Saturday, January 9, 2010









~Bismilahirrahmanirrahim~

Tuhan yang Melihat dan Memerhati apa yang diri ini sedang lakukan Tuhan yang mengetahui segala isi hati diri ini... (O_o) Beri kemaafan pada diri ini andai diri ini berlebih-lebihan dalam urusanku... Ameen~



Andai engkau yang membaca entry ini, pastikan senyuman terlakar pada bibirmu.. Ini mungkin kesedihan aku. Ini mungkin harapan aku. Ini mungkin nawaitu. Mungkin...

:: kalau cinta kita benar
dasarnya adalah iman
andai kita tak dapat orang kita suka,
maka, rasa sedih itu tidak akan berlarutan
kerana kita jelas,
akan niat dan matlamat kita bercinta dengan dia.
Kita bukan bercinta kerana dia
kita bercinta kerana ALLah swt ::

Hmm...takut sebenarnya. Aku lumpuh di tengah jalan dakwah. Apa yang diimpi tak sama dengan apa yang diharap. Apa yang diharap tak sama dengan apa yang diniat. Bicara ini seringkali bimbang. Aku juga insan biasa. Gadis kerdil. Gadis yang perlu dorongan. Apa yang aku ada, cuma ad-diin..Islam itu sendiri. Aku berdiri di atas kaki sendiri untuk berada pada jalan ini. Dengan bantuanNya dan teman setia. Saat suka dan duka. Ketawa bersama. Menangis bersama. Tapi..saat hati bermain dengan perasaan, hanya Dia tempat aku mengadu. Aku tak mahu FUTUR hadir dalam kamus hidupku. Ketahuilah, dia hanya berada ditempat paling bawah dalam hati ini. Dia yang teratas. Ad-diin yang teratas. Dan dakwah yang teratas. Namun, aku juga takut andai aku bukan kebahagian bagi dirinya. Aku takut jika aku bukan bahagia yang dicari. Mampu atau tidak aku tabah hadapinya? Cukuplah sekadar aku jadi singgahan dalam hatinya. Andai niat itu suci dan benar..bantu aku jaga hubungan ini. Bantu aku untuk harungi jalan dakwah ini. Bantu aku untuk jadi gadis dewasa. Cinta ini kerana Dia. Cinta ini adalah untuk Dia.

Senyum atau tidak??
Gembira atau sedih??
kau tahu apa mahu aku... (O_0)























No comments: