Saturday, March 19, 2011

Salahkan aku.

DIA leburkan segala susah payah derita kehidupan.

Yang perit dan pedih.

Dalam hidup, tiada siapa yang akan rasa bahagia selamanya.

Tiada siapa yang akan rasa derita selamanya.

Semuanya Allah bagi sama rata kerana DIA Maha Adil.

Melingkari sebuah kehidupan yang amat payah dalam waktu kosong tanpa tarbiyah benar-benar membuatkan diri ini hilang arah. Sendirian dan tiada hala tuju.

Ruang yang sebenarnya memberitahu siapa dan di mana kedudukan diri ini sebenarnya.

Mencipta sebuah jawapan kepada persoalan yang sering mengusik jiwa dan hati tanpa istikharah dan doa kepadaNya.

Salahkan aku.

Maaf buat diri ini, Tuhan

Tuhan..

Aku rasa bersalah kerana meminggirkanMu

Untuk sekian kali,

aku dengan rendah hati mengaku bahawa aku belum cukup untuk mencintai diriMu dan kekasihMu.

Dengan rasa hina, aku tak tahu apa yang aku mahu dalam hidup ini.

Untuk kali ini, aku tertanya-tanya,

siapa aku dalam hidup ini

untuk apa aku di atas muka bumi ini

mengapa aku yang dipilih untuk berada di atas jalanMu

soalan ini mengganggu, soalan ini merunsingkan benak fikiran

Tuhan..

Tunjukkan aku jalan untuk kembali kepada fitrahku

Aku tidak kuat. Aku selalu lemah. Aku selalu lelah

Mohon padaMu Tuhan,

Biar di bumi mana aku berada, istiqamah dan tetapkan hati aku

Supaya aku hanya melihat cahayaMu bukan kegelapan yang malap semata.

Amin..

Bismillahirrahmanirrahim~

Untuk sedetik, nafas sesak seakan terhenti. Fikiran kucar-kacir mengharapkan ketenteraman dan rasa aman.

Tak tahu mana silapnya diri ini hingga ada yang tuding jari cari kesalahan. Bukankah manusia juga melakukan kesilapan. Kerana aku tak pernah rasa yang diri ini terlalu gah dengan kesempurnaan.

Maaf. Untuk ungkapan yang remeh dan murah bagi sesetengah manusia. Tapi MAAF itu tinggi dan besar nilainya bagi mereka yang meminta dengan rasa rendah hati. Sukarkah memberi keampunan atas kesalahan yang biasa terlaku? Walau terluka rasa pahit, bukankah manis andai kata maaf diterima setelah dihulur?

Friday, March 18, 2011

Ampuni diriku, Tuhan.


Tuhan..

Beri aku petunjuk yang benar

Saat ini aku hilang arah

Resah dan gelisah

Roh ini hilang saat jasad tetap di sini

Tuhan,

Jangan bebankan aku dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelumku.

Tuhan,

Maafkanlah diriku, ampunilah diriku dan rahmatilah diriku

Saturday, March 5, 2011

Untukku dan Mereka Yang Bergelar Pemuda




“Penuhilah diri kamu dengan ilmu dan akhlak,

untuk bekalanmu dalam memimpin generasi masa depan.

Maka, aku ingin menasihati diriku dan mereka yang sewaktu dengankku kerana aku sedar untuk apa hidup di dunia ini.”



Taatilah Allah dan RasulNya dan

jauhilah apa yang dilarangNya.

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda, “ Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindunganNya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindunganNya sahaja iaitu :-

  1. Pemimpin yang adil.
  2. Pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah.
  3. Lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid.
  4. Dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah, bertemu dan berpisah juga hanya keranaNya.
  5. Seorang lelaki yang digoda oleh perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki itu menolak dan berkata, ”sesungguhnya aku takutkan Allah”.
  6. Seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain.
  7. Seorang lelaki yang duduk menyendiri bermunajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya.

[Muttafaqun ’Alaih]

Jika dikira dan difikir, kita yang mana satu??? Aku mahu punya ciri-ciri di atas supaya Allah tahu dan kenal aku sebagai hambaNya. Aku mahu jadi tujuh golongan yang disebut. Tapi apa usaha yang telah kita lakukan untuk kecap impian itu supaya jadi nyata? Adakah hanya mendengar, faham dan tahu tapi tiada AMAL?


Ambillah segala kesempatan di zaman mudamu ini dengan memenuhi setiap masa lapangmu dengan ilmu.

Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud : ”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara :-

  1. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu.
  2. Masa sihatmu sebelum sakitmu.
  3. Masa kaya sebelum datangnya masa sempitmu (miskin)
  4. Masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu.
  5. Masa hidupmu sebelum tiba masa matimu.

Masa hidup kita, ke mana kita habiskan? Adakah selama ini kita membuang masa tanpa sebarang perkara yang berfaedah? Allah maafkan kita seandainya kita lupa. Tapi adakah Allah beri ampunan sekiranya kita SENGAJA untuk lupa atau tidak sedar dengan tingkah laku kita selama ini? Mungkinkah hanya apabila telah datang tua, sakit, sempit, sibuk dan mati barulah kita mula sedar akan tanggungjawab kita sebagai seorang MUSLIM yang sepatutnya memperbaiki diri sendiri dan memberi peringatan kepada orang lain?


Jagalah kehormatan dirimu dan jauhilah zina.

“Wahai golongan pemuda! Siapa yang diantara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka, sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia BERPUASA keran puasa itu baginya benteng nafsu.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Selama ini, sejauh manakah kita berpuasa untuk menahan nafsu dari meroboh benteng perisai hati? Banyak manakah puasa yang kita lakukan supaya hati dan jiwa ini terjaga dari amukan nafsu? Kita adalah pemuda yang kuat dan gagah. Bukan disuruh berperang tapi sekadar berpuasa untuk melemahkan nafsu. Jika puasa tidak terlaksana, bagaimana mahu jadi syabab yang bisa pimpin judullah syahid di jalanNya?


Aku hanya layak membetulkan diri ini sendiri. Tetapi kamu sebagai PEMUDA seharusnya tahu akan tanggungjawab yang sepatutnya tergalas pada bahu.