Monday, January 24, 2011

Tak Setabah Mereka

Bismillahirrahmanirrahim~

Tuhan Yang Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambaNya.

Moga dipermudahkan segala urusan bagiku, hidup dan matiku.

Moga selalu dan sentiasa ditunjuki jalan menuju redhaMu, mencapai jannahMu semata.

Terasa diri seakan tidak berguna. Baik pada pandangan manusia, mahupun pandangan alam. Saat ini aku mula terasa letih dan lesu. Saat ini aku mula terasa beban yang teramat berat mula tergalas dibahuku. Tidak terhitung penat dan lelahnya aku memikul. Mula dihujani pelbagai perasaan. Menyerah dan mengalah.

Aku tidak mahu jadi Noor Adilah Mohammed Shafie. Aku lesu menjadi dirinya.

Menangis. Mencari bahu untuk jadi sandaran. Tapi aku tidak kuat untuk bercerita. Aku tidak kuat untuk kisahkan pada semua.

Bagaimana mereka yang mengabdikan diri untuk Islam semata sanggup menggalas beban yang berat ini? Rasulallah SAW dan para sahabat. Cemburunya aku pada mereka. Saat mereka berjuang dengan gembira, aku hanya tahu merintih, merengek dan menangis. Hati ini tidak tegar setegar jiwa-jiwa mereka yang cintakan syahid.

No comments: