Bismillahirrahmanirrahim~
moga aku menulis bukan kerana nafsu amarah semata. mohon Allah redha dengan setiap bait-bait kata-kata ini.
malapetaka mungkin. niat asal untuk mencari pengalaman. cari kenalan baru. mungkin. tapi hanya rasa tidak puas hati dan rasa dihina. malang kan. betul-betul satu disaster.
penat berjuang pertahankan tudung besar untuk puteri islam IPG Penang. walau terpaksa dengar lecturer bising. bergaduh plus menipu untuk backup sebab tudung semata. hampir menangis keluar mata darah. luahan hati pada kakak-kakak seolah esok adalah hari untuk DIHARAMKAN bertudung. Alhamdulillah, Allah dengar rintih kami.
camping unit uniform di IPDA. apa guna pertahan di IPG sendiri tapi tewas di tempat lain?
"tak ape, baju uniform PPIM IPDA ni tebal. tudung masuk dalam pun takkan nampak apa2. baju kurung yang kamu pakai tu lagi jarang. kain lagi, nampak 2 batang tiang terpacak."
telinga ini yang mendengar. dia yang berkata, punya fikrah. tahu asas-asas islam lebih daripada aku yang mungkin punya sekelumit bakteria ilmu agama. aku dan mereka yang mempertahankan diri bukan budak sekolah. yang suka-suka boleh diberi arahan.
saat disuruh dan dipaksa join kawad. aku keraskan hati. sedih hampir menangis bila lihat rakan-rakan yang bertudung biasa terpaksa berkorban.
DAHULU:
aku melihat mereka yang bertudung banyak kerenah. banyak ragam. buat itu tak mau. buat ini tak mau. kera sumbang. tak tahu bergaul. bila ada aktiviti, banyak alasan. banyak kerenah untuk larikan diri.
SEKARANG:
aku rasa apa yang mereka rasa. saat mahu pertahan diri sendiri daripada pakai pakaian menampakkan bentuk tubuh badan, tiba-tiba ramai yang menentang. sedangkan ustazah bertudung labuh sendiri membenarkan pakaian uniform. mana adilnya?
"...dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, atau ayah suami mereka......" (An-Nur: 31)
memakai uniform kawad puteri islam dengan tudung didalam baju. bukankah masih menampakkan dada?
aku hairan. mengapa masih katakan "tak apa" ?
aku marah. aku benci. pada mereka yang mengerti tapi masih katakan "tak apa".
No comments:
Post a Comment