Jari merapat dengan kekunci laptop.
Aku mula menulis setelah sekian lama aku tinggalkan untuk direhatkan sementara. (^__^)
Lesu dengan praktikum, menjengah anak-anak di sekolah.
Terkadang rasa marah. Terkadang senyum sendiri.
Gelagat anak kecil. Menyakitkan hati tapi kadang-kadang buat hati berbunga.
Melihat dunia. Ini lah gelanggang ilmu. Sebulan di sekolah sudah cukup membuatkan aku rasa susah dan sukarnya menyampaikan ilmu.
Begitulah tarbiyah. Senang untuk disampaikan tetapi sukar bagi mereka yang tak mahu terima.
Bagaimana anak-anak degil dan tidak mahu dengar kata yang selalu dipamerkan terang-terangan, begitulah juga tarbiyah yang disampaikan kepada mereka yang sebaya dan sudah punya akal untuk berfikir. Mereka tidak protes di luaran tetapi memberontak di dalam. Amarahnya terpendam, tidak sukanya di sorok. Begitulah manusia bila perkara baik cuba disampaikan.
Sebulan ini memberi aku pengajaran untuk memperbaiki diri supaya menjadi pendidik yang tegar. Dan menjadi murabbi atau dai’e yang kental. Tidak mahu mengalah kerana perkataan itu sudah lama aku lupuskan dalam ensyklopedia hidup ini.
No comments:
Post a Comment