Wednesday, October 31, 2012

Kun Fa Ya Kun


Bismillahirahmanirrahim~

Manusia akan berubah tanpa kita sangka dia akan berubah akhirnya nanti.
Tak tahu dan mungkin entah kenapa, 
dalam lambakan manusia yang sudah mula berubah daripada jahiliyah kepada manusia yang sedar siapa dirinya,
untuk apa dia dijadikan dan ke mana akhir hidupnya,
ada juga manusia yang merubah dirinya untuk kembali kepada siapa dirinya dahulu.
Mungkinkah jahiliyahnya dahulu bukanlah jahiliyah yang benar-benar menguji dirinya hingga mereka merasakan
bahawa apa yang diubah saat ini bukanlah kembali kepada jahiliyyah?

Saya sangat takut. Saya sangat bimbang.
Andai saya meluah dan menulis tentang perasaan saya, suatu hari nanti saya juga akan seperti mereka.
Kembali kepada Jahiliyyah!

Naudzubillah~

Dengan kuasa Tuhan yang memegang hati, segalanya mungkin jadi dan berlaku.
Tapi andaikan sahaja doa dan permintaan kita daripada Tuhan tidak bersungguh-sungguh dan seikhlas hati,
bagaimana Tuhan mahu yakin dan memberi dengan apa yang kita minta.

Tuhan sangat mudah untuk memberi nikmat yang boleh dilihat dan dirasa oleh pancaindera. 
ferrari? rumah impian? pasangan?
Petik jari. Sangat mudah bagi Tuhan.

Dan Tuhan juga memberi bila kita minta sesuatu yang x dapat kita sentuh seperti 
cinta, rindu, sayang, bahkan hidayah dan petunjuk.
Tapi, itu hanya apa yang dapat kita rasa. 
Kita sendiri yang rasa tanpa orang lain tahu apa sedang kita alami.

Iman saya juga pasang surutnya. Saat ini juga saya merasakan bahawa diri saya agak terkebelakang.
Bateri kong dan memerlukan cas segera tanpa tangguh-tangguh.
Hanya kerana saya berada dalam usrah dan menerima tarbiyah, barulah akal dan minda saya ligat berfikir dan mula faham.
Bahawa setiap kali dalam waktu saya berada dalam dunia yang melalaikan saya,
Tuhan PASTI akan menghadirkan cerita-cerita baru yang akan membuatkan saya tersedar.
Cerita tentang manusia, cerita tentang bencana, cerita tentang kematian. 
Semuanya akan mengejutkan saya saat saya sedang dalam dakapan mimpi dunia.

Kerana Tuhan tahu bahawa saya masih dan sangat memerlukanNya.
Kerana saya tahu bahawa Tuhan pernah mendengar doa dan permintaan saya.


BERUBAH SETELAH SATU AKAD.

Apa yang boleh saya katakan?
Perkahwinan satu perjalanan yang sangat indah. Bagi yang belum merasainya. ^_^
Teringat dengan kata-kata perihal perkahwinan daripada sister yang sudah lama mendirikan rumah tangga.
"Perkahwinan bukanlah sesuatu yang indah-indah sahaja."

Jika kita fikir, faham dan hadam..
Banyak cerita tentang masa depan yang perlu dilalui selepas satu akad.
Banyak kisah yang akan tersimpan sama ada gembira atau sebaliknya akan terjadi dalam hidup.
Itu adalah hakikat sebuah kehidupan bersama antara lelaki dan perempuan.
Yang tak pernah melintas dalam benak saya. 
Kerana Tuhan layak untuk menguji saya melalui sebuah perkahwinan, 
barulah saya melihat dan memandang berat tentang kehidupan berumah tangga.
Terasa seperti wanita matang yang bercakap. Ahahah~

Dalam hidup saya sebagai manusia yang pernah melihat dan hanya memandang,
saya tidak mahu perkahwinan yang Allah aturkan mencairkan iman saya, melemahkan hati saya dan mematikan jiwa saya.
Mengembalikan saya kepada jahiliyyah dunia. 

YA. DIA BERUBAH. DAN SAYA HANYA MELIHAT.

Sangat terasa dan menyentap nurani saya saat melihat mereka yang dahulunya bersama dalam bulatan gembira,
berubah mencari sinar dan cinta Tuhan, meninggalkan jahiliyyah, meninggalkan T pendek dan jeans ketat. 
Mengenakan jubah dan melabuhkan tudung.
Untuk beberapa tahun, masih kekal dan masih sama mengekalkan istiqamah dan mujahadah.
Walaupun kadang-kadang syaitan datang menggoda untuk kembali kepada jahiliyyah.
Saya pasti, pasti ada suara-suara pujukan yang menjengah. Namun, dikuatkan hati dan dikentalkan iman. 
Dan Tuhan masih sayangkan kita, barulah Dia menetapkan kita dijalanNya.
Itulah nikmat mujahadah paling besar yang Allah kirimkan pada hambaNya.
Kagum dengan kekuatan yang Allah hadiahkan buat para mujahidah 
dengan harapan agar Allah menitipkan kekuatan yang sama buat saya andai saya hampir tergelincir.

Apabila Allah mengatakan dalam firmanNya,

 An Nahl, ayat40 : “Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, 
Kami hanya mengatakan kepadanya : Kun - (jadilah) - maka jadilah ia“.

Yaasiin, ayat 82 : “Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: 
jadilah, maka terjadilah ia“.

Al Mu’min, ayat 68 : “Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, 
Dia hanya berkata kepadanya : jadilah, makajadilah ia“.

KUN FA YA KUN

Hanya kerana sebuah perkahwinan. Hanya kerana satu lafaz ijab dan qabul. 
Kita bukan milik ibu bapa kita lagi.
Nisa' adalah kepunyaan Rijal.

Bagaimana mengurus sebuah kehidupan baru yang dilengkapi dan ditaburi dengan perasaan cinta?
"Perkahwinan bukanlah sesuatu yang indah-indah sahaja".

Menjadi diri sendiri bukanlah sesuatu yang sangat mudah. Benarlah. 
Mengejar istiqamah untuk berjalan seiiring dengan mujahadah adalah sangat berat.
Mencari rijal yang faham dengan diri nisa' juga adalah satu dalam seribu.

Tak semua suami merelakan isterinya menduakan cintanya.
Tak semua suami meletakkan kesanggupannya untuk berada ditingkat kedua dalam hatinya.
Kerana ada suara-suara pujukan yang sedang menggodanya.
Yang sedang meruntuhkan bata-bata keimanan dalam dirinya.

Berubah setelah hidup bersama. 
Kerana sayang pada manusia.
Kerana cinta yang membutakan.
Tudung semakin menyingkat, lengan baju semakin menyenteng, jeans mula menampakkan kakinya, sarung kaki mula dibuang merata.
Memang syurga di bawah tapak kaki suami. 
Tak cium bau syurga dan nerakalah tempat isteri andai ingkar dan tidak patuh pada suami.

Tapi, ke mana hilangnya kebergantungan pada Tuhan?
Di mana doa dan pengharapan yang kita minta pada Tuhan?

Suami bukan Tuhan, kerana dia bukan tercipta dengan sendirinya.
Suami yang baik adalah suami yang merelakan isterinya mencintai kekasihNya melebihi dirinya.
Suami yang baik adalah suami yang sanggup diduakan kerana mengejar cinta Tuhan bersama, bukan sendiri-sendiri.

Isteri yang solehah adalah isteri yang menjaga nama suaminya.
Isteri yang solehah adalah isteri yang mampu dan bersama-sama suami berjalan ke syurga.

Bukanlah kerana sebuah lafaz ijab dan qabul, kita maksum dan setiap dosa adalah dalam tanggungan suami.
Janganlah kerana jahilnya kita kembali kepada jahiliyah menambah dosa dalam poket amalan suami.

CINTA YANG KITA SEMUA HARAPKAN.

Bertemu dengan rijal yang akan menguatkan nisa'nya adalah harapan saya.
Yang akan mengecas bateri iman saya. Menyalakan jiwa saya dan membantu menyuburkan hati saya dengan kecintaan kepada Tuhan.

Perkahwinan perlukan persediaan rapi.
Perlu jelas dengan maratib amal.
Tujuan berkahwin bukan untuk menambah bilangan umat semata.

Saya adalah budak usrah.
Bagaimana kefahaman pasangan kita tentang usrah? 

Saya adalah dai'e.
Bagaimana kefahaman pasangan kita tentang waktu-waktu yang digunakan oleh seorang dai'e dalam kehidupan sehariannya?

Mencari orang faham tentang dakwah dan tarbiyah.
Perjalanan yang sangat panjang dan sakit.
Takkan mampu manusia biasa untuk berdiri selepas tersungkur bila diri sendiri tidak merasai ruh tarbiyah.
Takkan mampu manusia yang tidak faham siapa kita untuk memahami kita. 
Tugas kita, tanggungjawab kita. Mengembalikan Islam pada tempatnya.
Sejauh mana manusia yang tidak faham mampu kenal perjuangan kita?
Kerana mereka harus difahamkan terlebih dahulu sebelum mereka memahami kita.

SAYA HANYA MENULIS TENTANG APA YANG SAYA RASA.

Bergantung kepada kekuatan dan tsabatnya kita berjalan di bumi Tuhan.
Tuhan tak pernah membiarkan kita sendirian sekiranya kita sedang merasakan bahawa Tuhan berada dekat di samping kita.
Sehinggakan Tuhan memelihara kita daripada jahiliyyah kerana doa yang tidak pernah putus supaya ditetapkan kita di jalan dakwah dan tarbiyah
dan meletakkan diri kita dalam gerabak yang sama.

Bahagialah buat mereka yang bersama-sama sedang mencari redha Tuhan.
Kerana hanya cinta luar biasa dan bahagia selamanya yang Allah pelihara sampai akhirnya.

Sunday, October 7, 2012

Bila sampai di Hujung, Baru Terasa

Bismillahirrahmanirrahim~


"Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang muhajirin dan orang-orang anshar, yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka, dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit (pula terasa) oleh mereka,, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(At-Taubah, 9: 117-118)

Ukhuwah tu mahal harganya. Nikmat dan salah satu hadiah paling besar dalam diri saya yang Tuhan kurniakan. Rasanya, takkan siapa-siapa atas muka bumi ini melainkan kuasa Tuhan yang memberikan saya sahabat beserta pakej lengkap dengan kasih sayang dan cinta daripada mereka.

Entah kenapa, Tuhan selalu menganugerahkan sesuatu yang sangat-sangat indah pada penghujung sebuah cerita. Entah kenapa Tuhan akan mendatangkan penutup yang sangat menyentuh hati setelah klimaks yang berada di puncak plot tak begitu menyeronokan. Rasanya mahu dihentikan waktu supaya malam tidak kembali terang, menunggu fajar menjadi cerah.

Tuhan itu adil. Tuhan itu penyanyang.
Kerana rahmat Tuhan, Dia mengajar saya untuk berfikir.

Menghadapi kesukaran untuk masa-masa yang di hadapan, saya merasakan bahawa Tuhan sedang menyediakan hari ini untuk hari esok. Kekuatan hari ini adalah kesukaran untuk hari esok. Kesedihan hari ini juga adalah untuk menghadapi hari esok.

Jiwa sangat berbunga-bunga saat berkumpul bersama akhawat. Satu rasa yang telah menyebabkan saya tidak rasa kehilangan. Biar bergaduh dan salah faham, tapi itu cuma satu permainan kehidupan yang mendidik saya untuk belajar menerima dan memberi kepada orang lain. Itu adalah rasa-rasa dalam sebuah cerita cinta dan kasih sayang.

Sangat merugi bagi mereka yang tidak merasa nikmat berkasih sayang antara manusia. Ahh. Satu rasa paling bahagia bila berkasih sayang dengan mereka yang saling mengingatkan tentang Tuhan dan hidup. Sahabat yang saya harapkan agar mereka yang memimpin dan memegang tangan saya saat saya hampir gelincir ke neraka nanti. Saya berharap sahabat-sahabat ini yang akan menyelamatkan saya. Saya harap agar Tuhan terus mendidik saya untuk jadi sahabat seperti yang harapkan.

