=)
Andai kita mengerti,
pengalaman adalah teman terbaik. Pengalaman mendidik diri menjadi dewasa. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Dan pengalaman jugalah yang menjadikan kita manusia.
Daripada kisah lalu, aku belajar menangis, ketawa dan marah. Daripada kisah lalu, aku belajar untuk menerima cinta dan aku belajar untuk memberi cinta. Daripada kisah lalu, aku punya kehidupan masa kini.
Masa-masa lalu tidak seharusnya aku padam dari dokumen hidup, kerana masa yang telah aku lalui adalah pelajaran untuk melangkah setapak ke hadapan.
Andai kita mengerti,
Pengalaman tidak akan pernah berkarat kerana semuanya tersimpan dalam hati..
No comments:
Post a Comment