tak faham dan kurang mengerti. ada apa pada cinta kalau cinta hanya omong semata. tak faham dan kurang mengerti. cinta muslim dan muslimah itu dasarnya apa? tak faham dan kurang mengerti bagaimana muslim dan muslimah mahu bercinta? tak faham dan kurang mengerti. apa guna bercinta bila akhirnya hanya putus di tengah jalan? tak faham dan kurang mengerti. bercinta untuk apa?
aku faham dan mengerti bila aku rasa cinta itu. bila ketemu mereka yang sedang bercinta. bila jumpa mereka yang turut simpan rasa rindu. aku faham dan mengerti cinta bila aku belajar memberi. aku faham dan mengerti cinta setelah aku tahu tujuan dan matlamatnya.
cinta bukan dusta. cinta itu manis bagi mereka yang benar-benar dan sungguh-sungguh bercinta. cinta muslim dan muslimah dasarnya kecintaan pada Ilahi, Rabb, Ar-Rahman dan Ar-Rahim. cinta itu halal bila adanya ikatan yang sah. cinta itu tidak pernah terhenti. cinta itu sentiasa dalam hati, selalu dalam jiwa. Allah tahu apa yang tidak kita ketahui. kerana. Dia sebaik-baik perancang. bercinta itu untuk rebut redha Allah semata. bukan untuk bahagia sendiri.
aku. tidak apa andai Allah tidak pulangkan rusuk kiri. asal dalam hati dan jiwa penuh rasa cinta. tidak apa andai Allah simpan rusuk kiri. asal Dia beri di akhirat kelak. tidak apa andai Allah buang rusuk kiri. asal aku bisa contohi Rabiatul Adawiyah demi mendapat cinta dan redhaNya semata.