Thursday, January 14, 2010

Kekasih

Tentang seseorang di pintu Sang Kekasih
dan mengetuk. Ada suara bertanya, “Siapa di sana?”
Dia menjawab, “Ini Aku.”
Sang suara berkata, “Tak ada ruang untuk Aku dan Kamu.”
Pintu tetap tertutup
Setelah setahun kesunyian dan kehilangan, dia kembali
dan mengetuk lagi. Suara dari dalam bertanya, “Siapa di sana?”
Dia berkata, “Inilah Engkau.”
Maka, sang pintu pun terbuka untuknya.


Jalaludin Rumi

Sunday, January 10, 2010

Ini Hadiah Untuk Hati


Bismillahirrahmanirrahim~
Moga aku sentiasa dalam pemerhatianNya..

Diri ini terkadang khilaf. Tidak tahu bagaimana harus menilai. Aku punya rasa, marah dan benci. Mujur aku ada Pencipta. Tahu aku tidak punya hak mahu membenci. Sakitnya hati dan perasaan ini bila disakiti, pedihnya hati dan jiwa dilukai..Aku tidak punya hak. Kerana..Hak itu milik Dia. Hanya Dia yang punya hak untuk membenci. Sedang aku?? Sekadar gadis kecil yang kotor.

Mahalkah kata "maaf" untuk diungkap? Beertikah makna sebuah kemaafaan?
Mahal dan beerti bila kita membuat salah dan mengharap secebis kemaafan. Aku pernah membenci. Aku pernah punya dendam. Deritanya hati, kosongnya jiwa. Tiada rasa gembira dalam hati. Semuanya BENCI..MARAH..DENDAM. Itu aku yang dahulu..

Aku mengenal erti 'kemaafan'. Husnuzon. Bersangka baik. Beri maaf. Mungkin dahulu aku bukan seorang pemaaf. Kini..aku sedang belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain. Aku mahu hati ini sihat, ceria dan gembira. Kini aku sedang lalui saat itu.

Mungkin payah. Tapi kata-kata ini mengingatkan aku, "hendak seribu daya tak hendak seribu dalih". Rasulallah sendiri tidak menyimpan rasa marah dan dendam. Aku mahu contohi baginda. Aku mahu Tuhan kasihi aku. Aku mahu disayangi. Dan aku mahu dikasihi. Ini hadiah untuk hati... (~_~)

MaaF Aku..


Tuhan..
Aku juga gadis yang banyak buat salah
Acapkali lupa,lalai,leka dan alpa
Mohon padaMu,
Moga aku diberi keampunan sebelum aku hembus nafas.. Sebelum aku temu bonda..

Saturday, January 9, 2010

aku sayang kamu


Sahabat..
Dengar ini,
Apa aku mahu kata
Aku syang kamu
Tak mahu kamu sakit
Aku rasa salah tiap kali tak dapat bela diri kamu
Tatkala semua tuding jari salahkan kamu..
Maaf dariku
Aku sayang kamu
Tahu semua pernah lakukan salah
Tapi,
Aku bukan siapa-siapa mahu hukum orang
Sahabat..
Aku doa pada Tuhan
Hatimu tenang, tenteram dan damai
Sahabat..
Aku mahu menangis pada bahumu
Aku mahu menangis kerana
aku sayang kamu
Ukhwah ini..kerana Dia
Tuhan beri kamu padaku
Untuk aku kasihi..Untuk aku sayangi
Andai kau tahu
Saat ini aku sedang menagis
Rindu padamu
amat...
Mahu kamu dakap aku
Mahu kamu bersama aku
Mahu jumpa kamu di syurga
Moga Tuhan kasihi kamu
Moga Tuhan lindungi kamu
Aku sayang kamu









~Bismilahirrahmanirrahim~

Tuhan yang Melihat dan Memerhati apa yang diri ini sedang lakukan Tuhan yang mengetahui segala isi hati diri ini... (O_o) Beri kemaafan pada diri ini andai diri ini berlebih-lebihan dalam urusanku... Ameen~



Andai engkau yang membaca entry ini, pastikan senyuman terlakar pada bibirmu.. Ini mungkin kesedihan aku. Ini mungkin harapan aku. Ini mungkin nawaitu. Mungkin...

:: kalau cinta kita benar
dasarnya adalah iman
andai kita tak dapat orang kita suka,
maka, rasa sedih itu tidak akan berlarutan
kerana kita jelas,
akan niat dan matlamat kita bercinta dengan dia.
Kita bukan bercinta kerana dia
kita bercinta kerana ALLah swt ::

Hmm...takut sebenarnya. Aku lumpuh di tengah jalan dakwah. Apa yang diimpi tak sama dengan apa yang diharap. Apa yang diharap tak sama dengan apa yang diniat. Bicara ini seringkali bimbang. Aku juga insan biasa. Gadis kerdil. Gadis yang perlu dorongan. Apa yang aku ada, cuma ad-diin..Islam itu sendiri. Aku berdiri di atas kaki sendiri untuk berada pada jalan ini. Dengan bantuanNya dan teman setia. Saat suka dan duka. Ketawa bersama. Menangis bersama. Tapi..saat hati bermain dengan perasaan, hanya Dia tempat aku mengadu. Aku tak mahu FUTUR hadir dalam kamus hidupku. Ketahuilah, dia hanya berada ditempat paling bawah dalam hati ini. Dia yang teratas. Ad-diin yang teratas. Dan dakwah yang teratas. Namun, aku juga takut andai aku bukan kebahagian bagi dirinya. Aku takut jika aku bukan bahagia yang dicari. Mampu atau tidak aku tabah hadapinya? Cukuplah sekadar aku jadi singgahan dalam hatinya. Andai niat itu suci dan benar..bantu aku jaga hubungan ini. Bantu aku untuk harungi jalan dakwah ini. Bantu aku untuk jadi gadis dewasa. Cinta ini kerana Dia. Cinta ini adalah untuk Dia.

Senyum atau tidak??
Gembira atau sedih??
kau tahu apa mahu aku... (O_0)























Wednesday, January 6, 2010

MiNta hAnya paDa Dia..


Dengan izinNya...
Kekasih hati, Pencinta jiwa

Penawar duka,Pengubat resah..

Aku memegang pena, mencoret satu garisan
Seringkali kita alpa...
bila bingung, tak keruan, hilang arah, hilang punca...
tercari-cari apa yang hilang, apa yang tiada

kadang-kadang tidak ketemu

hampir putus asa, hilang harapan seperti tiada jalan di depan

Kita lupa padaNya
Dia yang sentiasa ada, tak pernah kemana
Sentiasa memerhati..sentiasa mengawasi

Minta hanya pada Dia

Hanya Dia yang mampu beri

Minta apa-apa padaNya, pasti dikabul


Aku mahu cinta
Aku mahu kasih

Aku mahu sayang

Aku mahu dia yang mahukan Dia


Tuhan..

Beri aku dia yang meletakkan Engkau dalam hatinya

Beri aku dia yang faham apa mahu aku

Beri aku dia yang mahu cinta, kasih dan sayangMu...

CiNTa dAn hArAPaN


Kelmarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia

Hujan Petang


Bismillahirrahmanirrahim ~
Pada Tuhan

yang memberi nafas, cahaya dan cinta dalam hidup ini
TanpaNya..tiada aku di sini..

menulis, mencurah dan meluah isi hati..

TanpaNya..entah aku di mana


Hari ini hujan lagi..renyai-renyai,
tampak indah di mata

sunyi tanpa suara,
sepi tanpa lagu

daun berguguran dihembus angin sore

sepoi-sepoi dan nyaman
rintik hujan masih menemani

Sunday, January 3, 2010

bingung?


Hati menikam kalbu. Jiwa tertusuk rindu. Hanya doa ku panjatkan padaNya. Hanya namaNya yang meniti dibibir ini. Moga tak putus daripada berdoa, mengharap dan meminta secebis kasih dan cintaNya. Perjuangan ini belum selesai, hanya permulaan untuk meniti perjalanan hidup. Entah kenapa jiwaku runsing dan bercelaru. Adakah kerana aku memikirkan perkara itu? Aku tidak tahu apa mahuku dan apa fikirku saat ini. Aku..bagaikan tiada rasa, kosong tanpa warna. Mengapa ya? Adakah aku semakin menjauh daripadaNya? Jangan tinggal aku sendiri. Aku tidak mampu. Tunjuk jalan mana yang harus aku pilih.