Wednesday, October 31, 2012
Kun Fa Ya Kun
Bismillahirahmanirrahim~
Manusia akan berubah tanpa kita sangka dia akan berubah akhirnya nanti.
Tak tahu dan mungkin entah kenapa,
dalam lambakan manusia yang sudah mula berubah daripada jahiliyah kepada manusia yang sedar siapa dirinya,
untuk apa dia dijadikan dan ke mana akhir hidupnya,
ada juga manusia yang merubah dirinya untuk kembali kepada siapa dirinya dahulu.
Mungkinkah jahiliyahnya dahulu bukanlah jahiliyah yang benar-benar menguji dirinya hingga mereka merasakan
bahawa apa yang diubah saat ini bukanlah kembali kepada jahiliyyah?
Saya sangat takut. Saya sangat bimbang.
Andai saya meluah dan menulis tentang perasaan saya, suatu hari nanti saya juga akan seperti mereka.
Kembali kepada Jahiliyyah!
Naudzubillah~
Dengan kuasa Tuhan yang memegang hati, segalanya mungkin jadi dan berlaku.
Tapi andaikan sahaja doa dan permintaan kita daripada Tuhan tidak bersungguh-sungguh dan seikhlas hati,
bagaimana Tuhan mahu yakin dan memberi dengan apa yang kita minta.
Tuhan sangat mudah untuk memberi nikmat yang boleh dilihat dan dirasa oleh pancaindera.
ferrari? rumah impian? pasangan?
Petik jari. Sangat mudah bagi Tuhan.
Dan Tuhan juga memberi bila kita minta sesuatu yang x dapat kita sentuh seperti
cinta, rindu, sayang, bahkan hidayah dan petunjuk.
Tapi, itu hanya apa yang dapat kita rasa.
Kita sendiri yang rasa tanpa orang lain tahu apa sedang kita alami.
Iman saya juga pasang surutnya. Saat ini juga saya merasakan bahawa diri saya agak terkebelakang.
Bateri kong dan memerlukan cas segera tanpa tangguh-tangguh.
Hanya kerana saya berada dalam usrah dan menerima tarbiyah, barulah akal dan minda saya ligat berfikir dan mula faham.
Bahawa setiap kali dalam waktu saya berada dalam dunia yang melalaikan saya,
Tuhan PASTI akan menghadirkan cerita-cerita baru yang akan membuatkan saya tersedar.
Cerita tentang manusia, cerita tentang bencana, cerita tentang kematian.
Semuanya akan mengejutkan saya saat saya sedang dalam dakapan mimpi dunia.
Kerana Tuhan tahu bahawa saya masih dan sangat memerlukanNya.
Kerana saya tahu bahawa Tuhan pernah mendengar doa dan permintaan saya.
BERUBAH SETELAH SATU AKAD.
Apa yang boleh saya katakan?
Perkahwinan satu perjalanan yang sangat indah. Bagi yang belum merasainya. ^_^
Teringat dengan kata-kata perihal perkahwinan daripada sister yang sudah lama mendirikan rumah tangga.
"Perkahwinan bukanlah sesuatu yang indah-indah sahaja."
Jika kita fikir, faham dan hadam..
Banyak cerita tentang masa depan yang perlu dilalui selepas satu akad.
Banyak kisah yang akan tersimpan sama ada gembira atau sebaliknya akan terjadi dalam hidup.
Itu adalah hakikat sebuah kehidupan bersama antara lelaki dan perempuan.
Yang tak pernah melintas dalam benak saya.
Kerana Tuhan layak untuk menguji saya melalui sebuah perkahwinan,
barulah saya melihat dan memandang berat tentang kehidupan berumah tangga.
Terasa seperti wanita matang yang bercakap. Ahahah~
Dalam hidup saya sebagai manusia yang pernah melihat dan hanya memandang,
saya tidak mahu perkahwinan yang Allah aturkan mencairkan iman saya, melemahkan hati saya dan mematikan jiwa saya.
Mengembalikan saya kepada jahiliyyah dunia.
YA. DIA BERUBAH. DAN SAYA HANYA MELIHAT.
Sangat terasa dan menyentap nurani saya saat melihat mereka yang dahulunya bersama dalam bulatan gembira,
berubah mencari sinar dan cinta Tuhan, meninggalkan jahiliyyah, meninggalkan T pendek dan jeans ketat.
Mengenakan jubah dan melabuhkan tudung.
Untuk beberapa tahun, masih kekal dan masih sama mengekalkan istiqamah dan mujahadah.
Walaupun kadang-kadang syaitan datang menggoda untuk kembali kepada jahiliyyah.
Saya pasti, pasti ada suara-suara pujukan yang menjengah. Namun, dikuatkan hati dan dikentalkan iman.
Dan Tuhan masih sayangkan kita, barulah Dia menetapkan kita dijalanNya.
Itulah nikmat mujahadah paling besar yang Allah kirimkan pada hambaNya.
Kagum dengan kekuatan yang Allah hadiahkan buat para mujahidah
dengan harapan agar Allah menitipkan kekuatan yang sama buat saya andai saya hampir tergelincir.
Apabila Allah mengatakan dalam firmanNya,
An Nahl, ayat40 : “Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya,
Kami hanya mengatakan kepadanya : Kun - (jadilah) - maka jadilah ia“.
Yaasiin, ayat 82 : “Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya:
jadilah, maka terjadilah ia“.
Al Mu’min, ayat 68 : “Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan,
Dia hanya berkata kepadanya : jadilah, makajadilah ia“.
KUN FA YA KUN
Hanya kerana sebuah perkahwinan. Hanya kerana satu lafaz ijab dan qabul.
Kita bukan milik ibu bapa kita lagi.
Nisa' adalah kepunyaan Rijal.
Bagaimana mengurus sebuah kehidupan baru yang dilengkapi dan ditaburi dengan perasaan cinta?
"Perkahwinan bukanlah sesuatu yang indah-indah sahaja".
Menjadi diri sendiri bukanlah sesuatu yang sangat mudah. Benarlah.
Mengejar istiqamah untuk berjalan seiiring dengan mujahadah adalah sangat berat.
Mencari rijal yang faham dengan diri nisa' juga adalah satu dalam seribu.
Tak semua suami merelakan isterinya menduakan cintanya.
Tak semua suami meletakkan kesanggupannya untuk berada ditingkat kedua dalam hatinya.
Kerana ada suara-suara pujukan yang sedang menggodanya.
Yang sedang meruntuhkan bata-bata keimanan dalam dirinya.
Berubah setelah hidup bersama.
Kerana sayang pada manusia.
Kerana cinta yang membutakan.
Tudung semakin menyingkat, lengan baju semakin menyenteng, jeans mula menampakkan kakinya, sarung kaki mula dibuang merata.
Memang syurga di bawah tapak kaki suami.
Tak cium bau syurga dan nerakalah tempat isteri andai ingkar dan tidak patuh pada suami.
Tapi, ke mana hilangnya kebergantungan pada Tuhan?
Di mana doa dan pengharapan yang kita minta pada Tuhan?
Suami bukan Tuhan, kerana dia bukan tercipta dengan sendirinya.
Suami yang baik adalah suami yang merelakan isterinya mencintai kekasihNya melebihi dirinya.
Suami yang baik adalah suami yang sanggup diduakan kerana mengejar cinta Tuhan bersama, bukan sendiri-sendiri.
Isteri yang solehah adalah isteri yang menjaga nama suaminya.
Isteri yang solehah adalah isteri yang mampu dan bersama-sama suami berjalan ke syurga.
Bukanlah kerana sebuah lafaz ijab dan qabul, kita maksum dan setiap dosa adalah dalam tanggungan suami.
Janganlah kerana jahilnya kita kembali kepada jahiliyah menambah dosa dalam poket amalan suami.
CINTA YANG KITA SEMUA HARAPKAN.
Bertemu dengan rijal yang akan menguatkan nisa'nya adalah harapan saya.
Yang akan mengecas bateri iman saya. Menyalakan jiwa saya dan membantu menyuburkan hati saya dengan kecintaan kepada Tuhan.
Perkahwinan perlukan persediaan rapi.
Perlu jelas dengan maratib amal.
Tujuan berkahwin bukan untuk menambah bilangan umat semata.
Saya adalah budak usrah.
Bagaimana kefahaman pasangan kita tentang usrah?
Saya adalah dai'e.
Bagaimana kefahaman pasangan kita tentang waktu-waktu yang digunakan oleh seorang dai'e dalam kehidupan sehariannya?
Mencari orang faham tentang dakwah dan tarbiyah.
Perjalanan yang sangat panjang dan sakit.
Takkan mampu manusia biasa untuk berdiri selepas tersungkur bila diri sendiri tidak merasai ruh tarbiyah.
Takkan mampu manusia yang tidak faham siapa kita untuk memahami kita.
Tugas kita, tanggungjawab kita. Mengembalikan Islam pada tempatnya.
Sejauh mana manusia yang tidak faham mampu kenal perjuangan kita?
Kerana mereka harus difahamkan terlebih dahulu sebelum mereka memahami kita.
SAYA HANYA MENULIS TENTANG APA YANG SAYA RASA.
Bergantung kepada kekuatan dan tsabatnya kita berjalan di bumi Tuhan.
Tuhan tak pernah membiarkan kita sendirian sekiranya kita sedang merasakan bahawa Tuhan berada dekat di samping kita.
Sehinggakan Tuhan memelihara kita daripada jahiliyyah kerana doa yang tidak pernah putus supaya ditetapkan kita di jalan dakwah dan tarbiyah
dan meletakkan diri kita dalam gerabak yang sama.
Bahagialah buat mereka yang bersama-sama sedang mencari redha Tuhan.
Kerana hanya cinta luar biasa dan bahagia selamanya yang Allah pelihara sampai akhirnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment