Monday, June 18, 2012

Hero Jutaan Hati saya


Bismillahirrahmanirrahim~

Semoga selamat semuanya dalam memulai hari-hari baru dalam setiap inci kehidupan yang seringkali kita terabaikan salah kita pada manusia lain. Terkadang kata-kata kita melampaui batas. Terkadang juga lirikan mata melebihi batas. Dan terkadang juga terdetik dalam hati, cakap-cakap tidak elok yang tak terzahir. Maaf dengan senyuman. (^__^)

Ayah.
Selamat hari bapa. Semoga sentiasa bahagia dan sentiasa gagah perkasa. Ini yang ingin tersangat saya sampaikan. *senyum.






Saya adalah anak yang sedikit sekali prihatin dengan perasaan orang tua.  Jangan salah faham. Saya bukan anak yang meminggirkan kedua prang tua saya. Dan tidak sama sekali saya adalah spesis Tanggang.

Cumanya, saya jarang sekali bicara tentang ayah di hadapan umum. Biar di dunia nyata mahupun maya. Sedikit. Terlalu sedikit soal ayah untuk diceritakan. Tidak tahu sebenarnya mahu mula di mana dan akan berakhir bagaimana. Setiap patah perkataan adalah cerita tentang ayah saya, tidak dimasukkan dengan unsur mahupun watak ayah sesiapa.

Ayah saya. Wajahnya sudah cengkung. Nampak tulang-tulang tua pada pipi nipisnya. Sudah uzur. Terkadang sakit menjengah. Kasihan. Tersemput-semput nafasnya. Ditarik tidak sampai, dihembus tidak habis. Kulit yang semakin mengendur. Hitam kulitnya kerana masa mudanya kerap diluar rumah mengerjakan kelapa-kelapa yang diusahakan dan menguruskan bisnis kelapa kecil-kecilan. Cukuplah sekadar harta sepencarian bersama arwah emak yang paling ayah cinta. Sumpah. Ini benar.

Urat-urat tua pada tangan yang jelas kelihatan saban hari. Darah mencair jelas ternampak pada kulit kerana pengambilan pil mencairkan darah (ingatkan ada ubat cairkan kahak, tak sangka ubat sejenis ni pun ada). Sakit jantung, darah tinggi, sedikit kencing manis, lelah, terbaru adalah gout.  Ayah sudah hampir 73 tahun usianya. Masih mampu bertahan. Berkilo-kilo ubat yang ditelan sepanjang pagi, tengah hari dan malam selepas makan. Pesanan doktor juga supaya tidak mengabaikan penghisapan rokok. Ayah adalah perokok tegar masa mudanya. Anak-anak lelakinya mengikut jejak langkah ayah. Tunjuk macho konon. Ini kisah jahil dahulu. Namun, ayah masih bersemangat dalam menjalani hari-hari dalam hidupnya. Masih mampu menekan gear motosikal lamanya dan toyota kecintaannya. Dibawa ke hulu dan ke hilir. Berulang alik ke rumah emak tua dan emak muda setelah tiadanya emak saya. Itulah ayah. Berbahagi kasih sayang.

Ayah. Biar tidak segagah dan seperkasa dahulu. Yang mampu mengendong saya dibelakang badannya. Yang bengisnya mampu merotan abang tanpa henti biar lelah menerjang. Yang romantiknya hanya emak sahaja pernah rasa. Dia adalah seorang tua yang dimatanya hanya ada bahagia untuk anak-anak. Cukuplah untuk anak-anak.

Menjadi anaknya bukanlah sesuatu kekurangan. Berada dalam keluarga yang cukup besar. Bertigakan 3 orang wanita sebagai emak. Beradik-beradikkan ramai. Terasa ditinggalkan ayah selepas emak pergi selamanya. Hilang sayang daripada ayah. Namun, itu adalah anugerah terbesar dari Tuhan buat diri saya yang sangat jarang diberikan pada hambaNya. Tidak riak mahupun bangga tetapi cukuplah sekadar memberi peringatan kepada saya bahawa  saya adalah gadis yang selalu kuat dan gagah perkasa seperti ayah bilamana saya rasa sendiri dan sepi bila cemburu melihat ramai yang punya ayah untuk teman diri dibawa kemana-mana.

Menjadi anak ayah, bagi saya adalah sedikit sukar. Saya bukan anak yang sempurna. Tidak mampu jadi sesempurna seperti anak-anak lain. Kerana saya tidak membesar bersama ayah. Cukup usia 11 tahun membesar bersama ayah. Dan memori semakin terluput selepas emak pergi. Tiada lagi ayah yang selalu mengendong anaknya. Tiada lagi ayah yang sering berada di kanan saya untuk menidurkan saya. Yang ada hanya angin dan ruang kosong. Tapi ayah. Tidak sedikit pun saya menyalahkan ayah. Tidak sedikit pun saya membenci ayah. Tidak sedikit pun saya mencemuh ayah. Kerana saya tahu susah yang ayah rasa. Kerana terlalu banyak anak kecil yang perlu ayah pelihara dan jaga. Bukan hanya saya seorang. Kerana saya sedar bahawa saya mereka sedang berkongsi kasih seorang ayah. Kerana saya adalah gadis gagah perkasa yang telah ayah tiupkan semangat dalam diri saya.

Cukuplah saya menggembirakan ayah dengan meringankan bebannya. Meletakkan diri jauh sedikit dari sudut hati ayah. Bukan menjauhkan, mengasingkan mahupun menghilangkan tetapi sekadar berada jauh sedikit dari sudut hati ayah. Saya tidak mahu jadi beban buat ayah. Biarlah susah, saya sendiri rasa. Biarlah ayah melihat saya sebagai seorang yang gagah perkasa dan mampu berdiri di atas kaki sendiri. Supaya ada bahagia buat ayah dengan melihat saya dan tersenyum puas dengan diri saya.

Ayah. Biarlah sedih yang saya rasa terkongsi bersama nenek. Biarlah anakmu menjadi peneman nenek yang ditinggal suaminya selepas emak menemui Tuhan yang abadi. Biarlah terpaksa berkongsi kasih nenek dengan yang lain, asalkan saya punya tempat mengadu bila rasa susah menyesak dada. Biarlah ada seseorang yang tahu bagaimana rasa hati saya. Dan biarlah sama-sama perempuan yang memahami derita saya. Ingat ayah. Bukan  saya meminggirkan ayah dari hati. Tetapi tidak mahu ayah rasa susah hati. Terbeban dengan cerita saya.

Kerana. Andai Tuhan tidak mentakdirkan cerita ini buat saya yang telah tertulis dan terlukis di luh mahfuz, pastinya saya tidak sekuat dan setabah ini. Pastinya air mata akan laju jatuh ke pipi apabila melihat ayah yang lain mengendong anaknya dan ibu yang lain mengusap rambut anaknya dengan rasa sayang. Pasti jiwa saya tidak tersentuh dengan nasihat Luqman Al-Hakim kepada puteranya. Dan pasti saya tidak akan berasa bangga menjadi sebahagian umat Muhammad SAW kerana pernah senasib dengan baginda.

Rahmat Tuhan. Cerita yang penuh rahsia. Hanya Dia yang lebih mengetahui, tiada yang lain.

Ayah. Cerita ini bukan mahu canang tentang engkau yang telah lenyapkan kasih sayang terhadap saya. Tidak sekali tidak. Kerana engkau adalah hero abadi dalam jiwa ini. Kerana engkau adalah superman, batman, spiderman malah otromen sejati bagi saya. Cerita ini mahu canang pada dunia bahawa ayah punya seorang anak gadis yang cintakan bapanya dunia akhirat. Biar tidak terzahir, tapi dalam hati selalu mendoakan ayah agar diberi kesihatan yang terus-terusan, diberi perlindungan oleh Tuhan dan sepanjang umur ayah diberkati dan dirahmati olehNya juga.

Dengan perjalanan dakwah dan tarbiyah yang kian menusuk dalam kalbu saya, barulah saya berani mencintai ayah secara terangan. Barulah tanpa selindung, saya bangga kerana punya ayah saya sekarang. Jika anda mengatakan bahawa ayah anda adalah buruk, tidak pernah baik dengan anda dan yang seangkatan dengannya, anda adalah silap besar. Kerana tanpa ayah, anda tidak melihat cerita anda berkembang biak di atas muka bumi. Dan bersyukurlah kerana masih punya ayah yang bernama jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang nama ayahnya hanya terloret di atas batu seperti emak saya. Tuhan, please. Balasi setiap pengorbanan saya dengan memberi lebih bahagia dan rasa senang hati buat ayah dan keluarga yang lain.

Ayah. Dalam hati ini, engkau adalah lelaki tercinta yang ada dalam jiwa saya. Terima kasih kerana menerima saya untuk hadir dalam hidup ayah.  Dan terima kasih ayah kerana percaya pada anakmu walau selalu risau dengan keberadaan saya yang entah di mana semata-mata kerana seruan dakwah. Ayah, mohon doa dalam senyapmu supaya saya juga ditemukan dengan ayah kepada anak-anak saya yang selalu faham dan mengerti tentang perjuangan Rasulallah SAW, para sahabat, Sultan Muhamad Al-Fateh, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna dan mereka-mereka yang berjuang atas nama islam kerana redha Tuhan. Sayang selamanya. 

(^__^) Love you ayah  ~

Tuesday, June 12, 2012

Influenza C H1N1


Assalamualaykum~

Sudah membudayakan amalan dakwah fardhiyah? Humm.. Kepada yang belum memulakan kerja, memanaskan enjin supaya suam-suam kuku untuk menjalankan gerak kerja seorang daie, apa kata daripada anda duduk-duduk saja sambil melihat masa depan menggunakan binocular , kita mulakan gerak kerja bersama. Bukan sahaja masa depan sendiri terjamin, malah masa depan umat juga. Asyik bukan (gaya ala-ala Nabila dalam sinetron Mutiara Hati). (^__^)

Sebenarnya bukan mahu bicara tentang dakwah fardhiyah. Itu mungkin lain kali bila tiba masa yang sesuai. Cukuplah sekadar kita membuka berita-berita yang boleh kita bincangkan solusinya di sini. Memandangkan semua akhawat sudah berada di Tahun akhir dan ada yang baru masuk Tahun Satu dalam kursus Dakwah and Tarbiyah Education di Madrasah ini, maka marilah kita sama-sama memikirkan cara bagi menangani penyakit semacam ini agar tidak terus merebak dalam kalangan pelajar-pelajar baru.

semua orang sudah sepatutnya berfikir dari dulu lagi.


LAGI CERITA BENAR.

Influenza C H1N1 adalah sejenis penyakit kronik yang mempunyai beberapa tahapan, tidaklah sama seperti tahapan orang super saiya  jurus ketiga. Saya mula terdengar ura-ura tentang penyakit ini sejak awal pembabitan saya dalam dunia metrotarbiyah di Madrasah Tarbiyah.

Memang besar dugaannya bagi pesakit yang menghidapi Influenza C ini kerana ianya datang tanpa disedari dan akhirnya memakan diri sendiri. Terutamanya bahagian hati. Dan pada saraf di bahagian kepala pula akan mula terganggu. Kadang-kadang sedar, kadang-kadang tidak hingga mengakibatkan akal tidak dapat menjalankan proses berfikir dengan lancar. Itulah bahana yang terpaksa dihadapi oleh pesakit ini. Hanya yang benar-benar dan mempunyai kesungguhan sahaja yang mampu melawan penyakit ini.

Dalam kalangan pelajar-pelajar di Madrasah Tarbiyah ini, Influenza C ini sudah mula merebak. Bermula daripada tahapan kelas ketiga dan di situlah pesakit-pesakitnya banyak diuji. Tidak tahulah dari mana punca dan sumbernya. Setakat yang diketahui, pakar-pakar dan Prof Dr Emeritus di Institusi Penyelidikan Dakwah dan Tarbiyah belum menemukan puncanya. Sesuatu yang menggembirakan adalah penawarnya sudah ditemukan sejak dari dahulu lagi Cuma kadang-kadang pengamalannya tidak diambil berat. Maka, mencegah pun tiada guna daripada merawat sekiranya tiada keazaman yang tinggi daripada pesakit.

Itulah dia Influenza C H1N1 yang sering menjadi buah mulut dalam kalangan pelajar-pelajar di Madrasah Tarbiyah ini. Influenza CINTA.

                                                                                             inilah cinta.
                                                                
Saya jadi muak. Kisah-kisah yang tidak enak sering kedengaran oleh gegendang telinga saya sehingga tersalur dalam kepala minda saya dan membuatkan penyakit migrain  kerap menyerang. Cerita-cerita yang tidak pernah berhenti walaupun tinggal sisa dan baki yang tidak seberapa. Huh! (mengeluh). Saya ingatkan dalam dunia jahiliyah saja, rupanya influenza C ini juga turut merebak dalam kalangan ikhwah dan akhawat.

Pernah dengar dengan artikel-artikel cinta islamik seperti ’ Cinta Enta Enti’, ’Cinta Jemaah yang Kecundang’ dan cinta-cinta yang seangkatan dengannya? Adoyaii... Tersentap. Sebab saya juga sebahagian daripada pesakit Influenza C..haha . Lihat dalu pada diri sendiri sama ada kita mempunyai tanda-tanda influenza itu ataupun tidak. Jangan sekali atau dua kali atau berkali-kali menuding jari pada orang lain.

                Sukarnya menjaga hati dan memelihari jiwa. Yang jelas salah dan terang-terangan berdosa, kadang-kadang sengaja kita tutup dalam tempayan. Haha. Terkena pada batang hidung sendiri. Kerana saya juga sebahagian daripada penghidap Influenza C tahap ketiga suatu ketika dahulu. Malu pada diri sendiri kerana hati dan jiwa sering diserang dan diperkotak katikkan oleh nafsu cyborg  yang durjana.

Namun, apakan daya. Saya juga wanita. Nafsu membuak-buak. Ahh. Alasan bukan. Kata-kata yang sama. Dakwah dan tarbiyah. Ingatan demi ingatan. Nah. Free. Semacam alasan yang diberi. Tidak logik. Sila berhambus dengan alasan kau yang tidak muhasarawak tu. Setiap manusia yang beralasan, merekalah parasait yang menumpang menghabiskan segala klorofil dalam tubuh. Tidak mendatangkan apa-apa bak kata mat saleh, you’re useless.

Gadis. Jalannya hanya satu jika ingin sihat dari jangkitan C H1N1. Percaya dan yakinlah bahawa Allah sedang mengatur pertemuan yang paling indah antara kau dan dia. Dia yang gagah bergaya Abu Dujanah. Dia yang macho tak terkata Mus’ab. Dia yang bijaksana Albert Einstein. Dia yang berpuitis ayat-ayat jiwang-jiwang Jalaluddin Rumi.

Tak payah peduli urusan Tuhan. Dan buatlah urusan kita. Ahh.. Cakap memang senang. Macam mana kalau hati dah tersangkut? Dah dirantai dan dikunci? Dah tersayang terlebih susah nak lepas?

Siapa suruh cari pasal?

Oh.. Tidak lah. Itu bukan kata-kata saya. Kata-kata daripada Sang Parasit. Ya. Bukan mudah. Pernah dengar ’hendak 1000 daya, tak hendak 1001 dalih’? dalam soalan SPM kertas percubaan 2010? Ah. Saya bohong. Selingan. Wahahah~

Patah hati. Kecewa. Sedih berbondong-bondong air mata tercurah. Frust kata omputeh nya. Segala macam perasaan yang mengundang kemurunganlah senang cakap. Hebat apa. Mengecewakan perasaan seorang lelaki. Huhuhu. Oh. Tidak. Tidak. Sedih sebenarnya kerana terpaksa memberitahu kebenaran. Bimbang dia akan fikir bukan-bukan. Lebih-lebih lagi bila saya berada jemaah. Namun. Tidak harus tidak. Perjuangan. Sebahagian. Andai terbunuh. Dibakar. Atau diapa-apakan, itukan syahid namanya. Memberitahu kebenaran. =) . Saya sudah hampir mengarut. Okeii.

Jika benar Allah Yang Maha Penyayang, sedang mengaturkan janji temu buat kita dan merancang cerekarama atau samarinda cinta buat kita, itu adalah sebahagian daripada skrip yang harus kita lakonkan. Buat sehabis baik dan rebutkah anugerah bintang paling popular supaya dapat diusung trofi itu ke mana-mana. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. Sakit hanya seketika. Masa adalah ubat paling mujarab.


                                                           

QS, Al-Baqarah: 153

Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Sabar:
1)      Tidak tergesa-gesa.
2)      Tahan dengan ujian.

Pemburu Sorga yang mencari NUR di belahan semak samun




Jangan shemburu pada kunang-kunang yang sedia ada NUR atau dalam bahasa melayu nya cahaya di balik punggungnya. Walau dia tidak berkeinginan, itu adalah kejadian Tuhan. suatu Anugerah.


Hmm


Setiap daripada kita, saya dan awak adalah anugerah. senyum. 
Teramat sangat berharga dan bernilai, malah lebih nilai daripada mutiara naga yang tujuh.
Kerana kita adalah pemburu sorga (bak kata Inche Gabbana. Bukanlah saya meng idola kan beliau, sekadar meminjam kata2 yang romantis)


Buat pemburu sorga yang tahu diri. Yang sedar diri di bumi mana dia berada,
Tuhan itu Maha Kaya. Baru sedikit nikmat diberi yang tak seberapa pada perkiraanNya tanpa guna kalkulator mahupun sempoa, janganlah kita merasa terlalu mewah dengan harta dunia ya. Besar kemungkinan peratus akan ditarik balik amatlah tinggi. Lebih baik berhati-hati dan menabunglah dalam BSP (Bank Simpanan Pahala) tanpa deposit RM50.


Sebentar. Kembali bercerita.


Kita adalah anugerah. 
Buat mereka yang sudah terjaga dari mimpi ngeri. (^__^) . Teruskan bermimpi buat yang sedang lena dengan kengerian dunia.


Setiap cerita kita pasti beza. Cerita saya tak sama dengan cerita awak. Walaupun berguru pada guru yang sama, namun cara didikan kita tidak sama.


Kenapa saya mendaftar ke Madarasah Tarbiyah?
Kenapa awak pilih Madrasah Tarbiyah untuk sambung study awak?


Oh. Simpan soalan ni. Bila ada masa, sila jawab sendiri dan tulisa dalam diari bergerak.


Saya. Berada di Madrasah Tarbiyah adalah untuk menjadi salah seorang pemburu sorga yang paling bergaya. Harus yang paling cun bila diberi tugas untuk beraksi. 




Berada dalam keluarga yang tidak ditarbiyah bukanlah sesuatu yang menghalang saya untuk terus menggenggam segulung Ijazah Akhirat. Sebaliknya merupakan satu bonus buat saya sebagai salah satu medan amal yang amat mencabar semestinya. 


Rasulallah SAW. Disamping bapa saudaranya, Abu Talib sehingga saat kematian Abu Talib yang berpegang teguh kepada ajaran nenek moyangnya. Kesedihan Rasulallah SAW yang tidak tertanggung oleh Beliau. Bukan fedup. Malah berusaha untuk terus memujuk.


Nah...
Kita?
Teruji baru sedikit. Jangan berperasaan yang aneh-aneh.


Mengekalkan skala terbaik sebagai individu muslim hanya sekadar di uni tak menjanjikan apa2. Sebaliknya medan kita akan menjadi lebih luas lagi apabila berhadapan dengan dunia sebenar. 


Kemudian, baru soal pada diri sendiri. 
Siapa saya (ditengah2 orang ramai)


Keindahan dunia yang tiada tara pastinya. Saat itulah barulah iman kita mula teruji. Percayalah.


Saat itu. Barulah kita meraba-raba dalam semak. Mencari nur yang bukan berada di punggung sang kunang-kunang.


Dalam madrasah Tarbiyah ini. Ayuh. Jadilah diri sendiri. =)
Berjuang dan cuma berlatih. Bukan hanya menonton sambil makan popcorn.


Credit to Cikgu Gorjes: tu ha, kat luar alam maya tu banyak lagi manusia yang tidur. Jom lah jd super hero penuh bergaya, mengeluarkan aura-aura kung fu dalam badan.