Monday, March 29, 2010

kerana aku sayang kamu




Bismillahirrahmanirrahim..
Kalam indah buat Pencipta Semesta

Aku punya keluarga di sini. We are together. Walau ada selisih faham, walau ada yang bermasam muka, aku rasa kehadiran ukhuwah dalam diri kita. Kasih dan sayang..kadang-kadang tak perlu diungkap. Cukup sekadar doa sebagai buah tangan. Kerana Tuhan itu tahu apa yang tersirat dalam hati kita.

Aku kuat dalam medan ini kerana aku ada kamu. Walau kadang-kadang kamu menjengkelkan, namun aku mengerti ada cinta dalam tautan hati.

Kerana aku sayang kamu. Aku tak mahu kamu jauh. Aku mahu kita sama-sama. Seiring dan sejalan. Berjuang dan berjihad.. Kerana aku sayang kamu, aku jatuh cinta pada ukhuwah ini.

p/s:: Buah tangan untuk kak chik. Nadh n Fatimah..sori sebb cari korg x jumpe..hikhik

hari-hari berteman putaran waktu


Gud Morning!
Nite..sweet dream... =)
Lupa pada Izrail yang datang setiap saat menjenguk aku di muka bumi
Menunggu khabar Tuhan menjemput diri menuju stesen terakhir

Rutin harian hidup.
Bahagia tanpa fikir masalah umat. Tanpa kisah apa terjadi di Gaza, Afganistan, Thailand, negara-negara Islam yang lain.
Hidup ini laluan sempit sebelum menuju mahsyar.

Al-Baqarah: 214
"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadmu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu..."

Aku di mana saat anak-anak kecil menangis minta simpati?
Aku di mana saat abang dan ayah berlumuran darah?
Aku kejam, aku jahat..mungkin lebih kejam dari serbia
Lupa seketika, tiada doa buat mereka

Aku di mana nanti?
Pengakhiran hidup? Bagaimana?
Nauzubillah...

yang pasti

Selawat dan salam buat Rasul Junjungan..

Kematian datang tanpa dijemput. Menunggu disetiap checkpoint kehidupan. Apa persediaan kita sebelum menghadap Tuhan, Allah yang Esa.
Cerita seorang gadis yang mengejar ilmu di bumi anbiya’. Aku tak kenal dia siapa. Mungkin gadis asing yang datang dari cakerawala. Atau planet asing yang belum pernah diteroka manusia. Tapi, kisahnya buat air mata ini hampir tumpah.
Sinopsis:: Dirinya hilang insan tersayang. Bukan ibu atau ayah. Bukan kakak atau abang. Dirinya hilang seorang lelaki. Lelaki bakal imam keluarganya. Walid kepada anak-anaknya.
Sesungguhnya janji Tuhan itu pasti. Izrail menjemput tunangnya tanpa khabar. Saat nafas terhenti, roh diangkat daripada jasad, hilanglah satu umat di muka bumi. Hilanglah rijal, hilanglah khalifah penyambung dakwah.
Kisahnya dan aku:: Andai aku yang berada ditempatnya? Pernah hilang ibu. Rasa kosong dan hilang. Andai aku hilang rijal, khalifah dan imam bagi diriku? Bagaimana aku? Kuat atau tidak diri ini? Melayarkan bahtera kehidupan bersama insan yang akan bergelar zauj. Tiba-tiba hilang. Nauzubillah...

Tuhan,
Andai Engkau mengasihi hamba-hambaMu, beri kekuatan kepada gadis ini. Jangan biar dia seorang diri. Gantikan imam yang telah pergi dengan imam pembela agama. Tempatkan roh yang telah Engkau jemput bersama-sama golongan yang Engkau redhai.. Ameen~

Al-Fatihah...

30mac2010
7.00 a.m

Ensyclopedia-happiness



Happiness..
tiada kesedihan
tiada resah, tiada gusar
yang ada cuma
happiness..
itu dulu
waktu aku masih anak-anak
kini aku sudah dewasa
mulakan ensyclopedia hidup
dengan pelbagai cerita
kalau dulu
aku pegang tangan abah
aku pegang tangan emak
kini
aku berdiri sendiri
tanpa pegang tangan siapa-siapa
aku cuma ada Dia
yang tidak bisa dilihat
tapi aku tahu Dia sentiasa ada untukku
kini
aku punya cerita
yang aku lakar dalam ensyclopedia hidup
ada gelak ketawa, ada titisan air mata
ada rasa penyesalan dan ada rasa keinsafan

..takdir aku ada pada Dia..
..cerita aku, aku yang lakar, tapi Dia yang tentukan..
yang buruk itu datang daripada diriku
yang baik itu hanya datang daripadaNya
kepadaNya aku berserah
atas segala sesuatu
kerana aku adalah miliknya
hati ini, jiwa ini, jasad ini
aku hanya pinjam untuk seketika

Sunday, March 28, 2010

surat layang2 untuk LELAKI

>Bismillahirrahmanirrahim~<
>selawat buat Rasul junjungan, =)


kehadapan lelaki-lelaki,

lelaki dan perempuan
semestinya berlainan gender
ofkos..awak lelaki, saya perempuan
awak lelaki..saya tak faham jiwa awak
dan saya perempuan..awak tak faham jiwa saya
dan semestinya..masalah saya bukan masalah awak, masalah awak bukan masalah saya
cerita saya, kisah saya, saya kongsi dengan perempuan
sebab..mereka faham isi hati saya
saya bukan sabotaj lelaki..
tapi saya mahu lelaki faham..
saya perempuan, bukan lelaki
hati saya lembut, bukan keras
jiwa saya manis, bukan pahit
sila layan saya dan perempuan di luar sana baik2...

tolong ye...jangan judges semua perempuan sama
sebab saya tak pernah judges awak macam lelaki lain...

Hadith Rasulallah SAW::
"Wahai segenap manusia, takutlah kalian kepada Allah atas para wanita. Aku nasihatkan kepada kalian, bersikaplah yang baik kepada kaum perempuan."

Sekian.. peace..
=)

Friday, March 26, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..~

untukMu kasih..hanya padaMu aku berlindung
dan kepadaMu aku berserah diri

Berjalan bersama seorang kakak. Melewati perjalanan, dia mulakan bicara.
Katanya dia bukan hamba sempurna. Terasa seperti mahu jadi dirinya yang dahulu. kerana takut dengan pandangan orang pada dirinya sekarang.
"Pakai tudung labuh, sebab nak elak maksiat"..

yes, u r rite sis..yang tu betul

tapi....
"bila pakai tudung besar ni, akak rase mcm akak jadi senyap tiba2. Akak rasa akak bukan diri akak yang dulu"

opposite story::
aku nampak, aku lihat dan aku tahu mcm mana manusia berubah. Ada yang jadi lebih baik (alhamdulliah)..
tapi...
yang berubah daripada OK kepada TAK OK??
tudung besar kepada free hair??
kenapa aku yang perlu rasa SEDIH??

persoalan:: why?? pkai tdung besar tak boleh bercakap ke?? pakai tdg besar kena jadi bisu ea...

original answer::
siapa yang tentukan diri kita untuk berubah adalah diri kita. Kita yang pilih jalan hidup. Allah..hanya tunjuk jalan, bagi Hidayah..yang lain terserah pada diri sendiri. Kenapa mesti peduli dengan omong orang??


related answer::
orang yang selalu buat salah, bila buat kesalahan yang sama, kenapa orang lain tak pertikai?
tapi...
bila orang yang tak pernah buat salah, tetiba buat salah, kenapa orang lain busy body??
kalau dah nama tu manusia, memang manusia lah..
tak kan jadi karipap pusing pulak kan..

untuk sahabat yang tak tahu dirinya siapa..::
aku juga manusia biasa. Jahil dan tidak sempurna. Aku mahu sempurna. Tapi aku bukan tuhan, aku hanya manusia yang dicipta daripada Pencipta Sempurna. Jangan pernah menyesal dengan jalan yang kita pilih kerana aku pegang ayat ini..
Surat Cinta::
Al-Baqarah:216

Thursday, March 25, 2010

Puding susu buah-buahan...(masih dalam angan)

Picture_1277

Bahan-bahan ( 1 loyang besar )

  • 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin fruit cocktail

Cara-cara

  1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
  2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
  3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
  4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.
notakaki::
keinginan terlampau mau makan puding..masih dalam mode selera disert selepas tersalah makan karipap manis!

Tuesday, March 23, 2010

mau karipap panas!








mahu karipap panas..
minum dengan hot tea.. waaa...

Karipap yang gebu..inti yang enak
ibarat jiwa yang penuh dengan kasih sayang
heaven...
*perumpaan zaman kesultanan melayu melaka yang diada-adakan

bling..bling..
hmm..bau karipap panas
mahu jumpa doremon, minta karipap panas dari poket kecil atas pusat

yang benar,
penggemar karipap


jangan jadi gadis malas

Selawat dan salam buat Rasul junjungan::.

muka 1

Bermula era kemalasan dalam ensyclopedia hidup ni..
adoyaii....
hampir putus fius, kurang darah plus muntah jagung
demi meN-setllekan assignment
...................................................

muka 2

Haip!!
listen..
"demi masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian"
DUSH!!
gedebuk...
padan muka AKU..ngee~~
keje last minit..bukan keje last time
Haissh...
habit yang susa nak buang even padam gune liquid paper
brand 'paper mate'