Wednesday, October 31, 2012

Kun Fa Ya Kun


Bismillahirahmanirrahim~

Manusia akan berubah tanpa kita sangka dia akan berubah akhirnya nanti.
Tak tahu dan mungkin entah kenapa, 
dalam lambakan manusia yang sudah mula berubah daripada jahiliyah kepada manusia yang sedar siapa dirinya,
untuk apa dia dijadikan dan ke mana akhir hidupnya,
ada juga manusia yang merubah dirinya untuk kembali kepada siapa dirinya dahulu.
Mungkinkah jahiliyahnya dahulu bukanlah jahiliyah yang benar-benar menguji dirinya hingga mereka merasakan
bahawa apa yang diubah saat ini bukanlah kembali kepada jahiliyyah?

Saya sangat takut. Saya sangat bimbang.
Andai saya meluah dan menulis tentang perasaan saya, suatu hari nanti saya juga akan seperti mereka.
Kembali kepada Jahiliyyah!

Naudzubillah~

Dengan kuasa Tuhan yang memegang hati, segalanya mungkin jadi dan berlaku.
Tapi andaikan sahaja doa dan permintaan kita daripada Tuhan tidak bersungguh-sungguh dan seikhlas hati,
bagaimana Tuhan mahu yakin dan memberi dengan apa yang kita minta.

Tuhan sangat mudah untuk memberi nikmat yang boleh dilihat dan dirasa oleh pancaindera. 
ferrari? rumah impian? pasangan?
Petik jari. Sangat mudah bagi Tuhan.

Dan Tuhan juga memberi bila kita minta sesuatu yang x dapat kita sentuh seperti 
cinta, rindu, sayang, bahkan hidayah dan petunjuk.
Tapi, itu hanya apa yang dapat kita rasa. 
Kita sendiri yang rasa tanpa orang lain tahu apa sedang kita alami.

Iman saya juga pasang surutnya. Saat ini juga saya merasakan bahawa diri saya agak terkebelakang.
Bateri kong dan memerlukan cas segera tanpa tangguh-tangguh.
Hanya kerana saya berada dalam usrah dan menerima tarbiyah, barulah akal dan minda saya ligat berfikir dan mula faham.
Bahawa setiap kali dalam waktu saya berada dalam dunia yang melalaikan saya,
Tuhan PASTI akan menghadirkan cerita-cerita baru yang akan membuatkan saya tersedar.
Cerita tentang manusia, cerita tentang bencana, cerita tentang kematian. 
Semuanya akan mengejutkan saya saat saya sedang dalam dakapan mimpi dunia.

Kerana Tuhan tahu bahawa saya masih dan sangat memerlukanNya.
Kerana saya tahu bahawa Tuhan pernah mendengar doa dan permintaan saya.


BERUBAH SETELAH SATU AKAD.

Apa yang boleh saya katakan?
Perkahwinan satu perjalanan yang sangat indah. Bagi yang belum merasainya. ^_^
Teringat dengan kata-kata perihal perkahwinan daripada sister yang sudah lama mendirikan rumah tangga.
"Perkahwinan bukanlah sesuatu yang indah-indah sahaja."

Jika kita fikir, faham dan hadam..
Banyak cerita tentang masa depan yang perlu dilalui selepas satu akad.
Banyak kisah yang akan tersimpan sama ada gembira atau sebaliknya akan terjadi dalam hidup.
Itu adalah hakikat sebuah kehidupan bersama antara lelaki dan perempuan.
Yang tak pernah melintas dalam benak saya. 
Kerana Tuhan layak untuk menguji saya melalui sebuah perkahwinan, 
barulah saya melihat dan memandang berat tentang kehidupan berumah tangga.
Terasa seperti wanita matang yang bercakap. Ahahah~

Dalam hidup saya sebagai manusia yang pernah melihat dan hanya memandang,
saya tidak mahu perkahwinan yang Allah aturkan mencairkan iman saya, melemahkan hati saya dan mematikan jiwa saya.
Mengembalikan saya kepada jahiliyyah dunia. 

YA. DIA BERUBAH. DAN SAYA HANYA MELIHAT.

Sangat terasa dan menyentap nurani saya saat melihat mereka yang dahulunya bersama dalam bulatan gembira,
berubah mencari sinar dan cinta Tuhan, meninggalkan jahiliyyah, meninggalkan T pendek dan jeans ketat. 
Mengenakan jubah dan melabuhkan tudung.
Untuk beberapa tahun, masih kekal dan masih sama mengekalkan istiqamah dan mujahadah.
Walaupun kadang-kadang syaitan datang menggoda untuk kembali kepada jahiliyyah.
Saya pasti, pasti ada suara-suara pujukan yang menjengah. Namun, dikuatkan hati dan dikentalkan iman. 
Dan Tuhan masih sayangkan kita, barulah Dia menetapkan kita dijalanNya.
Itulah nikmat mujahadah paling besar yang Allah kirimkan pada hambaNya.
Kagum dengan kekuatan yang Allah hadiahkan buat para mujahidah 
dengan harapan agar Allah menitipkan kekuatan yang sama buat saya andai saya hampir tergelincir.

Apabila Allah mengatakan dalam firmanNya,

 An Nahl, ayat40 : “Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, 
Kami hanya mengatakan kepadanya : Kun - (jadilah) - maka jadilah ia“.

Yaasiin, ayat 82 : “Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: 
jadilah, maka terjadilah ia“.

Al Mu’min, ayat 68 : “Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, 
Dia hanya berkata kepadanya : jadilah, makajadilah ia“.

KUN FA YA KUN

Hanya kerana sebuah perkahwinan. Hanya kerana satu lafaz ijab dan qabul. 
Kita bukan milik ibu bapa kita lagi.
Nisa' adalah kepunyaan Rijal.

Bagaimana mengurus sebuah kehidupan baru yang dilengkapi dan ditaburi dengan perasaan cinta?
"Perkahwinan bukanlah sesuatu yang indah-indah sahaja".

Menjadi diri sendiri bukanlah sesuatu yang sangat mudah. Benarlah. 
Mengejar istiqamah untuk berjalan seiiring dengan mujahadah adalah sangat berat.
Mencari rijal yang faham dengan diri nisa' juga adalah satu dalam seribu.

Tak semua suami merelakan isterinya menduakan cintanya.
Tak semua suami meletakkan kesanggupannya untuk berada ditingkat kedua dalam hatinya.
Kerana ada suara-suara pujukan yang sedang menggodanya.
Yang sedang meruntuhkan bata-bata keimanan dalam dirinya.

Berubah setelah hidup bersama. 
Kerana sayang pada manusia.
Kerana cinta yang membutakan.
Tudung semakin menyingkat, lengan baju semakin menyenteng, jeans mula menampakkan kakinya, sarung kaki mula dibuang merata.
Memang syurga di bawah tapak kaki suami. 
Tak cium bau syurga dan nerakalah tempat isteri andai ingkar dan tidak patuh pada suami.

Tapi, ke mana hilangnya kebergantungan pada Tuhan?
Di mana doa dan pengharapan yang kita minta pada Tuhan?

Suami bukan Tuhan, kerana dia bukan tercipta dengan sendirinya.
Suami yang baik adalah suami yang merelakan isterinya mencintai kekasihNya melebihi dirinya.
Suami yang baik adalah suami yang sanggup diduakan kerana mengejar cinta Tuhan bersama, bukan sendiri-sendiri.

Isteri yang solehah adalah isteri yang menjaga nama suaminya.
Isteri yang solehah adalah isteri yang mampu dan bersama-sama suami berjalan ke syurga.

Bukanlah kerana sebuah lafaz ijab dan qabul, kita maksum dan setiap dosa adalah dalam tanggungan suami.
Janganlah kerana jahilnya kita kembali kepada jahiliyah menambah dosa dalam poket amalan suami.

CINTA YANG KITA SEMUA HARAPKAN.

Bertemu dengan rijal yang akan menguatkan nisa'nya adalah harapan saya.
Yang akan mengecas bateri iman saya. Menyalakan jiwa saya dan membantu menyuburkan hati saya dengan kecintaan kepada Tuhan.

Perkahwinan perlukan persediaan rapi.
Perlu jelas dengan maratib amal.
Tujuan berkahwin bukan untuk menambah bilangan umat semata.

Saya adalah budak usrah.
Bagaimana kefahaman pasangan kita tentang usrah? 

Saya adalah dai'e.
Bagaimana kefahaman pasangan kita tentang waktu-waktu yang digunakan oleh seorang dai'e dalam kehidupan sehariannya?

Mencari orang faham tentang dakwah dan tarbiyah.
Perjalanan yang sangat panjang dan sakit.
Takkan mampu manusia biasa untuk berdiri selepas tersungkur bila diri sendiri tidak merasai ruh tarbiyah.
Takkan mampu manusia yang tidak faham siapa kita untuk memahami kita. 
Tugas kita, tanggungjawab kita. Mengembalikan Islam pada tempatnya.
Sejauh mana manusia yang tidak faham mampu kenal perjuangan kita?
Kerana mereka harus difahamkan terlebih dahulu sebelum mereka memahami kita.

SAYA HANYA MENULIS TENTANG APA YANG SAYA RASA.

Bergantung kepada kekuatan dan tsabatnya kita berjalan di bumi Tuhan.
Tuhan tak pernah membiarkan kita sendirian sekiranya kita sedang merasakan bahawa Tuhan berada dekat di samping kita.
Sehinggakan Tuhan memelihara kita daripada jahiliyyah kerana doa yang tidak pernah putus supaya ditetapkan kita di jalan dakwah dan tarbiyah
dan meletakkan diri kita dalam gerabak yang sama.

Bahagialah buat mereka yang bersama-sama sedang mencari redha Tuhan.
Kerana hanya cinta luar biasa dan bahagia selamanya yang Allah pelihara sampai akhirnya.

Sunday, October 7, 2012

Bila sampai di Hujung, Baru Terasa

Bismillahirrahmanirrahim~


"Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang muhajirin dan orang-orang anshar, yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka, dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit (pula terasa) oleh mereka,, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(At-Taubah, 9: 117-118)

Ukhuwah tu mahal harganya. Nikmat dan salah satu hadiah paling besar dalam diri saya yang Tuhan kurniakan. Rasanya, takkan siapa-siapa atas muka bumi ini melainkan kuasa Tuhan yang memberikan saya sahabat beserta pakej lengkap dengan kasih sayang dan cinta daripada mereka.

Entah kenapa, Tuhan selalu menganugerahkan sesuatu yang sangat-sangat indah pada penghujung sebuah cerita. Entah kenapa Tuhan akan mendatangkan penutup yang sangat menyentuh hati setelah klimaks yang berada di puncak plot tak begitu menyeronokan. Rasanya mahu dihentikan waktu supaya malam tidak kembali terang, menunggu fajar menjadi cerah.

Tuhan itu adil. Tuhan itu penyanyang.
Kerana rahmat Tuhan, Dia mengajar saya untuk berfikir.

Menghadapi kesukaran untuk masa-masa yang di hadapan, saya merasakan bahawa Tuhan sedang menyediakan hari ini untuk hari esok. Kekuatan hari ini adalah kesukaran untuk hari esok. Kesedihan hari ini juga adalah untuk menghadapi hari esok.

Jiwa sangat berbunga-bunga saat berkumpul bersama akhawat. Satu rasa yang telah menyebabkan saya tidak rasa kehilangan. Biar bergaduh dan salah faham, tapi itu cuma satu permainan kehidupan yang mendidik saya untuk belajar menerima dan memberi kepada orang lain. Itu adalah rasa-rasa dalam sebuah cerita cinta dan kasih sayang.

Sangat merugi bagi mereka yang tidak merasa nikmat berkasih sayang antara manusia. Ahh. Satu rasa paling bahagia bila berkasih sayang dengan mereka yang saling mengingatkan tentang Tuhan dan hidup. Sahabat yang saya harapkan agar mereka yang memimpin dan memegang tangan saya saat saya hampir gelincir ke neraka nanti. Saya berharap sahabat-sahabat ini yang akan menyelamatkan saya. Saya harap agar Tuhan terus mendidik saya untuk jadi sahabat seperti yang harapkan.

Saturday, August 4, 2012

BILA BAHAGIA ITU YANG KITA CARI, MAKA HATI KITA SEDANG TERSENYUM.


Ini suatu kehidupan yang indah. Mungkin. Atau barangkali. Bagi siapa-siapa yang tahu menghargainya. Bukan sekadar cakap-cakap yang basi. Tapi ini adalah hakikat.



Bahagia. Ya. Rasanya semua manusia sedang cari dan kejar bahagia itu. Terpulang pada diri. Bagaimana caranya. Dan rasa bahagia ada pelbagai. Ada yang bahagia dengan derita. Ada yang bahagia dengan sengsara. Ah. Mengarut. Masakan boleh bahagia dengan sengsara dan derita. Terpulang.

Tuhan menghadirkan manusia dalam hidup kita. Sepanjang perjalanan ini, Tuhan selalu meletakkan manusia-manusia yang jarang kita temui untuk mengajarkan sesuatu. Mungkin bukan paling bermakna, tapi cukuplah sekadar ada pengajaran. Dan bergantung kepada diri sendiri sama ada pengajaran yang baik-baik atau buruk. Bergantung.

Saya telah menemukan dengan pelbagai jenis manusia. Yang mengajarkan saya erti kehidupan. Yang memberitahu perihal cinta kepada saya. Yang menunjukkan kepada saya tentang pengorbanan. Yang mendefinisikan tentang ketuhanan. Mahu pun yang menyerahkan kebergantungan kepada Al-Khaliq.
Saya juga belajar daripada alam. Melihat bintang-bintang di atas langit yang tergantung tanpa tali. Melihat rumput hijau yang sangat cantik dan indah bila mentari pagi menyorotinya dengan warna perang. Melihat suatu hidupan di darat mahu pun lautan yang sama-sama berkongsi alam.


Dari situ saya belajar. Menjadi manusia yang punya kehidupan. Sedar bahawa alam ini ada yang menciptanya. Dunia ini ada yang mengawalnya. Dan setiap kehidupan di atas muka bumi ini ada yang memilikinya.

Menjadi manusia paling dewasa bukanlah apa-apa. Tapi menjadi manusia yang tahu menghargai kehidupan adalah apa-apa. Hidup untuk apa? Hidup untuk siapa? Dan hidup adalah ke mana? Jika benar hidup untuk bahagia, maka bahagia untuk siapa? Diri sendiri? Atau manusia yang lainnya? Dan pengakhiran sebuah bahagia itu adalah ke mana?

Melihat kehidupan dari suatu sudut. Saya sedang berusaha untuk memperbaiki kehidupan saya. Satu usaha yang memakan masa sangat lama. Peluang 100% mustahil untuk mencapai tahap kesempurnaan. Namun, itu bukanlah penghalang yang menjadi bata konkrit untuk saya meneruskan kehidupan dan mengharapkan suatu kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan-kehidupan lampau saya.

Saya sedar bahawa bahagia sedang menanti saatnya saya mengenal Tuhan saya. Dan yang paling membuatkan saya tidak mahu berhenti berlari sekuat hati mahupun berlari-lari anak adalah bila Dia mengenalkan saya dengan dakwah dan tarbiyah. Kerana saya tidak mahu jadi manusia paling rugi dengan meninggalkan sesuatu yang paling berharga dalam kehidupan saya.



Saya sendiri melalui fasa-fasa sukar dalam kehidupan saya. Menerima ejekan manusia-manusia sekeliling. Mengalami depresi bila memikirkan saat berhadapan dengan keluarga besar. Mendapat tentangan maha hebat daripada keluarga sedarah, seibu dan sebapa. Menerima pandangan-pandangan aneh manusia sekeliling. Terpaksa mendengar umpat keji manusia lain. Dan meninggalkan cinta yang terpaksa ditinggalkan.
Sangat-sangat meluluhkan hati. Bagai tersiat-siat derita yang ditanggung. Rasa tiada lagi hidupan di hadapan. Terasa sendiri di bumi asing.


Silap.

Dengan kebergantungan kepada Tuhan dan optimis kepada langkah untuk meneruskan larian mencari bahagia, maka itu adalah kunci kejayaan. Banyaknya nilai-nilai yang positif yang terlahir hasil fikiran mereka yang bijaksana dan tinggi ilmunya. Oleh yang demikian, mengapa harus ada kata-kata negatif dalam kehidupan kita? Yang itu harus dipadam.

Bila saya membuang sesuatu dalam kehidupan saya, Dia sedang memberi sesuatu kepada kehidupan saya. Berbaik sangka sudah memadai. Ujian adalah anugerah. Kerana Dia mengharapkan saya agar mengingatinya sepanjang masa.



Hasbunallah wa ni'mal wakeel.
Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung.



Friday, August 3, 2012

Pada Siapa KITA datang?

Bismillahirrahmanirrahim~


Dah hamper sebulan meninggalkan fasa-fasa berlibur di sekolah. wah. Rindunya pada sekolah. Hilang keserabutan. Hilang kegundahan memikirkan berdosen-dosen presentation maupun esemen.


Dan. Paling PENTING! Saya telah belajar satu perkara yang sangat membuatkan mata saya terbeliak besar. Dengan melihat kehidupan menggunakan mata hati. Barulah saya tahu bahawa saya ada bannyyyakkkkk kerja yang tertangguh. Yang rasanya, sebelum ni membuatkan saya belum membuat kerja. Bukan presentation. Bukan esemen.  

besar?


Ini adalah cerita benar. Kisah yang tidak ditokok tambah mahupun dicampur perisa tambahan untuk menjadikannya sedap sehingga menjilat jari. Tapi cerita yang benar-benar sumpah 'tak tipu'.


"Nakba?"
"Mustapha Kamal Attartuk? Pelakon tu ke?"
"Tareeq Ramadhan?"
"Nama baru untuk bulan puasa?" (oke, yg ni tipu. thehehe)
Kapel xpe. Bukan pegang tangan pun. Setakat jumpe je. senyum.


Yang ni paling BEST. Sumpah BEST SANGAT!


"Korang ni macam SEEKERS la"


Ayerk!!!~ Hadeh. Tepuk dahi.


Jahil atau BODOH?


Dia pernah cabar Tuhan. Dan dia percaya pada kuasa Tuhan. Dan dia kembali kepada fitrah. Alhamdulillah.
Tapi. Tak pernah ada siapa-siapa yang cerita pada dia pasal islam. Islam yang sepatutnya difahami dengan hati, dan cara hidup kita adalah islam. Islam pada segenap pelusuk dan setiap rongga dalam tubuh kita. 


"Dan siapakah yang lebih baik deennya (cara hidupnya) daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada ALLAH, sedang dia mengerjakan kebaikan, dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan ALLAH mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya."
(An-Nisa': 125)


Bila saya kata: "ya. saya dah buat kerja. Saya dah bagitau pasal islam dekat orang-orang." (dengan gaya bersungguh-sungguh)


Ahh.. Tipulah tu.
Belum siap lagi kerja tu. Kalau tak, macam mana boleh ada orang yg tak faham lagi?


Lebih senyap. Dan buat kerja. Jangan banyak cakap-cakap.


Kesian dia. Dan mereka-mereka yang telah diabaikan oleh saya. Perlu speed sebelum meninggalkan bumi yang ketandunsan tarbiyah ni.


"Sesungguhnya Deen di sisi ALLAH hanyalah Islam."
(ali-Imran: 19)

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan kareem



Assalamualaykum.


iM pROUD to Be A musLimaH!!!


hohoho. dengar kata hati =)


Salam Ramadhan. Day 2.


Belum terasa lelahnya. kerana bersama dengan hadek-beradek. Bersahur dan berbuka puasa. Terbaik bila berterawikh sampai tersengguk kepala. Uish! 


Menghayati Ramadhan. Belum tentu kita akan jumpanya. Boleh jadi cepat. Boleh jadi lambat. Terpulang bagaimana persiapan kita sebelum bertemu Ramadhan.

Penyucian hati dan jiwa. Ihya Ramadhan bersama kakak2 dan hadek2. Biar sesibuk mana urusan di sekolah. Alhamdulillah, Allah sedang mengurniakan masa untuk saya penuhkan.


Alasan busy. Bukanlah satu masalah andai hati dan jiwa telah diserahkan kepada Tuhan sepenuhnya. Hendak 1000 daya, tak hendak, maka 1000 dalih.


Saya juga kadang2 tidak faham mengapa sangat payah dan susah hadek2 manis yang sudah 2 hingga 3 tahun berada dalam tarbiyah untuk tahu dan faham bahawa tarbiyah itu penting. Memilih program. Mana rasa nak pergi, maka pergilah. Hmm...


Kemahuan untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan cemerlang adalah atas diri sendiri. Selalu ada yang menyalahkan naqibah


Hadoii la.


Sumpah letih kalau naqibah je yang terkedek-kedek. Walhal hadek beradek yang lain langsung tiada usaha.


Ayarkk~



Monday, July 16, 2012



Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaykum..

Kaifa halukum?

Theehehe.. 5 tahun yang lepas. Belajar bahasa Arab guna buku teks. Berbuih mulut ustazah mengajar. tapi satu pun tak hadam hadam dalam kepala. Semuanya gara-gara putus asa tamau belajar bahasa Arab selepas dapat B dalam PMR. hampas kelapa. Alasan yg langsung tak munasarawak. Masih kanak-kanak ribena. tahu berlumba kejar A++ .

Belajar tak semudah yang disangka. Dan. Jadi manusia pun tak semudah yang disangka. Biar hidup pada pandangan mata kasar hanya sekadar makan, tidur, pakai, belajar dan blablabla hal dunia .Tapi hakikatnya bagi yang mengerti isi pelajaran tentang kehidupan, mesti hadam  maltamat dan tujuan hidup di bumi yang maha besar dan maha luas ni.

Oh. tak. saya sepatutnya sedang bercakap-cakap tentang Ramadhan.

OK. Counting days for Ramadhan. (^__^)

Monday, June 18, 2012

Hero Jutaan Hati saya


Bismillahirrahmanirrahim~

Semoga selamat semuanya dalam memulai hari-hari baru dalam setiap inci kehidupan yang seringkali kita terabaikan salah kita pada manusia lain. Terkadang kata-kata kita melampaui batas. Terkadang juga lirikan mata melebihi batas. Dan terkadang juga terdetik dalam hati, cakap-cakap tidak elok yang tak terzahir. Maaf dengan senyuman. (^__^)

Ayah.
Selamat hari bapa. Semoga sentiasa bahagia dan sentiasa gagah perkasa. Ini yang ingin tersangat saya sampaikan. *senyum.






Saya adalah anak yang sedikit sekali prihatin dengan perasaan orang tua.  Jangan salah faham. Saya bukan anak yang meminggirkan kedua prang tua saya. Dan tidak sama sekali saya adalah spesis Tanggang.

Cumanya, saya jarang sekali bicara tentang ayah di hadapan umum. Biar di dunia nyata mahupun maya. Sedikit. Terlalu sedikit soal ayah untuk diceritakan. Tidak tahu sebenarnya mahu mula di mana dan akan berakhir bagaimana. Setiap patah perkataan adalah cerita tentang ayah saya, tidak dimasukkan dengan unsur mahupun watak ayah sesiapa.

