"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman". -Nailah Al-Farafisyah
Hidupmu setia pada seorang lelaki
Hidupmu kasih pada sang suami
Hidupmu, kau korbankan untuk kasih abadi
Hidupmu, kau perjuangkan untuk Ilahi
Nailah Al-Farafisyah
Mahu jadi seperti kamu
Taat setia menjadi tulang belakang seorang lelaki
Kau korbankan jemari mulusmu untuk kekasihmu
Kau korbankan ikal rambutmu untuk kekasihmu
Kau korbankan gigimu untk kekasihmu
Nailah Al-Farafisyah,
Engkau tabah
Aku mahu jadi seperti dirimu
Cinta pada kekasih bergelar suami yang tidak pernah padam
No comments:
Post a Comment