Thursday, May 13, 2010

Mata ini, Aku Menangis lagi. (^__^)

Mata..
Menangis lagi..
Jangan biar air mata ini berhenti mengalir.
Biar air mata ini mengalir persis derasnya air di lautan.
Dengan air mata ini, aku bisa tersenyum.
Senyum manis. Bukan senyum tanpa perasaan.

Mata ini punya Tuhan.
Kelopak ini punya Tuhan.
Biar air mata ini juga punya Tuhan.

Biar air mata ini mengalir kerana dosa dan salah yang pernah aku lakukan.
Bukan air mata sia-sia.
Bukan air mata yang disampahkan.

Tiap titis air mata ini, mutiara di syurga.
Biar aku sedar, aku lahir dalam debu kotor penuh dosa.
Bukan lahir dalam kekabu yang putih dan suci.

Biar hati ini pedih.
Biar hati ini sakit.
Biar derita itu aku rasa saat ini.
Andai bahagia itu menanti.

No comments: