“Penuhilah diri kamu dengan ilmu dan akhlak,
untuk bekalanmu dalam memimpin generasi masa depan.
Maka, aku ingin menasihati diriku dan mereka yang sewaktu dengankku kerana aku sedar untuk apa hidup di dunia ini.”
Taatilah Allah dan RasulNya dan
jauhilah apa yang dilarangNya.
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda, “ Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindunganNya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindunganNya sahaja iaitu :-
- Pemimpin yang adil.
- Pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah.
- Lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid.
- Dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah, bertemu dan berpisah juga hanya keranaNya.
- Seorang lelaki yang digoda oleh perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki itu menolak dan berkata, ”sesungguhnya aku takutkan Allah”.
- Seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain.
- Seorang lelaki yang duduk menyendiri bermunajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya.
[Muttafaqun ’Alaih]
Jika dikira dan difikir, kita yang mana satu??? Aku mahu punya ciri-ciri di atas supaya Allah tahu dan kenal aku sebagai hambaNya. Aku mahu jadi tujuh golongan yang disebut. Tapi apa usaha yang telah kita lakukan untuk kecap impian itu supaya jadi nyata? Adakah hanya mendengar, faham dan tahu tapi tiada AMAL?
Ambillah segala kesempatan di zaman mudamu ini dengan memenuhi setiap masa lapangmu dengan ilmu.
Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud : ”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara :-
- Masa mudamu sebelum datang masa tuamu.
- Masa sihatmu sebelum sakitmu.
- Masa kaya sebelum datangnya masa sempitmu (miskin)
- Masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu.
- Masa hidupmu sebelum tiba masa matimu.
Masa hidup kita, ke mana kita habiskan? Adakah selama ini kita membuang masa tanpa sebarang perkara yang berfaedah? Allah maafkan kita seandainya kita lupa. Tapi adakah Allah beri ampunan sekiranya kita SENGAJA untuk lupa atau tidak sedar dengan tingkah laku kita selama ini? Mungkinkah hanya apabila telah datang tua, sakit, sempit, sibuk dan mati barulah kita mula sedar akan tanggungjawab kita sebagai seorang MUSLIM yang sepatutnya memperbaiki diri sendiri dan memberi peringatan kepada orang lain?
Jagalah kehormatan dirimu dan jauhilah zina.
“Wahai golongan pemuda! Siapa yang diantara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka, sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia BERPUASA keran puasa itu baginya benteng nafsu.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Selama ini, sejauh manakah kita berpuasa untuk menahan nafsu dari meroboh benteng perisai hati? Banyak manakah puasa yang kita lakukan supaya hati dan jiwa ini terjaga dari amukan nafsu? Kita adalah pemuda yang kuat dan gagah. Bukan disuruh berperang tapi sekadar berpuasa untuk melemahkan nafsu. Jika puasa tidak terlaksana, bagaimana mahu jadi syabab yang bisa pimpin judullah syahid di jalanNya?
Aku hanya layak membetulkan diri ini sendiri. Tetapi kamu sebagai PEMUDA seharusnya tahu akan tanggungjawab yang sepatutnya tergalas pada bahu.
No comments:
Post a Comment