16 September 2011 – 17 September 2011
Semalam aku jumpa roh aku. Semalam aku sudah jumpa jiwa aku. Dan semalam aku sudah jumpa semangat aku.
Rindu pada Tuhan tapi aku sendiri menzalimi diri. Rindu pada Rasullah SAW tapi tiada apa yang aku lakukan. Hanya diam tanpa buat apa-apa.
Doa rabitah.
Rindu pada maknanya.
Lama tidak memahami ertinya membuat hati ini jadi keras. Membuat hati ini jadi pudar warnanya.
Aku bacanya di hadapan sahabat-sahabat pada malam yang mempertemukan jiwa-jiwa kami. Hati terasa bergetar seperti kali pertama aku merasa sentuhan ukhwah dalam tarbiyah. Aku rindu perasaan itu. Sangat rindu. Aku genggam tangan sahabat. Aku pejamkan mata. Saat itu, air mata mula mengalir. Di sini, dalam hati, ada perasaan kasih untuk mereka. Ada perasaan sayang buat mereka. Semangat itu tiba-tiba datang. Jiwa ini mula kuat. Roh itu mula sedar dari tidur yang panjang. Aku tidak sendirian. Kerana aku punya Tuhan. Aku punya mereka.
Syukur padaNya kerana kesempatan itu diberikan kepadaku. Syukur padaNya kerana aku masih dipilih untuk bersama-sama mereka. Syukur padaNya kerana aku masih miskin di dunia kerana aku kaya di akhirat. Syukur padaNya kerana aku bukan dalam golongan orang yang menolak tarbiyah daripadaNya.
No comments:
Post a Comment