Friday, December 10, 2010

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.

Bismillahirrahmanirrahim~

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu

Jangan tangisi apa yang bukan milikmu.

Ouh. Saya pernah hilang insan yang paling saya sayang.

Sebab. Saya takkan pernah rasa sayangnya lagi.

Semua kerana Tuhan. Kerana Dia ambil ibu saya.

Tidak adil kerana biar saya sendiri.

Penat hati menangis, letih jiwa meraung.

Minta Tuhan kembalikan ibu semula.

Mustahil.

Itu suatu ketika dahulu.

Jangan tangisi apa yang bukan milikmu.

Tuhan ambil ibu kerana ibu hanya pinjaman untuk saya di dunia.

Ibu bukan ada selamanya untuk saya disisi.

Kini, mula mengerti.

Tuhan ambil ibu kerana Tuhan ambil apa yang jadi haknya.

Sedang saya hanya pinjam dari Tuhan untuk sementara.

Sampai masa, perlu pulangkan semula.

Semua yang ada di dunia. Semua yang jadi isinya.

Semua yang wujud di sekeliling kita. Hanya pinjaman.

Sampai masa perlu pulangkan kepada yang berhak.

Insan tersayang. Barang tersayang. Atau apa sahaja.

Semua milikNya.

Hanya redha dan terima atas ketentuanNya.

Bukan rungutan atau ungkitan.

Sebaliknya panjatkan rasa syukur kerana Tuhan pernah beri peluang dan ruang untuk merasa. Walau seketika cuma.

Rasulullah SAW pun bersabda: “Ingat akan Allah adalah penawar kalbu,” diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.

No comments: