Friday, August 6, 2010

Bismillahirrahmanirrahim~



Tuhan,
Kadang aku rasa aku kuat,
Tiba-tiba air mata itu menitis.
Jatuh.
Dan gugur.

Tuhan,
Kadang aku rasa aku gagah,
Tiba-tiba aku jatuh dan tersungkur.
Luka.
Dan berdarah.

Tuhan,
Kadang aku rasa jiwa ini kental,
Tiba-tiba hanyut.
Jauh.
Dan lemas.

Tuhan,
Pernah aku rasa tidak punya siapa.
Lupa diri ini ada Kamu.

Tuhan,
Beri secebis rasa tenang itu buat aku.
Agar bisa aku tabah dalam hidup ini.



notakaki::
Allah tidak pernah menginjak diriNya jauh daripada hambaNya kerana hati-hati ini berada di hujung jemariNya. DIA yang mampu menguasai hati dan jiwa. DIA yang memelihara iman dan diri. Hanya padaMu kami berserah.

(^___^)

No comments: