Monday, January 31, 2011

From ZERO to HERO

"....bukan mudah untuk berubah

dari tanpa arah kepada tikar sejadah

dari tepi jalanan kepada sujud menghadap Tuhan....."

~versus~


Tiada siapa yang benar-benar kenal indahnya Islam tatkala saat hidupnya di masa jahiliyah.

Tiada siapa pernah tahu indahnya Islam tatkala dalam hati dan jiwanya sudah berada dalam keseronokan dunia.

Terlupa pada kehidupan yang satu lagi iaitu akhirat yang PASTI dan KEKAL ABADI.


Saat berada dalam jahiliyah, aku rasa dunia ini adalah syurga. Punya kebebasan.My life, my choice. Dunia ini aku yang punya. Asal hati gembira, aku bahagia. Biarlah laku itu salah. Biarlah laku itu dusta. Asalkan kepuasan yang aku kecap, tak pernah buat aku duka. Aku silap. Tuhan atur sebuah kehidupan yang biasa buat aku. Sebuah kehidupan yang tidak punya makna. Sebuah kehidupan yang tidak punya roh. Hidup umpama robot yang setiap hari adalah sama.


Hidup mula hilang arah. Mencari definisi bahagia yang sebenar. Mencari identiti diri yang hilang. Mencari janji yang aku mungkiri suatu ketika dahulu saat aku belum lahir ke dunia merasa nikmatnya sebuah hidup.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Cukup dengan kalimah ini telah membuktikan bahawa Tuhan itu Maha Adil. Tuhan itu Penyayang dan Tuhan itu Pengasih kerana DIA selalu ada ruang untuk memberi hambaNya seluas-luas peluang merasa nikmat dan indahnya sebuah kehidupan. Petunjuk itu DIA titipkan buat diri ini setelah sekian lama. Untung aku mengenal Islam disaat aku masih punya daya.


Bukan mudah untuk berubah. Nafsu itu mencalar jiwa yang mahu kenal Islam. Nafsu itu menghasut dan menghina. Dia kata aku tidak akan punya sahabat. Dia kata keluarga akan mencemuh. Dia kata aku akan dipinggirkan daripada rakan-rakan. Dia kata kecantikan aku akan hilang saat hijab mula menutup rambutku. Dia kata, gembira dan bahagia aku akan hilang.


Aku endahkan kata-katanya. aku tegarkan hati. Aku kuatkan jiwa. Aku yakin dan percaya dengan setiap bait kata-kata cinta dariNya.

Benar. Tiada dusta. Pasti nafsu ketawa berdekah saat aku lemah.


Ketika diri mula sujud di atas tikar sejadah menghadap Tuhan. Hati ini merintih dan menangis tiada henti. Tiap malam hanya air mata menjadi teman. Untuk seketika, Tuhan uji aku;

Kadangkala Allah hilangkan mentari...

Kemudian dia datangkan guruh..

Puas kita menangis..

Mencari mana mentari kita..

Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita..

Pelangi yang indah..


Tangisan yang dahulu, kini DIA ganti dengan selembar senyuman untuk buat aku tenang. Untuk buat hati dan jiwa rasa manisnya sebuah kehidupan. Mereka menghulur tangan. Mereka kongsi bahagia. Mereka kongsi suka dan duka. Tuhan gantikan sahabat baru buat aku. Itu nilaian ukhwah. Berharga dan bermakna. Mereka pelangi untuk aku. Mereka kekuatanku.


Siapa kata mudah untuk berubah? Pelbagai cacian. Pelbagai tohmahan. Pelbagai prasangka terpaksa kita hadapi. Terkadang terasa asing dibumi sendiri. Terkadang terasa sendiri. Namun, di situlah kekuatan kita. Segala cacian, tohmahan dan prasangka itulah yang menjadikan kita kuat. Cacian, tohmahan dan prasangka itulah sebenarnya sahabat kita. Kerana tanpanya, pasti diri kita masih berada di takuk lama yang mengharap pujian dan sanjungan manusia.


Dalam diri menjalani sebuah kehidupan baru, jangan sangka Allah tidak akan pernah menguji. Kerana ujian itu adalah didikan (tarbiyah) yang membuat kita berfikir dan melihat senario kehidupan. Setapak kaki melangkah, tarbiyah itu semakin sukar, tarbiyah itu semakin payah. Istiqamah dengan jalanNya. Istiqamah dengan susah payah dan getirnya sebuah perubahan. Insyaallah Allah bersama kita dalam setiap apa yang kita lakukan asalkan kita sentiasa merendah diri dan memohon pertolongan serta bantuan daripadaNya. Sesungguhnya Allah itu sangat dekat dengan kita.~ (^__^)


Buat mereka yang pernah berada dalam kejahilan sama seperti aku suatu ketika dahulu, kamu lebih mengetahui bagaimana perasaan ini kan. Kerana kita adalah sama. Menangis dan hampir putus harapan dengan hidup. Tapi kerana kekuatan yang Allah tiupkan dalam hati kita, roh ini bangun semula untuk mengapai bahagia dan redha Ilahi semata. Moga hati-hati kita terus tegar tanpa goyah. (^__^)


Sayang buat kamu yang baru mahu hargai nikmat sebuah kehidupan yang ALLAH titipkan buat kita dan sedaya upaya mencarinya kerana aku tahu kamu akan lebih menghargainya jika kita mencari daripada meminta untuk diberi.~


Kemahuan itu datang daripada kuatnya hati. Jika kita percaya dan yakin dengan janjiNya, pasti kita mampu harungi segala susah payah kehidupan. Tiada manusia pernah hidup senang jika belum merasa sakit dan susahnya kehidupan ini. =)


Thursday, January 27, 2011

Cerminan Sebuah Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim~

Ceminan sebuah kehidupan. Hari-hari yang ditempuh semakin sukar dan payah. Tiada istilah bersenang-senang. Semalam mungkin air mata ini membasah. Semalam mungkin aku tiada upaya. Semalam mungkin aku putus asa mahu jadi diri sendiri. Membenci dan mencaci diri.

Bila diasak dengan pertanyaan.

”Apa yang sudah awak lakukan sepanjang awak berada di jalan ini?”

”Berapa ramai yang kenal Islam sebenarnya sepanjang awak di jalan ini?”

Diasak terus-terusan.

Ini mungkin pertanyaan manusia.

Bagaimana di mahsyar kelak?

Apa daya aku mahu bicara pada Tuhan?

Apa daya aku mahu beritakan kebenaran?

Monday, January 24, 2011

Tak Setabah Mereka

Bismillahirrahmanirrahim~

Tuhan Yang Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambaNya.

Moga dipermudahkan segala urusan bagiku, hidup dan matiku.

Moga selalu dan sentiasa ditunjuki jalan menuju redhaMu, mencapai jannahMu semata.

Terasa diri seakan tidak berguna. Baik pada pandangan manusia, mahupun pandangan alam. Saat ini aku mula terasa letih dan lesu. Saat ini aku mula terasa beban yang teramat berat mula tergalas dibahuku. Tidak terhitung penat dan lelahnya aku memikul. Mula dihujani pelbagai perasaan. Menyerah dan mengalah.

Aku tidak mahu jadi Noor Adilah Mohammed Shafie. Aku lesu menjadi dirinya.

Menangis. Mencari bahu untuk jadi sandaran. Tapi aku tidak kuat untuk bercerita. Aku tidak kuat untuk kisahkan pada semua.

Bagaimana mereka yang mengabdikan diri untuk Islam semata sanggup menggalas beban yang berat ini? Rasulallah SAW dan para sahabat. Cemburunya aku pada mereka. Saat mereka berjuang dengan gembira, aku hanya tahu merintih, merengek dan menangis. Hati ini tidak tegar setegar jiwa-jiwa mereka yang cintakan syahid.