Monday, April 5, 2010

Assalamualaikum....

Entah mana silap dan khilaf..Sering rasa seorang. Ilmu ini penuh atau tidak? Cukup atau kurang?
Adakah hanya menjaja kepandaian yang dibuat-buat? Mengaburi mata orang untuk buang rasa malu? Nauzubillah...

Benarlah.. Tuhan itu Maha sempurna. Aku hanya peminjam nikmatnya yang tak mungkin dapat aku kembalikan. Kasih sayang, cinta, pancaindera dan nikmat yang telah aku peroleh sekarang, mana mungkin aku pulangkan padaNya. Pasti tak termampu.

Seringkali diri ini rasa hina.. Terfikir..adakah cinta ini yang salah? Adakah cinta ini yang buat aku jauh dariNya. Terperosok jauh di suatu sudut. Malu barangkali. Bagai kertas yang diperonyok tak mahu dibuka semula. Malu pada pencipta. Allahu akbar..

No comments: