Sunday, February 26, 2012

KONVENSYEN RIANG

Bissmillahirrahmanirrahim~

Selawat dan Salam buat Rasul SAW dan seleruh keluarga baginda (^__^)

Assalamualaykum-

Meminjam perkataan2 osem drp Inche Gabbana yg kian femes di nusantara belum meliputi keseluruhan asean (mungkin) dan kerana bahasa2nya yang mudah untuk difahami itu menjadikan manusia walau di negeri pedalaman juga mampu untuk menghayati karya dan cerita2nya tentang keoseman tarbiyah. Tahniah dan terima kasih kerana membantu memajukan industri dakwah ni. *klepklepklep


semua huruf besar KONVENSYEN RIANG WANITA IKRAM dan noktah (.)

1 hari berada dalam Taman Syurga yang sangat mengasyikkan. masyuk. Sepagi, setengah hari dan sepetang bersama untie2 IKRAM. Nak diceritakan betapa heppinye semalam hati, akal dan jasad ni. 1 pertemuan yang bermakna buat mereka yang benar2 memaknakan ukhuwah tu dengan niat lillahitaala. (^__^). senyum yang xnak berhenti.

Friday, February 17, 2012

Dhuha


Assalamualaykum~

(^__^)

Pagi yang dimanfaatkan dengan tadabbur alam. Moga diberi keberkatan dan dirahmnati dalam setiap ibadah kita.

Rabitah


Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaykum... (^__^)


Sekadar berkongsi cerita gembira dengan semua orang.



Hmm.
Bulatan gembira. Usrah lah tu kan.

Usrah biasa-biasa atau usrah luar biasa?
Selalunya, usrah luar biasa ni istimewa kan.
Kalau lelaki pada perempuan : "awak adalah insan istimewa dalam hidup saya."
wah... cair kan...

Contoh paling senang, bila ada sahabat yang kata macam tu pada kita. Apa perasaannya? (fikirla)

Ya Allah. Tuhan saja yang tahu macam mana hepinye perasaan ni. Terasa dilebihkan. Tak kira lah dari aspek, sudut, segi ape pun.

Sebab tu lah, usrah pun kene jadi usrah luar biasa. Bulatan gembira yang betul2 hepi. (^__^)
Terletak pada tangan kita sebenarnya bagaimana untuk memaknakan usrah tu sebenarnya.

Ada orang usrah bertahun-tahun, tapi hambar, kelam apatah lagi sunyi sebab jiz x meresap katanya. Ada la faktor-faktornya 2. Jom. Cuba check dalam list ni, kot2 lah berkait dengan diri kita, x kira lah masa sekarang atau dulu2 (ni cakap dalam konteks kita yang berada dalam usrah k, bukan s naqib atau naqibah):

yang pertama. sebab reshuffle usrah =
"x syok la usrah dengan usrahmate yang baru ni. Serius semacam je. Skema plak tu."

yang kedua. naqibah x dapat bagi yang dikehendaki =
"akak, dulu kan masa usrah dengan naqibah kan... bla bla bla...."

(^__^) : Mutarabbi yang faham, takkan kata macam tu.

Walau dicampak ke mana pun, biar kesampai ke hujung alam, seorang mutarabbi yang faham akan sentiasa seronok dan gembira dengan "keluarganya".

Mengharap pada naqibah semata-mata takkan mentarbiyah diri kita. Sebaliknya, suasana usrah tu perlu diwujudkan antara kita dan usrahmate. Dan walaupun, usrahmate kita tu pasif ke ape ke, kita yang tersedar dulu ni, kene la cari inisiatif. Kene la hidupkan suasana usrah yang tengah koma tu. Daripada duduk je, x buat apa2, rasanya akan ada keajaiban yang datang ke? Macam cikgu2 kita cakap dulu, "kalau nak dapat 5A, kene la usaha".

Cuba jadi mutarabbi yang faham. Pelbagaikan gaya usrah. Bukan semua hal nak bagi naqibah sorang je fikir. Mudahkanlah sikit kerja orang lain. Tak salah kan.. =)

Ni semua sangkut paut dengan teori jugak la. Kalau sebelum usrah dah mind set kata x best, memang la x best. Next time, kalau pegi usrah, ubah mind set tu ye.

Monday, February 6, 2012

Membangkitkan Jiwa2 yg Koma.


Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaykum (^__^)

Sejahtera ke atas kalian yang sempat membaca entry ini.

Sharing yang diciplak sikit2 daripada wordpress. uhuhuh

u~
Mencari cerita sebenarnya. tak. bukan. tapi sirah yang dapat meniupkan semangat. Walaupun hanya senafas, tapi harap2nya, buat mereka yang sangat terjatuh (down), mampulah utk bangkit semula ya hendaknya. =)

Selalu saya katakan pada diri sendiri. dan anak usrah dan kawan2 jugak kadang2. Ujian adalah PRESENT yg paling BEST pernah ALLAH bagi pada kita.


Beratkah Ujian Kita?

Rasulullah SAW sendiri yang merupakan nabi dan rasul yang dilantik oleh Allah SWT turut berhadapan dengan ujian sedangkan baginda berusaha melaksanakan tuntutan risalah Allah SWT untuk menyeru manusia kepada-NYA. Bahkan para sahabat RA yang bergabung bersama Rasulullah SAW turut menerima ujian yang lebih berat berbanding kita, terutama generasi pra hijrah Rasulullah SAW. Bacalah kisah Bilal bin Rabah, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Al-Awwam, keluarga Yasir, Sumaiyyah, Khabbab, Abu Dzar, Mus’ab bin Umair dan ramai lagi. Ujian dan rintangan yang mereka hadapi amat dasyat sehingga ada kalangan mereka yang syahid. Apakah mereka menyerah pada takdir dan suasana sengsara pada saat itu? Bagaimana Rasulullah SAW memotivasikan mereka?
Al Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dari Khabbab RA yang berkata:
“Aku telah menemui Rasulullah SAW yang pada masa itu sedang berbaring berbantalkan kain di bawah lindungan Kaabah. Ketika itu kami sedang menghadapi penindasan yang amat dasyat. Aku katakan kepada Baginda: “Tidakkah Rasul boleh pohonkan doa kepada Allah?”.

Apakah agaknya jawapan Rasulullah SAW ?

Khubaib berkata: “Baginda terus bangun dan duduk dengan muka kemerahan seraya berkata: “Sebenarnya orang terdahulu dari kamu, pernah disikat dengan sisir besi hingga tertanggal dahing dari kerangkanya. Namun segalanya itu masih tidak menceraikannya dari pegangan agamanya. Semua yang berlaku ini adalah kehendak Allah, akan selesai semuanya ini, hingga pelayar-pelayar yang belayar dari San’a ke Hadramaut tidak takut pada suatu apa pun selain dari Allah SWT.”

Ungkapan Rasulullah SAW membakar tekad para sahabat RA untuk tetap istiqamah. Sedangkan saat itu mereka lemah dan sedikit akibat tekanan musuh Islam. Rasulullah SAW begitu yakin dan positif bahawa segala ujian berat yang sedang kafilah dakwah baginda hadapi akan berakhir dan Islam akan menang di bawah panji-panii Allah! Luarbiasa sikap baginda, ungkapan di atas berlaku pada saat sebelum peristiwa hijrah. Maknanya Rasulullah SAW memiliki jiwa yang besar, berfikiran positif dan keyakinan yang tinggi terhadap perjuangannya.
Kita bagaimana?

“Kalau kita ini berdua, Allah-lah yang ketiga.”

Anda masih ingat saat Rasulullah SAW berada dalam gua Tsur bersama Abu Bakar RA ketika memulakan hijrah baginda. Mereka berhenti seketika di gua tersebut. Saat itu, Abu Jahal dan para petinggi Quraisy sedang melancarkan misi mencari Rasulullah SAW. Bahkan serombongan pemburu telahpun sampai di pintu Gua Tsur, tempat persembunyian Nabi bersama Abu Bakar. Tetapi kerana di pintu gua terbentang sarang labah-labah, mereka menjadi ragu. “Tidak mungkin tempat ini telah dilalui manusia,” fikir mereka.

Saat itu, di dalam gua, Abu Bakar berdebar yang amat sangat. Para pencari itu berada di gua tepat di atas kepala Abu Bakar, dan ia merasakan pijakan kaki mereka mundar-mandir mencari dirinya dan baginda SAW.. Air mata Abu Bakar meleleh di pipi menahan ketakutan dan kebimbangan.

“Mengapa engaku menangis, Abu Bakar?” tanya Nabi berbisik di telinga sahabatnya itu.
“Demi Allah, aku menangis bukan mengkhuatirkan keadaan keselamatanku, melainkan cemas apakah yang akan terjadi dan menimpa dirimu kiranya mereka menemui engkau, ya Rasulullah,” jawab Abu Bakar.

“Jangan takut,” jawab Rasulullah menenangkan hati dan keyakinan sahabatnya itu.. “Sesungguhnya Allah beserta kita.”

“Seandainya mereka memandang ke bawah kaki mereka, pasti mereka akan dapat melihat kita,” kata Abu Bakar, masih dengan nada khuatir.

“Apakah engkau masih ragu, Abu Bakar?” tanya Rasulullah. “Kalau kita ini berdua, Allah-lah yang ketiga.”

Perhatikan respon Rasulullah SAW saat getir dalam gua Tsur, begitu yakin dan positif sekali. Mengapa? Kerana Rasulullah SAW sedang melaksanakan perintah dan masuliyyah (tanggungjawab) dakwah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT. Mereka yang berjuang mempertahankan dan memperjuangkan agama Allah adalah generasi yang akan dimenangkan oleh Allah.

Hijrah Rasul adalah bertunjangkan tauhid kepada Allah. Rasulullah SAW yakin Allah SWT menyertai perjuangan mereka yang berasaskan tauhid. Justeru, kita tidak perlu merasa lemah, longlai dan gentar dalam melaksanakan tugas dakwah selagi mana perjuangan kita asasnya mentauhidkan Allah SWT. kerana pertolongan Allah SWT akan beserta dengan kita, insyaAllah,

“Jika Allah menolong kamu, Maka tidak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), Maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal.” (Ali Imran: 160)


“..kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Ali Imran:159)

Andainya kita rasa sendiri. Tak kuat. Lemah dan putus asa. Carilah DIA yang selalu dekat dengan kita. Dekatilah DIA dengan sesungguh hati kerana DIA Maha Mendengar. Mintalah hanya pada DIA dan bukan yg lain. Percaya. Inshaallah~

Mesin Masa


Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaykum. (^__^)
Agak lama. Rasanya x menconteng dalam blog. Rasanya macam dah x jadi blogger tegar macam dulu. Urf. Itu adalah tanda2 kesibukan. hurm... (fikir). Sibuk dunia atau sibuk akhirat atau sibuk dua2? Muhasabah~




Kadang, sibuk buat kita BAHAGIA.
Sebab: lupa semua masalah.
Kadang2, sibuk buat kita serabut.
Tapi sebenarnya, Sibuk itu ada definisi sendiri.

Allah memberi 24 jam waktu dengan adil kepada
semua manusia. Jadi, jgn tamak dan kedekut dengan pinjamanNya. Andaikan kita bijak pandai secerdik genius, 100% yakin, masa itu akan terbagi dengan sempurna.


Tentang masa. Ramai yang tak tau kepentingan masa. Andai masa tu dapat dinilai macam makanan. Hah. Pasti dan yakin, ramai yang akan peduli.

Persoalannya: masa yang kita ada sekarang utk apa ya? Cuba test tengok.
Ambik sekepeng kertas conteng2 dgn sebatang pensel. Hari ni, kita dah buat apa? Esok? Lusa? semalam plak cmne?

Buat orang biasa
Antara jawapan2 yg akan keluar;
.... perasan x, jadual semalam, hari ni, dgn hari2 sebelumnya adalah lebih kurang sama.

Buat orang luar biasa
Akhawat, perasan x. Jadual kita x sama lagi mcm dulu. Kalau dulu, kita xde sesuatu yang boleh membangkitkan semangat kita (usrah la tu). Kalau dulu, masa kita x sesibuk sekarang (program, jumpa anak usrah, df org, blablabla...)
tapi, sekarang dah lain kan.
Cuma, adakah kita bersedia dan gembira dengan kehidupan kita SEKARANG?

Jawapan saya: YA. SAYA AMAT GEMBIRA DAN TERSANGAT GEMBIRA. (^___^)
(senyum nmpak gigi)


Ni KUNTUM (kuliah tujuh minit) untuk orang2 yang xtau nk bahagi masa ikut mana. Untuk org2 biasa dan org2 luar biasa jugak.

DIA yg memberi ingatan::

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN.
Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.


Ha.. nah. DIA bagi free je.

Allah kan dah jadikan masa 24 jam sehari dan sememangnya cukup untuk setiap hamba-Nya (kita lah tu) untuk meneruskan kehidupan. Tapi, adakalanya kita rasa 24 jam sehari tu tak cukup, bukan kerana salah masa atau pun Allah tidak memperuntukkan masa yang cukup untuk kita, namun apa yang perlu kita sedari ialah pengurusan kita untuk mendahulukan yang lebih penting daripada perkara yang penting. Meninggalkan perkara yang tidak memberikan manfaat dan menggantikannya dengan perkara yang berfaedah.

Tapi, bagaimana cara kita ingin menentukan kewajipan yang perlu didahulukan daripada perkara-perkara remeh yang lain? Buat sahabat2 dan mereka2 yg berusrah dan FAHAM. Inilah pentingnya kita memahami ‘Fiqh al-Awlawiyat’ yang memberikan kita kefahaman untuk membahagi-bahagikan masa yang ada dengan sebaik mungkin serta menguruskan setiap urusan kita dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan berbanding dengan perkara-perkara yang lain.

Yang ini utk syabab macam saya:

Kehidupan muda kita ini menuntut kita untuk menjadi pengurus yang cekap kerana waktu inilah saat dan ketikanya untuk mengejar rahmat Allah SWT. Usia muda yang penuh dengan dugaan tetapi sekiranya dihiasi dengan tuntutan syariat, ia merupakan aset terpenting untuk melepasi titian sirat.

Sekiranya kita meneliti kehidupan para sahabat r.a, mereka memanfaatkan masa muda dan kesihatan ketika mana sebelum datangnya waktu tua semaksimum mungkin. KHALID AL-WALID menjadi tentera yang berjuang di jalan Allah semenjak usianya belasan tahun lagi. Begitu juga beberapa orang sahabat yang lain, menjadikan usia muda sebagai modal untuk mendapatkan kebahagiaan akhirat demi mengejar syahid. Tidak ketinggalan yang tua, umpamanya Abu Thalhah, yang menghabiskan usia tuanya di jalan jihad sehingga dikebumikan di negeri orang semata
-mata usahanya mengatur langkah demi menegakkan kalimah Allah SWT. Inilah jejak langkah yang perlu kita teliti dan perlu kita lalui supaya tidak menjadi orang yang rugi di akhirat; hanya mendapat laba dunia tetapi ketika dibangkitkan kali kedua terpaksa merana.

x perlulah nak kata, zaman dulu mereka x belajar atau bekerja. Sebab tu ada banyak masa utk berjuang atau beribadah. Kan dah kata tadi, orang bijak pandai genius cerdik je yang mampu urus masa dengan baik. Kata org dulu2, "Hendak 1000 daya, x hendak 100o dalih"

JOM! JADI SYABAB YANG BIJAK URUSKAN MASA. BUKAN MASA DUNIA SEMATA TAPI MASA UNTUK AKHIRAT JUGA! TOLONG JANGAN JADI MANUSIA YANG RUGI. (^__^)





Ensiklopedia:

1. SYABAB: Pemuda


2. FIQH AWLAWIYAT:

Istilah ini terdiri dari dua perkataan. Pertama ialah “Fiqh” yang bermaksud kefahaman. Lazimnya ia dikaitkan dengan hukum, maka dengan itu ia bermaksud kefahaman terhadap sesuatu hukum. Justeru apabila dikatakan “Fiqh Solat”, bererti subjek yang memberi kefahaman kepada hukum, hikmah dan objektif solat dalam suasana biasa dan tidak biasa. Ada pun kebiasaan silibus tempatan yang menekankan hafalan hukum-hukum berkaitan solat, ia tidak dapat disebut sebagai “Fiqh Solat” tetapi lebih kepada “Hafazan Solat”.


Al-Awlawiyat berasal dari perkataan “Awla” yang bermaksud utama, unggul dan penting. Apabila dihubungkan menjadi Fiqh al-Awlawiyat, ia bermaksud kefahaman dalam membezakan hukum ke arah yang lebih utama, lebih unggul dan lebih penting. Secara ejaan, Fiqh al-Awlawiyat tidak wujud di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, akan tetapi secara maksud dan konsep, ia wujud secara jelas di dalam kedua-dua sumber mulia tersebut.