Kita semakin dewasa. Kalau dulu semasa anak-anak, berlari dan bermain. Bergaduh dan berkawan. Menangis dan ketawa. Kalau dulu semasa anak-anak, tiada masalah yang bermain dalam kotak fikiran. Semuanya tentang, ”esok nak main ape eh?” . Hidup kanak-kanak yang tak pernah tahu diri akan dewasa.
Kita semakin dewasa. Kalau dulu, tinggi cuma 130cm, berat cuma 20kg. Sekarang, berganda besarnya. Kalau dulu, minta apa sahaja dengan rengekan, pasti dapat. Sekarang, usaha sendiri baru dapat. Tiada rengekan. Kalau dulu, bila merajuk ada orang pujuk. Sekarang, bila menrajuk, menagis sendiri dalam hati. Kerana kita sudah dewasa. Jadi pelindung kepada anak-anak.
Putaran sebuah kehidupan yang Allah atur. Subhanallah. Siapa sangka kita jadi dewasa. Jejak kaki ke menara gading jadi insan berjaya. Punya suami, isteri, anak-anak dan keluarga. Hidup yang penuh dengan ketidaksangkaan. Rahmat Allah itu luas dan besar bagi mereka yang melihat dan merenung dengan roh dan jiwa-jiwa berbunga mekar.
Peluang dan kesempatan daripada Allah tak pernah pudar atau hilang dimamah waktu. Selalu ada untuk mereka yang menghargai. Ibarat surah Al-Asr. Bagaimana masa itu digunakan. Umpama lagu Raihan, ’Demi Masa’. Bagaimana masa itu dimanfaatkan. Kerana kita tidak tahu bila saatnya Izrael datang menjemput. (^__^)
Melihat gambar-gambar lama, mengimbau nostalgia saat aku masih kerdil. Bertatih. Comel. Siapa sangka, aku akan jadi seperti aku yang sekarang. Membesar dari seorang gadis, kemudian wanita. Sampai suatu saat, aku akan merasa kedut di wajah. Kita semua. Akan tua. Tiada yang berkecuali. =). Bagaimana perasaan nenek dan datuk kita sekarang, begitulah jua perasaan kita nanti.
Masa yang Allah beri pada kita saat ini, bukan untuk disia-sia. Bukan untuk lakukan rutin yang sama tiap masa. Tapi untuk dipergunakan pada jalanNya. Jika kita orang yang bijak berfikir menggunakan mata hati, maka kita pasti ketemu jawapannya. Jika kita buta mata hati dan menutup hati yang mahu dibuka, sia-sialah hidup ini. Pasti takkan ketemu bahagia hakiki.
Terima kasih Tuhan untuk hari ini dan selamanya. (^__^)
No comments:
Post a Comment