Sunday, January 10, 2010

Ini Hadiah Untuk Hati


Bismillahirrahmanirrahim~
Moga aku sentiasa dalam pemerhatianNya..

Diri ini terkadang khilaf. Tidak tahu bagaimana harus menilai. Aku punya rasa, marah dan benci. Mujur aku ada Pencipta. Tahu aku tidak punya hak mahu membenci. Sakitnya hati dan perasaan ini bila disakiti, pedihnya hati dan jiwa dilukai..Aku tidak punya hak. Kerana..Hak itu milik Dia. Hanya Dia yang punya hak untuk membenci. Sedang aku?? Sekadar gadis kecil yang kotor.

Mahalkah kata "maaf" untuk diungkap? Beertikah makna sebuah kemaafaan?
Mahal dan beerti bila kita membuat salah dan mengharap secebis kemaafan. Aku pernah membenci. Aku pernah punya dendam. Deritanya hati, kosongnya jiwa. Tiada rasa gembira dalam hati. Semuanya BENCI..MARAH..DENDAM. Itu aku yang dahulu..

Aku mengenal erti 'kemaafan'. Husnuzon. Bersangka baik. Beri maaf. Mungkin dahulu aku bukan seorang pemaaf. Kini..aku sedang belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain. Aku mahu hati ini sihat, ceria dan gembira. Kini aku sedang lalui saat itu.

Mungkin payah. Tapi kata-kata ini mengingatkan aku, "hendak seribu daya tak hendak seribu dalih". Rasulallah sendiri tidak menyimpan rasa marah dan dendam. Aku mahu contohi baginda. Aku mahu Tuhan kasihi aku. Aku mahu disayangi. Dan aku mahu dikasihi. Ini hadiah untuk hati... (~_~)

No comments: