Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaykum.
Mereka beritahu aku. sudah lain. Tak seperti dulu.
Mereka beritahu aku. Sudah berbeza. Tak seperti dulu.
Mereka beritahu aku. Sudah jauh. Tak seperti dulu.
Berbezakah aku daripada mereka?
Lainkah aku dengan mereka?
Mengucap 2 kalimah syahadah. sama.
Solat 5 waktu. sama.
Puasa dibulan Ramadhan. sama.
Membayar zakat. sama
Aku juga punya keinginanan untuk naik haji. Juga sama.
Tapi, mengapa jemaah itu yang harus dipersalahkan andai mereka melihat aku berbeza.
Bukankah kita sama?
Bezanya.
Aku tunaikan dhuha tanpa ada siapa yang suruh.
Aku puasa sunat kerana itu sunnah Nabi SAW.
Aku lakukan solat sunat rawatib, sama ada sebelum atau selepas solat.
Aku baca dan hafal ayat-ayat suci Al-Quran.
Aku jaga aurat ini di depan khalayak kerana ia adalah maruahku.
Bezanya dengan mereka?
Apakah mereka juga lakukan perkara yang sama?
Salahkah? atau sesatkah aku?
Mengapa jemaah yang dipersalahkan kiranya aku lakukan itu kerana untuk redha Allah?
Tidakkan mereka melihat aku berbeza kerana aku memilih jalan ke syurga?
Bukan mereka yang jauh. Tetapi mereka yang sangat dengan diri ini.
Tolong jangan salah tafsir.
Bukan kerana jemaah aku begini.
Tapi kerana menuntut redha Ilahi.
Tolong jangan dikatakan jemaah itu sesat kerana ia tidak pernah menyesatkan aku.
Mereka yang tidak faham. Tolong jangan disalahkan.
Kerana tiada siapa yang pernah memberi kefahaman kepada mereka.
Mereka yang sudah faham. Jangan disalahkan aku atau jemaah.
Kerana aku masih berada di atas landasanNya.
Mencari cintaNya dan kasihNya.
Jangan buat hati ini menangis dan kecewa kerana fitnah itu.
No comments:
Post a Comment