Bismillahirrahmanirrahim
Dalam sujud ini
aku menangis
Tangisi kealpaan aku padaNya
Sebelum ini
Aku lupa padaNya
Bergelak ketawa tanpa ingat padaNya
Ya Rabbul Izzati
Aku lupa padaMu
Aku fikir Engkau menjauh dariku
Rupanya
Aku yang hilang
Menjauh dan terus jauh
Saban hari tanpa kenal siapa pencipta
tanpa kenal siapa pemilik hati ini
Dalam sujud ini
Aku menangis kerana aku rindu padaMu
Aku merintih
Minta peluang untuk ditunjukkan jalan
Minta peluang untuk diberi cahaya
Ya Zaljalaliwalikram
PadaMu aku berserah
PadaMu aku beri hati ini
5.42 a.m
No comments:
Post a Comment