Bila yakin telah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga
Sementara waktu berlalu
Penantian tak bererti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Kaki melangkah memulakan suatu perjalanan. Hati tak sabar mahu berjumpa sahabat-sahabat walaupun baru seminggu berjumpa mereka. Entah kenapa tiba-tiba hati jadi sayu saat tiba di perkarangan masjid. Rasa macam mahu peluk semua orang yang ada.
‘Daurah Muayyid’. Ceritanya tentang Qawaid Dakwah. Tak sempat untuk dengar pengisiannya pada sesi 1 pagi tadi. Terasa rugi yang teramat. Yang sempat cuma LDK. Mendengar cerita yang dikongsikan oleh kak ida, hati jadi lagi sayu. Betapa banyaknya input yang mungkin peroleh sekiranya aku tiba lebih awal dari ini. Sudah lah katibah pun tak sempat aku sertai. Aku nyatakan kesedihan itu pada kak Sal. “ Dik, usah sedih. Ada hikmahnya kenapa Allah takdirkan macam tu, husnuzhon dengan Allah”. Hampir menangis. Husnuzhon dengan Allah. Aku selalu lupa. Rapuhnya cinta aku pada Tuhan. Betapa jahatnya aku. Muhasabah~
Inilah hikmahnya. Supaya masa yang sikit tetapi memberi impak yang amat mendalam pada jiwa ini. Tuhan sedang bicara denganku saat aku hanyut dan lupa. Tuhan sedang beri pelajaran kepadaku saat aku hampir jauh. Tuhan sedang ceritakan padaku bahawa Dia rindukan air mataku.
Betapa pemurahnya Tuhan tu kan.
Cuma manusia yang sengaja membutakan mata hati mereka.
Kerana melihat hanya dengan mata, takkan dapat apa-apa
Tetapi seandainya jika kita lihat dengan mata hati, pasti kita jumpa jalanNya.