Saturday, October 30, 2010

kerana tiada siapa tahu kehidupan kita nanti akhirnya melainkan hanya DIA

Bismillahirrahmanirrahim~

(^__^)

setiap pagi. sangat mata mula celik. hanya senyum terukir. kadang alpa mengucap hamdalah. Astaghfirullahalazim. itu aku. yang selalu lupa dan leka. bukan semua. harapnya. =]

melihat mereka. yang jauh di perantauan. kini sangat tabah menyusuri sebuah perjalanan baru di bumi asing. melihat akhi dan ukhti yang pernah aku kenal suatu masa dahulu. kini sudah punya keluarga, sudah punya kerjaya dan berjaya. melihat mereka, yang akan melangkah menuju dunia baru. teruja. mahu jadi seperti mereka. yang gigih membawa nama ISLAM. tidak kira tempat, masa dan waktu. yang tidak pernah meletakkan definisi 'jemu' dalam ensiklopedia mereka. aku kagum dan bangga pada mereka. sedang aku? masih merangkak menuju dan mencari tempat ini seharusnya. aku punya azam. di sini. dalam hati. (^__^)

melihat mereka-mereka. yang dulunya hebat suatu ketika. bicara tentang Islam dengan penuh gah. membisukan suara-suara manusia. memekakkan telinga-telinga umat dengan kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulallah. tiba-tiba mereka hilang. kini, lumpuh di pertengahan. ke mana menghilang? di mana mencari? tiadakah jalan untuk ketemu dakwah itu? hampa. sedih. sayu. kecewa. pada mereka yang dahulunya qawie. kini tidak lagi. bagaimana aku? adakah suatu masa nanti aku seperti mereka? ketakutan pada diri ini. hilang semangat untuk dakwah pada Islam. bagaimana aku seandainya itu yang tertulis dalam kitab takdir diri ini?

tidak. aku tidak mahu itu jadi. pada diri ini.

Tuhan Yang Maha Mendengar,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.
Tegarkan jiwa ini untuk berada pada jalanMu untuk selamanya.
Jangan biar diri ini tandus dimamah kefuturan.
Menjauh dariMu, meminggir dariMu.
Kuatkan hati ini wahai Tuhan.
Kerana tiada siapa tahu kehidupan hambaMu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau.

No comments: