renyai.
Hati dipalit rasa rindu pada sahabat.
Sahabat susah senang.
Sahabat gelak ketawa.
Beberapa tahun dahulu yang kini membawa haluan masing-masing hasil didikan mualim dan mualimah. =)
Rindu pada mereka.
Saat jemari menyusun kata, dalam hati aku harapkan agar aku tidak menulis dengan nafsu semata. InsyaAllah.
suatu masa dahulu...::
"buat baik banyak2, nnt dapat pahala. Boleh masuk syurga. Bukan Allah je sayang, semua makhluk sayang"
hari ini....::
"Hidup bukan cari pahala, tapi redha Allah."
Ukhwah.
Silaturrahim.
Baitulmuslim.
kerana redha Allah.
Rabiatul Adawiyah ::
"Ya Allah, jika aku menyembahMu kerana takut neraka, bakarlah aku di dalamnya. Dan jika aku menyembahMu kerana mengharap syurga, campakkanlah aku darinya. Tetapi, jika aku menyembahMu, demi Engkau semata, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajahMu, yang abadi padaku."
* Mengharap hanya redha Allah semata. Diri terasa begitu kerdil.
Teramat kerdil di sisi Allah. Cinta ini tidak mungkin setanding dengan cinta Rabiatul Adawiyah pada Ilahi.
Tuhan,
Beri sedikit ruang bagi diriku untuk beri cintaku yang kecil untukMu.
Tuhan,
Jangan pernah lupa pada cinta hambaMu ini yang tidak pernah setanding dengan cinta para sufi padaMu.
Amin~
No comments:
Post a Comment