Tuesday, December 7, 2010

love letter


Bismillahirrahmanirrahim~

Maaf.

Tiada nota cinta buatmu.

Tiada lagi kasih sayang untukmu.

Tiada rasa rindu kerana kamu.

Padam semuanya.

Format isinya.

Yang ada hanya Dia yang mampu jaga kamu untuk aku.

Kerana Dia lebih sayang kamu berbanding aku.

Kerana Dia yang setia mendengar bual bicaramu dalam setiap sujud.

Aku tinggalkan dia kerana Allah.

Mengharap hanya padaNya. Meminta juga hanya padaNya. Kerana Dia yang satu bisa kabulkan apa yang aku mahu. Tidak adil bagiNya, andai aku minta dia untuk diri ini sedang Dia aku biarkan. Sedang Dia aku tinggalkan. Tidak adil bagiNya, andai aku minta untuk bahagia dengannya sedang aku tidak pernah membuat Dia bahagia. Jiwa dan hati ini pernah menjadi singgahan buat dia suatu ketika dahulu. Jiwa dan hati ini pernah tersentuh dan terusik kerana dia suatu ketika dahulu. Mimpi indah. Hanya aku punya bahagia itu. Mahu dakwah padanya kerana aku fikir diri ini sudah bisa. Kerana aku fikir diri ini sudah punya iman yang utuh tanpa bisa goyah.

”Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu.....”

(Al-Baqarah 2;214)

”aku tinggalkan dia kerana Dia”.

Kerana ini aku tinggalkan dirinya. Hati mula rasa gelisah kerana cinta antara aku dan dia salah sama sekali. Dibibir mengatakan ”aku cinta dia kerana Allah”. Hati ini tidak tahu benar atau salah. Hati ini punya cabang di dalamnya. Menolak atau menerima. Kerana aku bukan miliknya yang halal. Kerana aku masih milikNya. Ah! Aku biarkan saja. Niat. Aku mahu dakwah padanya. Ini jalan salah. Aku silap atur langkah kerana saat itu aku merasakan aku benar tanpa khilaf.

Katakanlah Muhammad, ”Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal sihat, agar kamu beruntung.”

(Al-Ma’idah 5:100)


”aku tinggalkan dia kerana Dia”.

Hati ini merintih. Jiwa ini menderita. Tak mahu jadi perempuan keji. Tak mahu jadi perempuan kejam. Permain perasaan insan.Tapi aku mahu Allah lihat aku. Aku mahu Allah redha setiap inci perbuatanku. Tidak mahu walau sebarang cela. Biarlah dia bahagia dan biar aku derita kerana kesalahanku. Aku lemah rupanya. Aku kalah pada nafsu. Aku gagal menjadi aku. Akulah cinta jemaah yang kecundang. Akulah yang menjadi fitnah semua muslimah di luar sana.

”Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.”

(Ali ’Imran 3:139)

”Aku Tinggalkan dia kerana Allah"


No comments: