Sunday, April 18, 2010

boneka




Hidup ini..
tak mahu jadi boneka
yang hidupnya hanya diatur lakukan perkara sama..
tidak punya perasaan
yang tak bisa keluarkan sendu air mata
atau ketawa bahagia


Saturday, April 17, 2010

du'a

Bismillahirrahmanirrahim~

Ya Allah,
pada malam yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini,
aku ingin membuat keputusan yang besar tentang lelaki yang bakal kupilih menemani kehidupan dan perjuangan ini, sepanjang hayatku.
Atas ikhtiarku sebagai hamba-Mu yang tidak mampu melihat apa yang Engkau sembunyikan, aku menilai zahirnya.
Kau uruskanlah ghaib dan batinnya.
Berkatilah pilihanku ini dan kuatkan azam serta tawakkalku kepada-Mu.
Aku hamba-Mu, dia hamba-Mu, Engkau Tuhan kami.
Jadikanlah segalanya dalam suluhan hidayah dan inayah-Mu,
ameen ya Rabb al-’Aalameen”

Saya tak lakukan kesalahan kan kalau minta doa seperti ini...
Saya hanya cari redha Allah,
Sesungguhnya..redha Allah adalah redha ibu bapa
saya hanya tahu minta dan doa
then..turn to Him
becoz He knows everything
<3

Lorong Kematian

Assalamualaikum~

Semalam hari bahagia. Hari membalas dendam;
masa: 3.30ptg - 8.00mlm
tempat: mph plus popular

untuk 2 org bersama kak tesayang (kak ida)
melepak mencairkan otak membaca buku...heaven =P
smpai 1 part, 'Lorong Kematian'

Ya Allah, jika aku menyembah Mu
kerana takut neraka, bakarlah aku di dalamnya.
Dan jika aku menyembahMu
kerana mengharap syurga,
campakkanlah aku darinya.
Tetapi, jika aku menyembah Mu,
demi Engkau semata, janganlah Engkau
enggan memperlihatkan keindahan wajahMu,
yang abadi padaku.
-Rabiatul Adawiyah

saya ambil satu, untuk saya dan dia....
=)

Mati tu satu yang pasti kan..cuma kita tak tau bila Izrail nak datang. Setiap saat mesti sedia. Terbayangkan kehidupan di alam lain. Macam mana perasaan tu??
Saya...mungkin tak mampu jadi seperti Rabiatul Adawiyah yang punya perasaan cintakan Allah sampai mcm ni..tapi dalam hati, saya mahu jadi seperti dia. She gave her life totally to Allah.
tapi saya....? =(

Tuhan...
redakan setiap perbuatan dan langkahku
andai Engkau membenci setiap perkara yang telah hambaMu ini lakukan,
beri peluang kepadaku untuk memperbetulkannya...
kerana aku insan hina yang tersadai dalam lumpur
kotor, hitam dan busuk
ameen~

bisu

Dunia tanpa suara
Dunia tanpa bunyi
Itu dunia bisu
tiada kalam terucap
tiada lafaz tersingkap

Dunia tanpa suara dan dunia tanpa bunyi
ibarat lagu yang tiada melodi
pasti sumbang bunyi itu

Dunia tanpa cakap-cakap orang
tiada umpat, tiada gaduh, tiada fitnah
pasti aman dunia ini
namun...
dunia tanpa suara
bagaimana mahu nasihat?
bagaimana mahu tegur?

Friday, April 16, 2010

kisah suatu hari...

Bismillahirrahmanirrahim...
kalam indah buat tatapan

Ukhuwah itu indah...
menerjah memori, ruang kosong dalam minda
indahnya ukhuwah seindah bunga mekar di taman indah
kasihkan sahabat umpama kasihkan diri sendiri
...kata saidina Ali r.a ...

perjuangan itu payah..
perlukan pengorbanan
andai jatuh, pasti payah untuk bangkit kembali
tapi manisnya sebuah pengorbanan kekal selamanya

aku berdiri di sini
untuk sebuah perjuangan
kerana adanya ukhuwah..aku kuat merempuh badai
kerana aku mahu manis untuk selamanya bukan hanya seketika
kerana aku punya ukhuwah, aku tabah di sini...

sentiasa senyum, tebarkan rasa kasih dan sayang
moga sentiasa dalam rahmat Ilahi,,,,
=)

kerna aku ada Dia

mentari itu senyum padaku
kala aku dalam duka
burung itu dengdangkan lagu padaku
saat aku sedih
nur itu terangi aku
bila aku dalam gelap
Tuhan itu ada
saat aku perlukanNya

=)



Ingin gapai bintang di angkasa, jauh
ingin sentuh awan di mega biru, tak bisa
ingin berjalan di atas landai pelangi, mustahil
ingin ketemu Tuhan, tahajjud padaNya

Tuesday, April 6, 2010

Assalmualaikum...
=)

Andai kita mengerti,
pengalaman adalah teman terbaik. Pengalaman mendidik diri menjadi dewasa. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Dan pengalaman jugalah yang menjadikan kita manusia.

Daripada kisah lalu, aku belajar menangis, ketawa dan marah. Daripada kisah lalu, aku belajar untuk menerima cinta dan aku belajar untuk memberi cinta. Daripada kisah lalu, aku punya kehidupan masa kini.

Masa-masa lalu tidak seharusnya aku padam dari dokumen hidup, kerana masa yang telah aku lalui adalah pelajaran untuk melangkah setapak ke hadapan.

Andai kita mengerti,
Pengalaman tidak akan pernah berkarat kerana semuanya tersimpan dalam hati..

Monday, April 5, 2010

Cinta itu Anugerah




Perasaan suci naluri fitrah
Ingin disayang kasih dicurah
Ajal Jodoh kepada-Nya berserah

Cinta ada di merata-rata
Ada di desa juga di kota
Cinta tak kenal siapa kita
Miskin papa atau berharta

Cinta tiada boleh dipinta
Sehati sejiwa seia sekata
Cinta sebenar tiada dusta
Jika dipaksa jiwa meronta

Dari mana hadirnya cinta
Bukan di hati bermula di mata
Kenapa cinta jadi buta
Kerna di hati kasih bertakhta

Cinta itu punyai kuasa
Tiada dilihat dapat dirasa
Tidak mudah berputus asa
Tetap setia sepanjang masa

Cinta itu bagai api pelita
Menyinar kamar hati gelita
Seri wajah kasih bak permata
Senyum terukir penawar derita

Awas melafaz kalimah cinta
Nanti berendam si air mata
Hancur luluh remuk sejuta
Menyangka kaca itu permata

Zaman bercinta itu indah
Setiap kata ibarat madah
Tiada susah semua mudah
Hilang madu lebah berpindah

Aduhai nasib si gadis ayu
Belum mekar sudahpun layu
Kerna pesona pujuk dan rayu
Hidup merana sendu dan sayu

Bercinta biar jadi keluarga
Dari berdua jadi bertiga
Tahan digoda sabar diduga
Nikmat bahagia kekal di syurga

Kata orang hebat cinta pertama
Cinta yang lain tidak kan sama
Kataku cinta hebat kekal lama
Cintakan Allah paling utama

Ada orang cinta pada wanita
Yang lain pula pada harta
Tak kurang cinta pada takhta
Cinta agung pada Pencipta

Cinta mulia pada Pencipta
Dia menguasai alam semesta
Cintakan Dia hanya semata
Kepada Dia kembalinya kita

Biar apapun cinta kita
Biar berpijak di bumi nyata
Usah diikut nafsu semata
Bagi syaitan itulah senjata

Cinta itu satu anugerah
Perasaan halus cetusan fitrah
Ingin disayang kasih dicurah
Awasi dari nafsu Ammarah

Anugerahkan ku teman sejati
Penyejuk mata permata hati
Susah senang sehidup semati
Kekal bersama di akhirat nanti

di petik drpd Blog Arwah Firdaus Ismail..
nukilan oleh:al-fadhil ustaz Abdul Majid Che Omar..
Assalamualaikum....

Entah mana silap dan khilaf..Sering rasa seorang. Ilmu ini penuh atau tidak? Cukup atau kurang?
Adakah hanya menjaja kepandaian yang dibuat-buat? Mengaburi mata orang untuk buang rasa malu? Nauzubillah...

Benarlah.. Tuhan itu Maha sempurna. Aku hanya peminjam nikmatnya yang tak mungkin dapat aku kembalikan. Kasih sayang, cinta, pancaindera dan nikmat yang telah aku peroleh sekarang, mana mungkin aku pulangkan padaNya. Pasti tak termampu.

Seringkali diri ini rasa hina.. Terfikir..adakah cinta ini yang salah? Adakah cinta ini yang buat aku jauh dariNya. Terperosok jauh di suatu sudut. Malu barangkali. Bagai kertas yang diperonyok tak mahu dibuka semula. Malu pada pencipta. Allahu akbar..

Friday, April 2, 2010

miss her





Selawat dan salam buat Rasul junjungan...

rindu sgt kott kat Dhiya ni
sampai termimpi pegang baby sape ntah...