Sunday, November 28, 2010

Menjenguk CINTA.


Bismillahirrahmanirrahim~

Menjenguk cinta dalam hati saya.
Hari ini bagaimana?
KASIHmu duhai HATI?
Masih di tangga teratas
atau sudah merudum jatuh?
Hari ni bagaimana?
CINTAmu duhai HATI?
Masih tegar atau sudah rapuh?
Hari ini bagaimana?
RINDUmu duhai HATI?
Masih menghijau atau sudah pudar keperangan?

Tanya pada hati selalu.
Bagaimana CINTA saya selalunya.

Tanya pada hati selalu.
Dalam setiap hela nafasnya,
Dalam setiap detik jantungnya,
Ada nama kekasihnya?
ALLAHU RABBI.
MUHAMMAD RASULALLAH.



Tuesday, November 23, 2010

Untuk Adam diluar sana.

Bismillahirrahmanirrahim~

Adam itu. kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.
Adam itu. kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.

hurm...
Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon
tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?

Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.

Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa~

Saturday, November 20, 2010

them.






Bismillahirrahmanirrahim~


danish. dina. erfan
ucapan selamat:
(both of the boys, berkhatan nnt jgn menangis. =])



dhiya tasnim.
(yaya tomei, suka main air)



dina tasnim.



Monday, November 15, 2010

episod 1

Bismillahirrahmanirrahim~

Episod baru untuk suatu kisah kehidupan melalui hari2 tanpa usrah.
I'm back..menjejak ke kg halaman.
Mengharap kali ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya. Tiada leka, tiada lalai.
Mengharap kali bisa jadi muslimah yang tegar merempuh ujian tanpa kakak, tanpa teman, tanpa ukhuwah dan tanpa usrah.
Mengharap diri ini tegar melawan nafsu.