Tuesday, February 22, 2011

Pakaian kita

Aurat itu pakaianku

Yang menyelimuti seluruh tubuhku

Aurat itu dari seluruh anggota badanku

Tapak tangan dan muka itu berkecuali

Aurat itu pakaianku

Yang melindungi setiap inci tubuhku

Daripada diperlihatkan oleh semua makhluk yang bukan mahramku

Auratku, yang menutupi rambutku

Kononnya rambut adalah mahkota

Tapi di mana perlindungannya sebagai mahkota yang menyinar?

Aurat itu memperlihatkan pakaianku

Tidak ketat, sendat mahupun jarang sehingga terbogel seluruh badan

Aurat itu biar menepati syariat

Apa guna tahu tapi tiada amal

Apa guna tahu jika tubuh itu untuk yang halal bergelar suami

Sedang tubuh itu diperaga sesuka hati buat tatapan umum

Auratku,

Pinta pada Tuhan untuk peliharanya sampai aku mati

Jangan terselak, jangan terdedah

Kerana aku tidak mahu tubuhku dihinggapi lalat dan langau

Maaf pada yang tersinggung

Tugas ini sudah aku laksanakan

Memberi ingatan ini adalah dayaku

Biar tiada suara lantang yang berbunyi

Tapi dengarilah dengan suara hati

Bukan takut untuk berkata

Tapi takut menyinggung kerana bicara

Saturday, February 19, 2011

cikgu itu kita

“Saya jadi cikgu bukan untuk didik mental budak-budak semata, tapi saya jadi cikgu untuk didik jiwa dan hati mereka supaya ruh mereka hidup, bukan tak bernyawa macam robot”

Biar dicampak ke lautan mana, biar dihumban ke gunung mana, itulah guru. Itu adalah kita. Dan itu adalah aku. Mendidik jiwa-jiwa yang belum kenal tarbiyah. Mendidik jiwa-jiwa untuk jadi qowie. Mendidik jiwa-jiwa untuk jadi rijal. Itu sepatutnya guru. Bukan lahirkan insan yang hanya tahu bekerja tapi jiwa mati.

Thursday, February 17, 2011

demi masa

Masa yang Tuhan beri hanya untuk pinjaman. Pinjaman yang tak mungkin dapat aku kembalikan. Pinjaman yang tak mungkin dapat aku bayar dengan nilaian yang sama haknya.

Melangkah beberapa tapak ke hadapan, tak mungkin untuk toleh ke belakang. Tiada siapa pernah faham hidup aku. Hanya mereka yang sama berdiri dan bertatih di atas jalan yang sama, pasti tahu apa yang aku rasa. Pasti tahu panjang dan payahnya jalan yang telah dipilih.

Minggu yang sangat pack. Hampir saja mahu menangis. Mengenangkan tiada masa rehat. Pejam mata lansunglah tidak. Hari-hari yang terisi dengan daurah, katibah, liqa’ dan usrah. Makanan hati dan jiwa. Topup iman (^__^). Sebelum saatnya Izrail menjemput, inilah masanya.

Maaf buat abah daripada anak yang tidak punya masa untuk abah. Tapi ketahuilah dalam setiap langkah anakmu jihad di jalan Allah, saat itu abah selalu dalam doa dan ingatan.

Wednesday, February 2, 2011

Kita Sudah Dewasa

Kita semakin dewasa. Kalau dulu semasa anak-anak, berlari dan bermain. Bergaduh dan berkawan. Menangis dan ketawa. Kalau dulu semasa anak-anak, tiada masalah yang bermain dalam kotak fikiran. Semuanya tentang, ”esok nak main ape eh?” . Hidup kanak-kanak yang tak pernah tahu diri akan dewasa.

Kita semakin dewasa. Kalau dulu, tinggi cuma 130cm, berat cuma 20kg. Sekarang, berganda besarnya. Kalau dulu, minta apa sahaja dengan rengekan, pasti dapat. Sekarang, usaha sendiri baru dapat. Tiada rengekan. Kalau dulu, bila merajuk ada orang pujuk. Sekarang, bila menrajuk, menagis sendiri dalam hati. Kerana kita sudah dewasa. Jadi pelindung kepada anak-anak.

Putaran sebuah kehidupan yang Allah atur. Subhanallah. Siapa sangka kita jadi dewasa. Jejak kaki ke menara gading jadi insan berjaya. Punya suami, isteri, anak-anak dan keluarga. Hidup yang penuh dengan ketidaksangkaan. Rahmat Allah itu luas dan besar bagi mereka yang melihat dan merenung dengan roh dan jiwa-jiwa berbunga mekar.

Peluang dan kesempatan daripada Allah tak pernah pudar atau hilang dimamah waktu. Selalu ada untuk mereka yang menghargai. Ibarat surah Al-Asr. Bagaimana masa itu digunakan. Umpama lagu Raihan, ’Demi Masa’. Bagaimana masa itu dimanfaatkan. Kerana kita tidak tahu bila saatnya Izrael datang menjemput. (^__^)

Melihat gambar-gambar lama, mengimbau nostalgia saat aku masih kerdil. Bertatih. Comel. Siapa sangka, aku akan jadi seperti aku yang sekarang. Membesar dari seorang gadis, kemudian wanita. Sampai suatu saat, aku akan merasa kedut di wajah. Kita semua. Akan tua. Tiada yang berkecuali. =). Bagaimana perasaan nenek dan datuk kita sekarang, begitulah jua perasaan kita nanti.

Masa yang Allah beri pada kita saat ini, bukan untuk disia-sia. Bukan untuk lakukan rutin yang sama tiap masa. Tapi untuk dipergunakan pada jalanNya. Jika kita orang yang bijak berfikir menggunakan mata hati, maka kita pasti ketemu jawapannya. Jika kita buta mata hati dan menutup hati yang mahu dibuka, sia-sialah hidup ini. Pasti takkan ketemu bahagia hakiki.

Terima kasih Tuhan untuk hari ini dan selamanya. (^__^)

Tuesday, February 1, 2011

Cinta Allah


Bismillahirrahmanirrahim~

(^__^)

Bila ditanya; Pernah bercinta?

Aku kata; Ya. Pernah rasa.

Ya. Aku pernah rasa manisnya cinta. Aku pernah rasa syahdunya cinta. Aku pernah rasa indahnya cinta. Tatkala aku sendiri. Aku rindu saat bercinta denganNya.

Jujur pada diri. Aku tiada siapa-siapa dalam hati kerana aku mahu cinta padaNya seorang. Jika ada cinta selain dari cintaNya, aku harapkan cintanya bersandar kepada cintaNya. Supaya cinta kami sama. Supaya cinta kami serupa.

Berada di atas jalanNya yang dipinjamkan seketika untuk aku dan hamba-hambaNya yang tercinta, Dia biarkan kami mencari insan untuk dikasihi, Dia biarkan kami untuk cari pelindung yang didamba, Dia biarkan kami tebarkan rasa rindu dalam hati. Dia biarkan kami merasa nikmatnya cinta di dunia. Dia yang menyayangi umatNya, tidak pernah sekali murka kepada kami. Selalu ada untuk beri peluang kepada hambaNya walaupun cintaNya kepada kami tak pernah berbalas.

Jalan yang dipinjamkan seketika ini adalah medan pertempuran jiwa-jiwa yang mengharap redha Ilahi. Medan yang bertempur melawan nafsu semata. Medan untuk bertempur memerangi cinta yang salah tanpa ikatan yang sah.

Cinta Allah itu besar. Teramat besar. Tapi manusia yang lalai dan alpa. Leka dengan mainan IBLIS. Hanyut dengan kata-kata SYAITAN durjana. Moga dibangunkan segera daripada lalainya mengingati Tuhan Yang Satu sebelum tiba saat tiada daya.

Kita tidak akan merasa cintaNya sekiranya kita tidak pernah rasa tewas dalam bercinta. Cinta yang pernah kalah dan ternoda itu sebenarnya adalah titik permulaan kepada sebuah cinta yang ABADI dan HAKIKI.

Selamat Mencari Cinta Abadi~