Happiness..
tiada kesedihan
tiada resah, tiada gusar
yang ada cuma
happiness..
itu dulu
waktu aku masih anak-anak
kini aku sudah dewasa
mulakan ensyclopedia hidup
dengan pelbagai cerita
kalau dulu
aku pegang tangan abah
aku pegang tangan emak
kini
aku berdiri sendiri
tanpa pegang tangan siapa-siapa
aku cuma ada Dia
yang tidak bisa dilihat
tapi aku tahu Dia sentiasa ada untukku
kini
aku punya cerita
yang aku lakar dalam ensyclopedia hidup
ada gelak ketawa, ada titisan air mata
ada rasa penyesalan dan ada rasa keinsafan
..takdir aku ada pada Dia..
..cerita aku, aku yang lakar, tapi Dia yang tentukan..
yang buruk itu datang daripada diriku
yang baik itu hanya datang daripadaNya
kepadaNya aku berserah
atas segala sesuatu
kerana aku adalah miliknya
hati ini, jiwa ini, jasad ini
aku hanya pinjam untuk seketika
No comments:
Post a Comment