Ayah saya. Wajahnya sudah cengkung. Nampak tulang-tulang tua pada pipi nipisnya. Sudah uzur. Terkadang sakit menjengah. Kasihan. Tersemput-semput nafasnya. Ditarik tidak sampai, dihembus tidak habis. Kulit yang semakin mengendur. Hitam kulitnya kerana masa mudanya kerap diluar rumah mengerjakan kelapa-kelapa yang diusahakan dan menguruskan bisnis kelapa kecil-kecilan. Cukuplah sekadar harta sepencarian bersama arwah emak yang paling ayah cinta. Sumpah. Ini benar.

Urat-urat tua pada tangan yang jelas kelihatan saban hari. Darah mencair jelas ternampak pada kulit kerana pengambilan pil mencairkan darah (ingatkan ada ubat cairkan kahak, tak sangka ubat sejenis ni pun ada). Sakit jantung, darah tinggi, sedikit kencing manis, lelah, terbaru adalah gout.  Ayah sudah hampir 73 tahun usianya. Masih mampu bertahan. Berkilo-kilo ubat yang ditelan sepanjang pagi, tengah hari dan malam selepas makan. Pesanan doktor juga supaya tidak mengabaikan penghisapan rokok. Ayah adalah perokok tegar masa mudanya. Anak-anak lelakinya mengikut jejak langkah ayah. Tunjuk macho konon. Ini kisah jahil dahulu. Namun, ayah masih bersemangat dalam menjalani hari-hari dalam hidupnya. Masih mampu menekan gear motosikal lamanya dan toyota kecintaannya. Dibawa ke hulu dan ke hilir. Berulang alik ke rumah emak tua dan emak muda setelah tiadanya emak saya. Itulah ayah. Berbahagi kasih sayang.

Ayah. Biar tidak segagah dan seperkasa dahulu. Yang mampu mengendong saya dibelakang badannya. Yang bengisnya mampu merotan abang tanpa henti biar lelah menerjang. Yang romantiknya hanya emak sahaja pernah rasa. Dia adalah seorang tua yang dimatanya hanya ada bahagia untuk anak-anak. Cukuplah untuk anak-anak.

Menjadi anaknya bukanlah sesuatu kekurangan. Berada dalam keluarga yang cukup besar. Bertigakan 3 orang wanita sebagai emak. Beradik-beradikkan ramai. Terasa ditinggalkan ayah selepas emak pergi selamanya. Hilang sayang daripada ayah. Namun, itu adalah anugerah terbesar dari Tuhan buat diri saya yang sangat jarang diberikan pada hambaNya. Tidak riak mahupun bangga tetapi cukuplah sekadar memberi peringatan kepada saya bahawa  saya adalah gadis yang selalu kuat dan gagah perkasa seperti ayah bilamana saya rasa sendiri dan sepi bila cemburu melihat ramai yang punya ayah untuk teman diri dibawa kemana-mana.

Menjadi anak ayah, bagi saya adalah sedikit sukar. Saya bukan anak yang sempurna. Tidak mampu jadi sesempurna seperti anak-anak lain. Kerana saya tidak membesar bersama ayah. Cukup usia 11 tahun membesar bersama ayah. Dan memori semakin terluput selepas emak pergi. Tiada lagi ayah yang selalu mengendong anaknya. Tiada lagi ayah yang sering berada di kanan saya untuk menidurkan saya. Yang ada hanya angin dan ruang kosong. Tapi ayah. Tidak sedikit pun saya menyalahkan ayah. Tidak sedikit pun saya membenci ayah. Tidak sedikit pun saya mencemuh ayah. Kerana saya tahu susah yang ayah rasa. Kerana terlalu banyak anak kecil yang perlu ayah pelihara dan jaga. Bukan hanya saya seorang. Kerana saya sedar bahawa saya mereka sedang berkongsi kasih seorang ayah. Kerana saya adalah gadis gagah perkasa yang telah ayah tiupkan semangat dalam diri saya.

Cukuplah saya menggembirakan ayah dengan meringankan bebannya. Meletakkan diri jauh sedikit dari sudut hati ayah. Bukan menjauhkan, mengasingkan mahupun menghilangkan tetapi sekadar berada jauh sedikit dari sudut hati ayah. Saya tidak mahu jadi beban buat ayah. Biarlah susah, saya sendiri rasa. Biarlah ayah melihat saya sebagai seorang yang gagah perkasa dan mampu berdiri di atas kaki sendiri. Supaya ada bahagia buat ayah dengan melihat saya dan tersenyum puas dengan diri saya.

Ayah. Biarlah sedih yang saya rasa terkongsi bersama nenek. Biarlah anakmu menjadi peneman nenek yang ditinggal suaminya selepas emak menemui Tuhan yang abadi. Biarlah terpaksa berkongsi kasih nenek dengan yang lain, asalkan saya punya tempat mengadu bila rasa susah menyesak dada. Biarlah ada seseorang yang tahu bagaimana rasa hati saya. Dan biarlah sama-sama perempuan yang memahami derita saya. Ingat ayah. Bukan  saya meminggirkan ayah dari hati. Tetapi tidak mahu ayah rasa susah hati. Terbeban dengan cerita saya.

Kerana. Andai Tuhan tidak mentakdirkan cerita ini buat saya yang telah tertulis dan terlukis di luh mahfuz, pastinya saya tidak sekuat dan setabah ini. Pastinya air mata akan laju jatuh ke pipi apabila melihat ayah yang lain mengendong anaknya dan ibu yang lain mengusap rambut anaknya dengan rasa sayang. Pasti jiwa saya tidak tersentuh dengan nasihat Luqman Al-Hakim kepada puteranya. Dan pasti saya tidak akan berasa bangga menjadi sebahagian umat Muhammad SAW kerana pernah senasib dengan baginda.

Rahmat Tuhan. Cerita yang penuh rahsia. Hanya Dia yang lebih mengetahui, tiada yang lain.

Ayah. Cerita ini bukan mahu canang tentang engkau yang telah lenyapkan kasih sayang terhadap saya. Tidak sekali tidak. Kerana engkau adalah hero abadi dalam jiwa ini. Kerana engkau adalah superman, batman, spiderman malah otromen sejati bagi saya. Cerita ini mahu canang pada dunia bahawa ayah punya seorang anak gadis yang cintakan bapanya dunia akhirat. Biar tidak terzahir, tapi dalam hati selalu mendoakan ayah agar diberi kesihatan yang terus-terusan, diberi perlindungan oleh Tuhan dan sepanjang umur ayah diberkati dan dirahmati olehNya juga.

Dengan perjalanan dakwah dan tarbiyah yang kian menusuk dalam kalbu saya, barulah saya berani mencintai ayah secara terangan. Barulah tanpa selindung, saya bangga kerana punya ayah saya sekarang. Jika anda mengatakan bahawa ayah anda adalah buruk, tidak pernah baik dengan anda dan yang seangkatan dengannya, anda adalah silap besar. Kerana tanpa ayah, anda tidak melihat cerita anda berkembang biak di atas muka bumi. Dan bersyukurlah kerana masih punya ayah yang bernama jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang nama ayahnya hanya terloret di atas batu seperti emak saya. Tuhan, please. Balasi setiap pengorbanan saya dengan memberi lebih bahagia dan rasa senang hati buat ayah dan keluarga yang lain.

Ayah. Dalam hati ini, engkau adalah lelaki tercinta yang ada dalam jiwa saya. Terima kasih kerana menerima saya untuk hadir dalam hidup ayah.  Dan terima kasih ayah kerana percaya pada anakmu walau selalu risau dengan keberadaan saya yang entah di mana semata-mata kerana seruan dakwah. Ayah, mohon doa dalam senyapmu supaya saya juga ditemukan dengan ayah kepada anak-anak saya yang selalu faham dan mengerti tentang perjuangan Rasulallah SAW, para sahabat, Sultan Muhamad Al-Fateh, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna dan mereka-mereka yang berjuang atas nama islam kerana redha Tuhan. Sayang selamanya. 

(^__^) Love you ayah  ~