Saturday, April 23, 2011

syaitan tegar


Bismillahirahmanirrahim

Lailahaillaallah Muhammadurrasulallah.

Saya.

Saya berkata kepada hati, mahu jadi seperti syaitan.

Urf~

Bukan..bukan mahu jahat seperti dia iaitu syaitan. Tetapi mahu jadi setegar dirinya yang tak pernah putus asa goncangkan iman manusia. Yang tak pernah putus asa getar hati dan jiwa manusia untuk 4 huruf roman Z.I.N.A atau kemungkaran yang dimungkiri kepada Tuhan. Kan bagus perangai syaitan ni. Tabah, sabar, kental dan bla..bla..bla Seorang murabbi harus tegar tau. Kuat dan gagah perkasa. Bukan jadi budak cengeng yang kerjanya asyik menangis. Ya. Kadang-kadang perlu air mata itu tapi perlu diingat hadnya. Ada masa-masa kita simpan air mata untuk kita teriak di hadapan umum. Gentarkan jiwa mereka dengan takbir. Allahu akbar!

Syaitan itu, jika menghasut.. Mashaallah. Hebat. Daie? Syaitan itu, jika gagal...Mashaallah. Tak pernah ada putus asa dalam kisah hidupnya. Murabbi? Syaitan itu, tak pernah nangis walau sekali. Kita? Ha...bagaimana mahu jadi murabbi tegar seperti syaitan? Ketuk dahulu hati kita. Buka dahulu pintu hati kita untuk lihat sedalam-dalamnya.

Bukankah sirah itu tinggalan untuk kita? Bagaimana suatu masa dahulu, Rasulallah SAW dan para sahabat berjuang menegakkan panji Islam? Bagaimana dengan hati dan jiwa mereka? Susahkah untuk kita jadi seperti mereka? Kan mereka juga manusia. Dijadikan dari tanah. Kita juga dari tanah bukan? Adakah tarbiyah mereka tidak sama dengan kita? Bukankah tarbiyah itu datangnya dari Allah?

Untuk saya, untuk semua muslimah dan untuk semua akhawat yang saya kasihi kerana Allah. Mari sucikan hati dan jiwa ya. Usah biar hati ini gundah dan sedih. Bangunkan jiwa untuk memacu jalan juang di hadapan Tuhan. Ayuh mulakan langkah jihad untuk capai syahid di jalanNya.



”Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya

dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”

(As-Saff:4)

No comments: