Tuesday, June 12, 2012

Influenza C H1N1


Assalamualaykum~

Sudah membudayakan amalan dakwah fardhiyah? Humm.. Kepada yang belum memulakan kerja, memanaskan enjin supaya suam-suam kuku untuk menjalankan gerak kerja seorang daie, apa kata daripada anda duduk-duduk saja sambil melihat masa depan menggunakan binocular , kita mulakan gerak kerja bersama. Bukan sahaja masa depan sendiri terjamin, malah masa depan umat juga. Asyik bukan (gaya ala-ala Nabila dalam sinetron Mutiara Hati). (^__^)

Sebenarnya bukan mahu bicara tentang dakwah fardhiyah. Itu mungkin lain kali bila tiba masa yang sesuai. Cukuplah sekadar kita membuka berita-berita yang boleh kita bincangkan solusinya di sini. Memandangkan semua akhawat sudah berada di Tahun akhir dan ada yang baru masuk Tahun Satu dalam kursus Dakwah and Tarbiyah Education di Madrasah ini, maka marilah kita sama-sama memikirkan cara bagi menangani penyakit semacam ini agar tidak terus merebak dalam kalangan pelajar-pelajar baru.

semua orang sudah sepatutnya berfikir dari dulu lagi.


LAGI CERITA BENAR.

Influenza C H1N1 adalah sejenis penyakit kronik yang mempunyai beberapa tahapan, tidaklah sama seperti tahapan orang super saiya  jurus ketiga. Saya mula terdengar ura-ura tentang penyakit ini sejak awal pembabitan saya dalam dunia metrotarbiyah di Madrasah Tarbiyah.

Memang besar dugaannya bagi pesakit yang menghidapi Influenza C ini kerana ianya datang tanpa disedari dan akhirnya memakan diri sendiri. Terutamanya bahagian hati. Dan pada saraf di bahagian kepala pula akan mula terganggu. Kadang-kadang sedar, kadang-kadang tidak hingga mengakibatkan akal tidak dapat menjalankan proses berfikir dengan lancar. Itulah bahana yang terpaksa dihadapi oleh pesakit ini. Hanya yang benar-benar dan mempunyai kesungguhan sahaja yang mampu melawan penyakit ini.

Dalam kalangan pelajar-pelajar di Madrasah Tarbiyah ini, Influenza C ini sudah mula merebak. Bermula daripada tahapan kelas ketiga dan di situlah pesakit-pesakitnya banyak diuji. Tidak tahulah dari mana punca dan sumbernya. Setakat yang diketahui, pakar-pakar dan Prof Dr Emeritus di Institusi Penyelidikan Dakwah dan Tarbiyah belum menemukan puncanya. Sesuatu yang menggembirakan adalah penawarnya sudah ditemukan sejak dari dahulu lagi Cuma kadang-kadang pengamalannya tidak diambil berat. Maka, mencegah pun tiada guna daripada merawat sekiranya tiada keazaman yang tinggi daripada pesakit.

Itulah dia Influenza C H1N1 yang sering menjadi buah mulut dalam kalangan pelajar-pelajar di Madrasah Tarbiyah ini. Influenza CINTA.

                                                                                             inilah cinta.
                                                                
Saya jadi muak. Kisah-kisah yang tidak enak sering kedengaran oleh gegendang telinga saya sehingga tersalur dalam kepala minda saya dan membuatkan penyakit migrain  kerap menyerang. Cerita-cerita yang tidak pernah berhenti walaupun tinggal sisa dan baki yang tidak seberapa. Huh! (mengeluh). Saya ingatkan dalam dunia jahiliyah saja, rupanya influenza C ini juga turut merebak dalam kalangan ikhwah dan akhawat.

Pernah dengar dengan artikel-artikel cinta islamik seperti ’ Cinta Enta Enti’, ’Cinta Jemaah yang Kecundang’ dan cinta-cinta yang seangkatan dengannya? Adoyaii... Tersentap. Sebab saya juga sebahagian daripada pesakit Influenza C..haha . Lihat dalu pada diri sendiri sama ada kita mempunyai tanda-tanda influenza itu ataupun tidak. Jangan sekali atau dua kali atau berkali-kali menuding jari pada orang lain.

                Sukarnya menjaga hati dan memelihari jiwa. Yang jelas salah dan terang-terangan berdosa, kadang-kadang sengaja kita tutup dalam tempayan. Haha. Terkena pada batang hidung sendiri. Kerana saya juga sebahagian daripada penghidap Influenza C tahap ketiga suatu ketika dahulu. Malu pada diri sendiri kerana hati dan jiwa sering diserang dan diperkotak katikkan oleh nafsu cyborg  yang durjana.

Namun, apakan daya. Saya juga wanita. Nafsu membuak-buak. Ahh. Alasan bukan. Kata-kata yang sama. Dakwah dan tarbiyah. Ingatan demi ingatan. Nah. Free. Semacam alasan yang diberi. Tidak logik. Sila berhambus dengan alasan kau yang tidak muhasarawak tu. Setiap manusia yang beralasan, merekalah parasait yang menumpang menghabiskan segala klorofil dalam tubuh. Tidak mendatangkan apa-apa bak kata mat saleh, you’re useless.

Gadis. Jalannya hanya satu jika ingin sihat dari jangkitan C H1N1. Percaya dan yakinlah bahawa Allah sedang mengatur pertemuan yang paling indah antara kau dan dia. Dia yang gagah bergaya Abu Dujanah. Dia yang macho tak terkata Mus’ab. Dia yang bijaksana Albert Einstein. Dia yang berpuitis ayat-ayat jiwang-jiwang Jalaluddin Rumi.

Tak payah peduli urusan Tuhan. Dan buatlah urusan kita. Ahh.. Cakap memang senang. Macam mana kalau hati dah tersangkut? Dah dirantai dan dikunci? Dah tersayang terlebih susah nak lepas?

Siapa suruh cari pasal?

Oh.. Tidak lah. Itu bukan kata-kata saya. Kata-kata daripada Sang Parasit. Ya. Bukan mudah. Pernah dengar ’hendak 1000 daya, tak hendak 1001 dalih’? dalam soalan SPM kertas percubaan 2010? Ah. Saya bohong. Selingan. Wahahah~

Patah hati. Kecewa. Sedih berbondong-bondong air mata tercurah. Frust kata omputeh nya. Segala macam perasaan yang mengundang kemurunganlah senang cakap. Hebat apa. Mengecewakan perasaan seorang lelaki. Huhuhu. Oh. Tidak. Tidak. Sedih sebenarnya kerana terpaksa memberitahu kebenaran. Bimbang dia akan fikir bukan-bukan. Lebih-lebih lagi bila saya berada jemaah. Namun. Tidak harus tidak. Perjuangan. Sebahagian. Andai terbunuh. Dibakar. Atau diapa-apakan, itukan syahid namanya. Memberitahu kebenaran. =) . Saya sudah hampir mengarut. Okeii.

Jika benar Allah Yang Maha Penyayang, sedang mengaturkan janji temu buat kita dan merancang cerekarama atau samarinda cinta buat kita, itu adalah sebahagian daripada skrip yang harus kita lakonkan. Buat sehabis baik dan rebutkah anugerah bintang paling popular supaya dapat diusung trofi itu ke mana-mana. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. Sakit hanya seketika. Masa adalah ubat paling mujarab.


                                                           

QS, Al-Baqarah: 153

Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Sabar:
1)      Tidak tergesa-gesa.
2)      Tahan dengan ujian.

No comments: