepada cintaMu
Mahunya jiwa ini adalah jalan redha dan bukan kefasikan

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa dan tidakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami"
(Ali 'Imran:47)

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa"
(Al-Furqan: 74)


Bayangan..
Baring di atas rumput hijau
Terbentang, luas...umpama skrin semesta
Bau rumput..Dengar kicau burung..berkejaran
Lihat awan berarak..berkepul di mega nan biru
Sambil mata terpejam..sayu menghayati
Dari lena..mata terjaga
Senja datang melabuhkan tirai
Bersama putaran waktu
Langit merah..mentari kekuningan
Menanti gelap, hadirnya bulan bersama bintang
Esok..
Mungkinkah ada?
Untukku ulang hari ini?

Thursday, November 19, 2009

Terbang


terbang..terbang tinggi
terbang sampai kau capai awan biru itu
terbang lagi..jangan berhenti
rasa bayu, rasa kapas awan..lembut menyisir tubuh
bila terbang..jangan kau toleh ke belakang..
pandang hadapan, kejar merah mentari itu
capai sampai dapat..jangan putus asa..
maju ke hadapan..
Tuhan pasti bantu...yakin dalam hati..percaya dalam iman

Tuesday, November 17, 2009

JUANG


Bait cinta
Butir cinta
Kias cinta
semuanya tentang perjuangan
Aku gembira berada di medan ini

jika kau kasihi aku

jangan sekali kau suruh aku paling dari jalan ini
jangan sekali kau suruh aku jauh dari jalan ini
aku mahu hidup
aku mahu jiwa ini bernyanwa
aku mahu hati punya cahaya
tinggalkan aku andai kau beri pilihan padaku
kerana hanya Dia yang perlu aku pilih

Buat dia





Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ..........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. .....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..

Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....

.: Perkongsian dari seorang akh, aku palitkan di laman ini untuk satu perkongsian sebagai pedoman....ngeee ~

Monday, November 16, 2009


بسم الله الرحمن الرحيم..

~ kalam indah milik Rabbul Jaleel..~
puisi jalanan..bersepah di kaki lima, berharga buatku..


melirih..

memandang..

pada dia
yang berdiri di tepi jendela
seorang wanita berselendang biru

sedang asyik memerhati

rintik hujan berderai membasah bumi

teringat pada emak
yang selalu memerhati anak-anak bermain hujan
kala mendung, hujan turun

rindu pada emak

yang tidak putus beri nasihat

pada anak nakal
pada anak degil

pada anak yang tak mahu dengar kata


Tuhan,

jaga emak di sana

aku mahu ketemu dengannya
mahu dakapnya

mahu beri ciuman ini padanya

Sunday, November 15, 2009

kapur qaseh

~ Solatullah Wa salamun Alaik ~



Jari melakar kemas
di atas papan berwarna hijau
meluncurkan baris-baris abjad
dengan warna-warna kapur
kuning, hijau, biru, putih, merah

Beginilah aku
bergelar seorang guru
takdir yang tertulis dalam sebuah buku

daripada kapur
aku mengenal cinta
kasih seorang guru
kini adalah aku





pena hati


~Tuhan yang mengetahui segala isi hati~

"Katakanlah, jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya." Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.
(Ali 'Imran:29)

menulis dengan pena
melakar dengan jiwa
mengarang bersama hati

Dia
yang Maha tahu
apa yang kau rasa
apa yang kau benci
apa yang kau mahu
kemungkaran dan kefasikan
atau..
bahagia abadi

Abdikan Dia dalam hati
Suburkan cinta dengan zikrnya




aku bukan siapa-siapa


semalam aku belajar tentang pedoman
sebuah harapan
sebuah kepercayaan
dan..
sebuah kemaafan
aku bukan siapa-siapa untuk menilai baik buruk insan
kerana aku
bukan insan sempurna
beza kita hanya 1 garisan
aku bisa jadi engkau
dan engkau bisa jadi aku
semalam
seorang guru bercerita
seorang sahabat belajar dari syaitan
bacaan ayat kursi
hebatkan Tuhan..
menulis takdir makhluknya
hingga syaitan bisa mengajar manusia
aku bukan siapa-siapa
yang dilahirkan untuk mengadili orang
kerana
kita kepunyaan Tuhan


hujan


semalam aku menari bersama hujan
di atas hijau rumput
saat insan lain duduk di pendiangan
merasa hangat dinginnya malam
melayan perasaan
bercerita bersama teman
aku..
menari bersama hujan
berkongsi cerita
mungkinkah
sedih?
benci?
atau..
bahagia?
semalam bagi aku
hanya hujan mengerti aku

Tuesday, November 10, 2009

aku mahu seperti mereka


Rasulallah saw dan aisyah sering makan bersama bahkan berkongsi satu pinggan yang sama. Aisyah pernah meriwayatkan sebagaimana berikut :: "suatu hari, aku makan bersama Rasulallah. Tiba-tiba Umar melintas dan Baginda memanggilnya untuk makan bersama kami. Kadang kala tanganku menyentuh jari Baginda."
(Riwayat Al-Bukhari, Al-Nasai'e dan al-Tabrani)


Aisyah juga pernah meriwayatkan :: beliau meminum minuman lalu memberikannya kepada Rasulallah saw. Baginda kemudiannya minum dari gelas yang sama, dengan meletakkan mulutnya di tempat bekas mulut Aisyah.
(Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i dan Ibnu Majah)


Pada ketika yang lain:: pernah Rasulallah dan Aisyah saling menarik sepotong daging yang sama kerana penglihatannya yang terbatas dalam keadaan bilik yang gelap (kurang cahaya)
(Riwayat Ahmad)

aku dan kamu


menari bersama angin
terbang bersama awan

berenang bersama air

kasih pada Tuhan
cinta pada Allah
rindu pada Rasul

sayang pada ibu
sayang pada ayah
sayang pada kakak

sayang pada abang

sahabat??
kamu kepercayaanku
kamu penghiburku
kamu adalah untukku!

kau kata


kau kata,
aku beri kau nafas
kau kata,
aku beri kau cahaya
kau kata,
aku beri kau gembira
kau kata,
aku beri kau bahagia

Bukan..Bukan aku
aku tak pernah beri kau apa-apa
Jika engkau tanya padaku
jawapannya hanya satu

Tuhan
Tuhan beri kau segalanya
nafas
cahaya
gembira
dan bahagia

sedang aku tak punya apa-apa
jika kau cinta pada Tuhan
Jika kau kasih pada Tuhan
Jika kau rindu pada Tuhan
pasti Dia beri segalanya
lebih cinta, lebih kasih dan lebih rindu
jangan cinta padaku
tapi..
cinta pada Allah


Wednesday, November 4, 2009


~Dengan nama Allah, Maha Pemurah lagi Mengasihi~

Dengar rintik hujan di luar jendela
Renyai-renyai membasahi alam
Dinginnya bayu menampar jasad
Mengucup lembut ubun di dahi
Bila terjaga
Tiada kalam seindah syukur
Alhamdulillah ya Rabbul Jaleel
Terasa kehangatan nafas
Segar menghirup udara nyaman
Sekali lagi
aku diberi peluang
untuk merasa hangat kasihNya
untuk merasa dingin cintaNya
pinjaman yang bernilai buat diri
Terima Kasih Tuhan..!


Tuesday, November 3, 2009

bulan pagi


malam tadi aku bermujahadah
bertanya padaNya perihal cinta
sekali lagi aku diuji
berat rasanya, sesak fikiran ini
terasa kerdil dan hina dihadapannya
kerana
diri ini tidak mampu
diri ini jadi lemah
sedangkan kini
banyak masalah berat yang menimpa umat
sedang aku..
baru ditimpa masalah yang seringan-ringannya
aku jadi malu padaNya
aku jadi malu pada pejuang-pejuang
aku jadi malu pada para syuhada'
aku jadi malu pada serikandi
Tuhan..
jaga hati ini..
pelihara hati ini
tunjukkan jalan
agar perjalanan hidupku
memperoleh mardhatillah...

Sunday, November 1, 2009

warna hati


hati..
warnanya apa ya?
andai aku bisa pilih apa warna hati
pink?
kuning?
ungu?
biru?
atau...
hitam...? sedih...

andai warna hati ini warna warni
bagaimana ya?
andai hitam...? sedih...

Tuhan,
beri aku hati
hati yang Engkau pelihara
supaya jiwaku bernafas
menghidu ubun-ubun cinta kasihMu..