suatu masa. saat semua semakin dewasa. lelaki mahupun perempuan. punya satu rasa untuk dikasihi dan mengasihi. memiliki seseorang yang halal buat dirinya. teringat suatu kisah saat aku memegang sebuah buku, 'Rabiatul Adawiyah'. Riwayat hidupnya. cinta untuk Rabbul Izzati. kasih pada yang hakiki. cintanya untuk dapat redha Allah. tiada wanita setanding Rabiah.
hidupnya penuh ujian. tanda kasih Ilahi pada dirinya.
kental jiwanya. tabah hatinya terima semua dengan redha dan pasrah. tawakkal hanya padaNya.
Aku kini. berlumba-lumba dengan mereka. cemburu pada mereka. iri hati dengan mereka. yang hidup dan matinya hanya untuk Allah. kerana aku belum jumpa saat aku rasa manis dalam ibadah. sujud padaNya. diri ini jauh dari Rabiatul Adawiyah.
No comments:
Post a Comment