Thursday, October 13, 2011

Kerana Cinta itu Mahal

Assalamualaikum!

Cerita tentang hati dan perasaan memang takkan pernah habis. Memang takkan pernah basi. (^__^).
Ini cerita tentang aku. Ini cerita tentang CINTA.

Tuhan telah menjawab segala soalan yang lahir dalam benak. Lamanya menunggu jawapan daripada Tuhan. Tapi, sabar itukan indah. Dan janji Tuhan itukan pasti. Hanya mampu atau tidak sebagai hamba untuk menahan cebisan ujian dari Ilahi.

Suatu perjalanan yang singkat, aku lalui dengan sedikit ketakutan dengan jawapan yang mungkin diberikan Tuhan. Memilih antara dua. Istikharah adalah jalan terbaik. Berserah hanya pada Tuhan. Biar DIA membuat pilihan untukku. Andai cinta yang dianugerahkan saat ini hanyalah dakwah dan tarbiyah, maka itulah sebaik-baik pilihan.

Kembali bermuhasabah, kerana aku belum mengenal diri sendiri. Kerana aku belum memahami diri sendiri. Manakan bisa aku nikahi dengan rijaludin yang dirinya hanya dambakan cinta Ilahi andai diri ini masih kurang dan lemah cintanya pada dakwah dan tarbiyah? Manakan bisa aku cari suami yang peribadinya soleh andai aku belum usaha jadi solehah?

Kerana cinta itu mahal. Maka, Tuhan beri cinta yang mahal pada mereka yang mencari cintaNya. Usah dikisah pada kata-kata orang. Usah dirisau pada kata-kata hati yang bimbangkan diri andai tidak ketemu lelaki. Kerana Tuhan sedang sediakan cinta paling mahal untuk kita. Kerana Tuhan sedang siapkan rijal pendukung agama buat kita. Kerana Tuhan sedang sediakan suami yang hidupnya mendambakan cinta Ilahi.

No comments: