Saturday, July 31, 2010

Bismillahirrahmanirrahim~

Mentari itu akan terus bersinar.
Tanpa hilang sirnanya.

Kasih itu akan terus berpanjangan.
Kerana itu kasih Illahi.

Jiwa ini jangan pernah kosong.
Hati ini jangan pernah pudar.
Rosak kerana dinoda munafik dan syirik.

Mencari

Bismillahirahmanirrahim~

renyai.

Hati dipalit rasa rindu pada sahabat.
Sahabat susah senang.
Sahabat gelak ketawa.
Beberapa tahun dahulu yang kini membawa haluan masing-masing hasil didikan mualim dan mualimah. =)
Rindu pada mereka.

Saat jemari menyusun kata, dalam hati aku harapkan agar aku tidak menulis dengan nafsu semata. InsyaAllah.

suatu masa dahulu...::
"buat baik banyak2, nnt dapat pahala. Boleh masuk syurga. Bukan Allah je sayang, semua makhluk sayang"

hari ini....::
"Hidup bukan cari pahala, tapi redha Allah."

Ukhwah.
Silaturrahim.
Baitulmuslim.
kerana redha Allah.

Rabiatul Adawiyah ::

"Ya Allah, jika aku menyembahMu kerana takut neraka, bakarlah aku di dalamnya. Dan jika aku menyembahMu kerana mengharap syurga, campakkanlah aku darinya. Tetapi, jika aku menyembahMu, demi Engkau semata, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajahMu, yang abadi padaku."

* Mengharap hanya redha Allah semata. Diri terasa begitu kerdil.
Teramat kerdil di sisi Allah. Cinta ini tidak mungkin setanding dengan cinta Rabiatul Adawiyah pada Ilahi.



Tuhan,
Beri sedikit ruang bagi diriku untuk beri cintaku yang kecil untukMu.
Tuhan,
Jangan pernah lupa pada cinta hambaMu ini yang tidak pernah setanding dengan cinta para sufi padaMu.

Amin~


Tuesday, July 27, 2010

"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman". -Nailah Al-Farafisyah

Hidupmu setia pada seorang lelaki
Hidupmu kasih pada sang suami
Hidupmu, kau korbankan untuk kasih abadi
Hidupmu, kau perjuangkan untuk Ilahi

Nailah Al-Farafisyah

Mahu jadi seperti kamu
Taat setia menjadi tulang belakang seorang lelaki

Kau korbankan jemari mulusmu untuk kekasihmu
Kau korbankan ikal rambutmu untuk kekasihmu
Kau korbankan gigimu untk kekasihmu

Nailah Al-Farafisyah,
Engkau tabah
Aku mahu jadi seperti dirimu
Cinta pada kekasih bergelar suami yang tidak pernah padam


Saturday, July 24, 2010

Syahadatul Haq

Bismillahirrahmanirrahim~

Ini cerita aku
tentang pengalaman
yang ingin aku conteng2 dalam entri ini. =)

DAURAH SHAHADATUL HAQ...
malas+malas+malas ='(
aku gagahkan jua...mungkin Allah sediakan sesuatu untuk aku di sana yang x mungkin aku akan dapat hari ini. Itu ayat yang selalu aku guna supaya aku tidak sendirian. Supaya aku gembira bila peroleh ilmu. =). berkesan.

Haq pada syahadah. Berat. Tanggungjawab. Payah.
Tugas dai'e. Hakikat. Kebenaran.
Manusia tidak diciptakan saja2 oleh pencipta di atasa muka bumi.

(Al-Baqarah: 30)

Tanggungjawab pada kalimah syahadah. Tak siapa yang tahu. Aku pun baru tahu.
Agak menyedihkan. Mungkin.. ='(

Allah meletakkan dan memilih manusia-manusia yang DIA kehendaki untuk berada di jalanNya. Moga sahabat-sahabat yang lain akan dipilih oleh Yang Maha Esa juga suatu hari nanti. Dan buat sahabat2 seperjuangan, moga istiqamah dalam jalan dakwah. Moga Allah pelihara hati2 ini agar tidak jauh dan FUTUR. Untuk bekalan dunia dan akhirat. Dakwah bukan sekadar hobi atau aktiviti hujung minggu tapi sebenarnya adalah tugas. Assingment dari Allah SWT.

Jadilah seperti Salman Al-Farisi yang berusaha dan bersungguh-sungguh mencari kebenaran. Agama yang memberi penenang kepada jiwa. Jadilah seperti Abu Dzar yang berani menghebahkan kalimah lailahailliah muhammad Rasulallah walaupun dipukul dengan teruk, walaupun hanya kalimah itu yang menjadi pegangannya. Bukan ilmu yang tinggi, bukan ilmu yang banyak. - kata-kata kakak PMC (^___^)

Yes! Semua Muslim akan masuk syurga. Yang membezakannya adalah waktu. Habis hukuman, cepat la masuk syurga. Rite??
So, dakwah???
Assignment x siap. Lecture marah. xde markah.
Assignment siap awal. Lecture puji. Dapat bonus lagi.. =)
Mana satu???

Noor Adilah Mohammed Shafie...
Engkau memilih jalan ini, untuk berada bersama-sama jalan dakwah.
Bukan untuk menerima tarbiyah semata, tapi untuk mentarbiyah orang lain sama.
Selama engkau mengenal erti DAKWAH dan TARBIYAH, sejauh mana engkau berjaya mendidik hati2 untuk dekat dengan ISLAM dan dekat dengan TUHAN????

Ya Rabb...
simpan soalan ini nanti ye.
Bia selalu berlegar dalam kotak minda...
supaya aku tahu tugas aku yabg sebenarnya.
(^___^)

Firman Allah;

Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang Muslim sejak dahulu..... (Al-Hajj: 78)

Sunday, July 18, 2010

gud Morning CINTA!

“Cinta yang mahal itu tak perlu dilafazkan, cinta yang agung itu adalah satu pengorbanan, tak ramai yang sanggup berkorban kepada orang yang dia cintai…”

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata ‘Baiklah! Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama sayang!’

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:

‘Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintaimu. .. sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu. .. sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyumanmu, aku mencintaimu. .. sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. .
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu. … sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. .
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi..

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!

Adakah cinta padaNya juga memerlukan sebab?

Kadang-kadang aku bertanya pada diri. Jika cinta perlukan sebab, sampai kapan bisa bertahan? Jika cinta padaNya perlukan sebab, sampai bila cinta aku padaNya akan bertahan?

Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.’

Aku mohon aku masih mencintaiMu dulu, kini dan selamanya, sampai mati. Aku mohon moga cinta ini segalanya, cinta ini nafas dan cinta ini nadi dalam jiwa.

Dengan merasai kehadiranMu dalam segenap ruang dalam jiwa, inilah makna cinta.

(^___^)

Saturday, July 17, 2010

Mujahadah dan Makrifat~

Bismillahirrahmanirrahim~

Inche Jalaluddin Rumi, saya pinjam puisi ini kerana saya suka pada bait-bait bahasanya.
=)

Makrifat itu pengenalan jiwa
Mengenal jiwa dan mengenal Tuhannya
Mengenal dengan sejelas jelasnya
Tidak kabur tapi jelas nyata

Mujahadah itu perjuangan dan usaha
Makrifat itu menuai hasilnya
Mujahadah itu dalam perjalanan
Makrifat itu matlamat tujuan

Makrifat itu pembuka rahsia
Makrifat itu sendiri rasa
Makrifat itu sagunya
Mujahadah itu memecah ruyungnya.

~Jalaluddin Rumi.

mencintaiMu

Bismillahirrahmanirrahim~

(^___^)

awal kalam, awal madah, awal dongeng
bicara picisan tepi kali.... =D

mencintai x semestinya memiliki..
rite????
itu kata-kata manusia. Cinta untuk duniawi.
(like / unlike)

hey..sume punya rasa untuk suarakan pendapat
"HAK KEBEBASAN BERSUARA"
if YOU are Malaysian.. =)

tapi.....
Mencintai mesti memiliki
Untuk DIA.
Untuk Ilahi.
Untuk Rabb.

Menagih kasih sayangnya mungkin sukar,
Tapi..
Menagih kasih sayangNya pasti mudah.

Beri peluang dan ruang dalam hati untuk rasa irama, melodi dan syahdu cintaNya.
Lupakan seketika cinta pada manusia, cinta pada material, cinta pada dunia.
(belum cuba belum tau.. =P)

Aku juga hamba lemah, hina barangkali
Menafikan punya rasa cinta
Bohong pada hati, bohong pada jiwa
Hanya kerana mahu cinta padaNya semata.

Hakikatnya,
DIA maha Adil.
Dibajai diri ini dengan wangian cinta
Supaya kembali pada yang hak
Untuk sebarkan rasa kasih pada ibu bapa
Untuk taburkan rasa sayang pada sahabat
dan..
untuk semai cinta pada dia yang berhak
(^____^)

Mungkin sukar.
Mungkin payah.
REMAJA
"Dalam hati ada taman"

Sabarlah. Tenanglah.

Wahai HATI..
Bicara ini bukan omongan kosong.
Tapi suntikan
Agar iman itu terpelihara
Agar diri itu terjaga
Agar hati itu tidak ternoda.

*indah


Thursday, July 15, 2010



mentari takkan pernah berhenti bersinar
bulan takkan pernah berhenti menyala
bumi takkan pernah berhenti berputar
bintang takkan pernah berhenti berkelip

DIA Yang Maha Agung
Jadikan semesta
tanpa cela
Subhanallah~
(^_____^)

Andai nanti...

Bismillahirrahmanirrahim~

Tulis dan tulis lagi. Tuhan beri aku ilham malam ini, untuk kongsi sama-sama. Bolehkah?
Jari mengatur susunan abjad di atas papan kekunci, menekan-nekan huruf sedang minda ligat berputar mengimbas apa yang aku dapat untuk amal hari ini.

Ceramah Isra' Mikraj
by Ustazah Hafizah
Tarikh/Masa: 15Julai2010/after magrib
Tempat: Surau terchinta Al-Falah

Berhempas pulas, berpenat lelah menjadikan 1 hari yang PALING indah menyiapkan 'art' yang kononnya beri kepuasan. Eiiy....SENI bukn untuk semua okeiyh.

Tuhan beri kesempatan untuk aku atur langkah perjalanan hari ini
Alhamdulillah.. =)
*masih tersenyum

sesuatu yang tak mungkin kita dapat hari ini, tapi saya mahu kongsi sesuatu. Ceramah isra' mikraj hari ini beritahu aku tentang perjuangan Rasulallah SAW. Tentang MATI. Tentang PEREMPUAN yang paling ramai akan diseksa..Ustazah Hafizah kata, "kita insaf, mungkin sekejap, 2 minit. Nanti lalai semula." TAPI..saya katadalam hati, "aku mahu ingat MATI sampai bila2."


Sangat tersentap kott...

Entah bila due date 'PILOT' tu nak jemput..
Agak takut....
x. salah tu
sangat takut sebena nye.

Membayangkan...

aku nanti mcm mane ye?
perasaan aku nnt???
saat SAKARATUL MAUT....
saat dimandikan, dikafan, disembahyangkan
yang pasti saat ditinggalkan sorg2 dalam tanah.
Sempit lg..
Entah syurga atau neraka??

Dalam hati,
aku menangis, tak mampu luahkan pada mereka

terdiam

fikir..igt..flashback...

byk salah aku ni
dosa...????
x terhitung..kott

aku mahu ingat MATI sampai bila2..
Tuhan..izinkan ya...



Tuesday, July 13, 2010

dismenoria

Bismillahirrahnirrahim~
(^___^)

jemari di atas key board
*testing....
92837ryuhjdfrf#$%6

uish..
wats dat???
a.k.u adalah gadis dewasa.....
*blushing..

dismenoria aka SENGGUGUT
hiihiihii.....

sgt..sgt..sgt...bes bile kene period pain cam dismenoria ni...
=)
sungguh.. x tipu.
rugi sape tapenah rase..

d end.

Sunday, July 4, 2010

Baru

Bismillahirrahmanirrahim~

Menempuh hari-hari yang mendatang, seolah alam berputar seperti jam randik.
Tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan, yang meninggalkan seribu tanda tanya.
Terkadang punya jawapan di depan mata, terkadang perlu berpenat lelah, berputus harapan demi mencari sebuah jawapan tentang kehidupan.
Itulah kehidupan.

Semester baru.
Cabaran barangkali. Bebanan..? mungkin..
Tiada siapa tahu. Hanya DIA yang tahu rahsia alam ini.
Terlalu kerdil dan lemah rasa hati ini mahu bersemuka dengan dunia.
Pikul beban yang tak tertanggung.
"Ahh!! mengada! baru sikit dah merungut! "
Itu, jawapan yang sesuai untuk diri ini. Supaya tidak terlalu manja. Supaya tidak terlalu lemah.
Ingat wahai ADILA...
"Sesungguhnya Allah tidak menguji hambanya melainkan atas kemampuannya sendiri".

Moga aku diberi kekuatan untuk terus tabah. Hadapi semua ujian, cabaran dan dugaanNya dengan senyuman dan air mata ketabahan.
Moga sahabat-sahabat diberi kekuatan untuk terus berjuang di jalanNya dengan penuh kenikmatan tanpa rasa jemu.
Moga apa yang kami lakukan ini mendapat redha Illahi..
Hanya padaMu kami bersujud dan padaMu kami mohon pertolongan...
Ameen~