Saturday, August 4, 2012

BILA BAHAGIA ITU YANG KITA CARI, MAKA HATI KITA SEDANG TERSENYUM.


Ini suatu kehidupan yang indah. Mungkin. Atau barangkali. Bagi siapa-siapa yang tahu menghargainya. Bukan sekadar cakap-cakap yang basi. Tapi ini adalah hakikat.



Bahagia. Ya. Rasanya semua manusia sedang cari dan kejar bahagia itu. Terpulang pada diri. Bagaimana caranya. Dan rasa bahagia ada pelbagai. Ada yang bahagia dengan derita. Ada yang bahagia dengan sengsara. Ah. Mengarut. Masakan boleh bahagia dengan sengsara dan derita. Terpulang.

Tuhan menghadirkan manusia dalam hidup kita. Sepanjang perjalanan ini, Tuhan selalu meletakkan manusia-manusia yang jarang kita temui untuk mengajarkan sesuatu. Mungkin bukan paling bermakna, tapi cukuplah sekadar ada pengajaran. Dan bergantung kepada diri sendiri sama ada pengajaran yang baik-baik atau buruk. Bergantung.

Saya telah menemukan dengan pelbagai jenis manusia. Yang mengajarkan saya erti kehidupan. Yang memberitahu perihal cinta kepada saya. Yang menunjukkan kepada saya tentang pengorbanan. Yang mendefinisikan tentang ketuhanan. Mahu pun yang menyerahkan kebergantungan kepada Al-Khaliq.
Saya juga belajar daripada alam. Melihat bintang-bintang di atas langit yang tergantung tanpa tali. Melihat rumput hijau yang sangat cantik dan indah bila mentari pagi menyorotinya dengan warna perang. Melihat suatu hidupan di darat mahu pun lautan yang sama-sama berkongsi alam.


Dari situ saya belajar. Menjadi manusia yang punya kehidupan. Sedar bahawa alam ini ada yang menciptanya. Dunia ini ada yang mengawalnya. Dan setiap kehidupan di atas muka bumi ini ada yang memilikinya.

Menjadi manusia paling dewasa bukanlah apa-apa. Tapi menjadi manusia yang tahu menghargai kehidupan adalah apa-apa. Hidup untuk apa? Hidup untuk siapa? Dan hidup adalah ke mana? Jika benar hidup untuk bahagia, maka bahagia untuk siapa? Diri sendiri? Atau manusia yang lainnya? Dan pengakhiran sebuah bahagia itu adalah ke mana?

Melihat kehidupan dari suatu sudut. Saya sedang berusaha untuk memperbaiki kehidupan saya. Satu usaha yang memakan masa sangat lama. Peluang 100% mustahil untuk mencapai tahap kesempurnaan. Namun, itu bukanlah penghalang yang menjadi bata konkrit untuk saya meneruskan kehidupan dan mengharapkan suatu kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan-kehidupan lampau saya.

Saya sedar bahawa bahagia sedang menanti saatnya saya mengenal Tuhan saya. Dan yang paling membuatkan saya tidak mahu berhenti berlari sekuat hati mahupun berlari-lari anak adalah bila Dia mengenalkan saya dengan dakwah dan tarbiyah. Kerana saya tidak mahu jadi manusia paling rugi dengan meninggalkan sesuatu yang paling berharga dalam kehidupan saya.



Saya sendiri melalui fasa-fasa sukar dalam kehidupan saya. Menerima ejekan manusia-manusia sekeliling. Mengalami depresi bila memikirkan saat berhadapan dengan keluarga besar. Mendapat tentangan maha hebat daripada keluarga sedarah, seibu dan sebapa. Menerima pandangan-pandangan aneh manusia sekeliling. Terpaksa mendengar umpat keji manusia lain. Dan meninggalkan cinta yang terpaksa ditinggalkan.
Sangat-sangat meluluhkan hati. Bagai tersiat-siat derita yang ditanggung. Rasa tiada lagi hidupan di hadapan. Terasa sendiri di bumi asing.


Silap.

Dengan kebergantungan kepada Tuhan dan optimis kepada langkah untuk meneruskan larian mencari bahagia, maka itu adalah kunci kejayaan. Banyaknya nilai-nilai yang positif yang terlahir hasil fikiran mereka yang bijaksana dan tinggi ilmunya. Oleh yang demikian, mengapa harus ada kata-kata negatif dalam kehidupan kita? Yang itu harus dipadam.

Bila saya membuang sesuatu dalam kehidupan saya, Dia sedang memberi sesuatu kepada kehidupan saya. Berbaik sangka sudah memadai. Ujian adalah anugerah. Kerana Dia mengharapkan saya agar mengingatinya sepanjang masa.



Hasbunallah wa ni'mal wakeel.
Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung.



Friday, August 3, 2012

Pada Siapa KITA datang?

Bismillahirrahmanirrahim~


Dah hamper sebulan meninggalkan fasa-fasa berlibur di sekolah. wah. Rindunya pada sekolah. Hilang keserabutan. Hilang kegundahan memikirkan berdosen-dosen presentation maupun esemen.


Dan. Paling PENTING! Saya telah belajar satu perkara yang sangat membuatkan mata saya terbeliak besar. Dengan melihat kehidupan menggunakan mata hati. Barulah saya tahu bahawa saya ada bannyyyakkkkk kerja yang tertangguh. Yang rasanya, sebelum ni membuatkan saya belum membuat kerja. Bukan presentation. Bukan esemen.  

besar?


Ini adalah cerita benar. Kisah yang tidak ditokok tambah mahupun dicampur perisa tambahan untuk menjadikannya sedap sehingga menjilat jari. Tapi cerita yang benar-benar sumpah 'tak tipu'.


"Nakba?"
"Mustapha Kamal Attartuk? Pelakon tu ke?"
"Tareeq Ramadhan?"
"Nama baru untuk bulan puasa?" (oke, yg ni tipu. thehehe)
Kapel xpe. Bukan pegang tangan pun. Setakat jumpe je. senyum.


Yang ni paling BEST. Sumpah BEST SANGAT!


"Korang ni macam SEEKERS la"


Ayerk!!!~ Hadeh. Tepuk dahi.


Jahil atau BODOH?


Dia pernah cabar Tuhan. Dan dia percaya pada kuasa Tuhan. Dan dia kembali kepada fitrah. Alhamdulillah.
Tapi. Tak pernah ada siapa-siapa yang cerita pada dia pasal islam. Islam yang sepatutnya difahami dengan hati, dan cara hidup kita adalah islam. Islam pada segenap pelusuk dan setiap rongga dalam tubuh kita. 


"Dan siapakah yang lebih baik deennya (cara hidupnya) daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada ALLAH, sedang dia mengerjakan kebaikan, dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan ALLAH mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya."
(An-Nisa': 125)


Bila saya kata: "ya. saya dah buat kerja. Saya dah bagitau pasal islam dekat orang-orang." (dengan gaya bersungguh-sungguh)


Ahh.. Tipulah tu.
Belum siap lagi kerja tu. Kalau tak, macam mana boleh ada orang yg tak faham lagi?


Lebih senyap. Dan buat kerja. Jangan banyak cakap-cakap.


Kesian dia. Dan mereka-mereka yang telah diabaikan oleh saya. Perlu speed sebelum meninggalkan bumi yang ketandunsan tarbiyah ni.


"Sesungguhnya Deen di sisi ALLAH hanyalah Islam."
(ali-Imran: 19)

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan kareem



Assalamualaykum.


iM pROUD to Be A musLimaH!!!


hohoho. dengar kata hati =)


Salam Ramadhan. Day 2.


Belum terasa lelahnya. kerana bersama dengan hadek-beradek. Bersahur dan berbuka puasa. Terbaik bila berterawikh sampai tersengguk kepala. Uish! 


Menghayati Ramadhan. Belum tentu kita akan jumpanya. Boleh jadi cepat. Boleh jadi lambat. Terpulang bagaimana persiapan kita sebelum bertemu Ramadhan.

Penyucian hati dan jiwa. Ihya Ramadhan bersama kakak2 dan hadek2. Biar sesibuk mana urusan di sekolah. Alhamdulillah, Allah sedang mengurniakan masa untuk saya penuhkan.


Alasan busy. Bukanlah satu masalah andai hati dan jiwa telah diserahkan kepada Tuhan sepenuhnya. Hendak 1000 daya, tak hendak, maka 1000 dalih.


Saya juga kadang2 tidak faham mengapa sangat payah dan susah hadek2 manis yang sudah 2 hingga 3 tahun berada dalam tarbiyah untuk tahu dan faham bahawa tarbiyah itu penting. Memilih program. Mana rasa nak pergi, maka pergilah. Hmm...


Kemahuan untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan cemerlang adalah atas diri sendiri. Selalu ada yang menyalahkan naqibah


Hadoii la.


Sumpah letih kalau naqibah je yang terkedek-kedek. Walhal hadek beradek yang lain langsung tiada usaha.


Ayarkk~



Monday, July 16, 2012



Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaykum..

Kaifa halukum?

Theehehe.. 5 tahun yang lepas. Belajar bahasa Arab guna buku teks. Berbuih mulut ustazah mengajar. tapi satu pun tak hadam hadam dalam kepala. Semuanya gara-gara putus asa tamau belajar bahasa Arab selepas dapat B dalam PMR. hampas kelapa. Alasan yg langsung tak munasarawak. Masih kanak-kanak ribena. tahu berlumba kejar A++ .

Belajar tak semudah yang disangka. Dan. Jadi manusia pun tak semudah yang disangka. Biar hidup pada pandangan mata kasar hanya sekadar makan, tidur, pakai, belajar dan blablabla hal dunia .Tapi hakikatnya bagi yang mengerti isi pelajaran tentang kehidupan, mesti hadam  maltamat dan tujuan hidup di bumi yang maha besar dan maha luas ni.

Oh. tak. saya sepatutnya sedang bercakap-cakap tentang Ramadhan.

OK. Counting days for Ramadhan. (^__^)

Monday, June 18, 2012

Hero Jutaan Hati saya


Bismillahirrahmanirrahim~

Semoga selamat semuanya dalam memulai hari-hari baru dalam setiap inci kehidupan yang seringkali kita terabaikan salah kita pada manusia lain. Terkadang kata-kata kita melampaui batas. Terkadang juga lirikan mata melebihi batas. Dan terkadang juga terdetik dalam hati, cakap-cakap tidak elok yang tak terzahir. Maaf dengan senyuman. (^__^)

Ayah.
Selamat hari bapa. Semoga sentiasa bahagia dan sentiasa gagah perkasa. Ini yang ingin tersangat saya sampaikan. *senyum.






Saya adalah anak yang sedikit sekali prihatin dengan perasaan orang tua.  Jangan salah faham. Saya bukan anak yang meminggirkan kedua prang tua saya. Dan tidak sama sekali saya adalah spesis Tanggang.

Cumanya, saya jarang sekali bicara tentang ayah di hadapan umum. Biar di dunia nyata mahupun maya. Sedikit. Terlalu sedikit soal ayah untuk diceritakan. Tidak tahu sebenarnya mahu mula di mana dan akan berakhir bagaimana. Setiap patah perkataan adalah cerita tentang ayah saya, tidak dimasukkan dengan unsur mahupun watak ayah sesiapa.

Ayah saya. Wajahnya sudah cengkung. Nampak tulang-tulang tua pada pipi nipisnya. Sudah uzur. Terkadang sakit menjengah. Kasihan. Tersemput-semput nafasnya. Ditarik tidak sampai, dihembus tidak habis. Kulit yang semakin mengendur. Hitam kulitnya kerana masa mudanya kerap diluar rumah mengerjakan kelapa-kelapa yang diusahakan dan menguruskan bisnis kelapa kecil-kecilan. Cukuplah sekadar harta sepencarian bersama arwah emak yang paling ayah cinta. Sumpah. Ini benar.

Urat-urat tua pada tangan yang jelas kelihatan saban hari. Darah mencair jelas ternampak pada kulit kerana pengambilan pil mencairkan darah (ingatkan ada ubat cairkan kahak, tak sangka ubat sejenis ni pun ada). Sakit jantung, darah tinggi, sedikit kencing manis, lelah, terbaru adalah gout.  Ayah sudah hampir 73 tahun usianya. Masih mampu bertahan. Berkilo-kilo ubat yang ditelan sepanjang pagi, tengah hari dan malam selepas makan. Pesanan doktor juga supaya tidak mengabaikan penghisapan rokok. Ayah adalah perokok tegar masa mudanya. Anak-anak lelakinya mengikut jejak langkah ayah. Tunjuk macho konon. Ini kisah jahil dahulu. Namun, ayah masih bersemangat dalam menjalani hari-hari dalam hidupnya. Masih mampu menekan gear motosikal lamanya dan toyota kecintaannya. Dibawa ke hulu dan ke hilir. Berulang alik ke rumah emak tua dan emak muda setelah tiadanya emak saya. Itulah ayah. Berbahagi kasih sayang.

Ayah. Biar tidak segagah dan seperkasa dahulu. Yang mampu mengendong saya dibelakang badannya. Yang bengisnya mampu merotan abang tanpa henti biar lelah menerjang. Yang romantiknya hanya emak sahaja pernah rasa. Dia adalah seorang tua yang dimatanya hanya ada bahagia untuk anak-anak. Cukuplah untuk anak-anak.

Menjadi anaknya bukanlah sesuatu kekurangan. Berada dalam keluarga yang cukup besar. Bertigakan 3 orang wanita sebagai emak. Beradik-beradikkan ramai. Terasa ditinggalkan ayah selepas emak pergi selamanya. Hilang sayang daripada ayah. Namun, itu adalah anugerah terbesar dari Tuhan buat diri saya yang sangat jarang diberikan pada hambaNya. Tidak riak mahupun bangga tetapi cukuplah sekadar memberi peringatan kepada saya bahawa  saya adalah gadis yang selalu kuat dan gagah perkasa seperti ayah bilamana saya rasa sendiri dan sepi bila cemburu melihat ramai yang punya ayah untuk teman diri dibawa kemana-mana.

Menjadi anak ayah, bagi saya adalah sedikit sukar. Saya bukan anak yang sempurna. Tidak mampu jadi sesempurna seperti anak-anak lain. Kerana saya tidak membesar bersama ayah. Cukup usia 11 tahun membesar bersama ayah. Dan memori semakin terluput selepas emak pergi. Tiada lagi ayah yang selalu mengendong anaknya. Tiada lagi ayah yang sering berada di kanan saya untuk menidurkan saya. Yang ada hanya angin dan ruang kosong. Tapi ayah. Tidak sedikit pun saya menyalahkan ayah. Tidak sedikit pun saya membenci ayah. Tidak sedikit pun saya mencemuh ayah. Kerana saya tahu susah yang ayah rasa. Kerana terlalu banyak anak kecil yang perlu ayah pelihara dan jaga. Bukan hanya saya seorang. Kerana saya sedar bahawa saya mereka sedang berkongsi kasih seorang ayah. Kerana saya adalah gadis gagah perkasa yang telah ayah tiupkan semangat dalam diri saya.

Cukuplah saya menggembirakan ayah dengan meringankan bebannya. Meletakkan diri jauh sedikit dari sudut hati ayah. Bukan menjauhkan, mengasingkan mahupun menghilangkan tetapi sekadar berada jauh sedikit dari sudut hati ayah. Saya tidak mahu jadi beban buat ayah. Biarlah susah, saya sendiri rasa. Biarlah ayah melihat saya sebagai seorang yang gagah perkasa dan mampu berdiri di atas kaki sendiri. Supaya ada bahagia buat ayah dengan melihat saya dan tersenyum puas dengan diri saya.

Ayah. Biarlah sedih yang saya rasa terkongsi bersama nenek. Biarlah anakmu menjadi peneman nenek yang ditinggal suaminya selepas emak menemui Tuhan yang abadi. Biarlah terpaksa berkongsi kasih nenek dengan yang lain, asalkan saya punya tempat mengadu bila rasa susah menyesak dada. Biarlah ada seseorang yang tahu bagaimana rasa hati saya. Dan biarlah sama-sama perempuan yang memahami derita saya. Ingat ayah. Bukan  saya meminggirkan ayah dari hati. Tetapi tidak mahu ayah rasa susah hati. Terbeban dengan cerita saya.

Kerana. Andai Tuhan tidak mentakdirkan cerita ini buat saya yang telah tertulis dan terlukis di luh mahfuz, pastinya saya tidak sekuat dan setabah ini. Pastinya air mata akan laju jatuh ke pipi apabila melihat ayah yang lain mengendong anaknya dan ibu yang lain mengusap rambut anaknya dengan rasa sayang. Pasti jiwa saya tidak tersentuh dengan nasihat Luqman Al-Hakim kepada puteranya. Dan pasti saya tidak akan berasa bangga menjadi sebahagian umat Muhammad SAW kerana pernah senasib dengan baginda.

Rahmat Tuhan. Cerita yang penuh rahsia. Hanya Dia yang lebih mengetahui, tiada yang lain.

Ayah. Cerita ini bukan mahu canang tentang engkau yang telah lenyapkan kasih sayang terhadap saya. Tidak sekali tidak. Kerana engkau adalah hero abadi dalam jiwa ini. Kerana engkau adalah superman, batman, spiderman malah otromen sejati bagi saya. Cerita ini mahu canang pada dunia bahawa ayah punya seorang anak gadis yang cintakan bapanya dunia akhirat. Biar tidak terzahir, tapi dalam hati selalu mendoakan ayah agar diberi kesihatan yang terus-terusan, diberi perlindungan oleh Tuhan dan sepanjang umur ayah diberkati dan dirahmati olehNya juga.

Dengan perjalanan dakwah dan tarbiyah yang kian menusuk dalam kalbu saya, barulah saya berani mencintai ayah secara terangan. Barulah tanpa selindung, saya bangga kerana punya ayah saya sekarang. Jika anda mengatakan bahawa ayah anda adalah buruk, tidak pernah baik dengan anda dan yang seangkatan dengannya, anda adalah silap besar. Kerana tanpa ayah, anda tidak melihat cerita anda berkembang biak di atas muka bumi. Dan bersyukurlah kerana masih punya ayah yang bernama jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang nama ayahnya hanya terloret di atas batu seperti emak saya. Tuhan, please. Balasi setiap pengorbanan saya dengan memberi lebih bahagia dan rasa senang hati buat ayah dan keluarga yang lain.

Ayah. Dalam hati ini, engkau adalah lelaki tercinta yang ada dalam jiwa saya. Terima kasih kerana menerima saya untuk hadir dalam hidup ayah.  Dan terima kasih ayah kerana percaya pada anakmu walau selalu risau dengan keberadaan saya yang entah di mana semata-mata kerana seruan dakwah. Ayah, mohon doa dalam senyapmu supaya saya juga ditemukan dengan ayah kepada anak-anak saya yang selalu faham dan mengerti tentang perjuangan Rasulallah SAW, para sahabat, Sultan Muhamad Al-Fateh, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna dan mereka-mereka yang berjuang atas nama islam kerana redha Tuhan. Sayang selamanya. 

(^__^) Love you ayah  ~

Tuesday, June 12, 2012

Influenza C H1N1


Assalamualaykum~

Sudah membudayakan amalan dakwah fardhiyah? Humm.. Kepada yang belum memulakan kerja, memanaskan enjin supaya suam-suam kuku untuk menjalankan gerak kerja seorang daie, apa kata daripada anda duduk-duduk saja sambil melihat masa depan menggunakan binocular , kita mulakan gerak kerja bersama. Bukan sahaja masa depan sendiri terjamin, malah masa depan umat juga. Asyik bukan (gaya ala-ala Nabila dalam sinetron Mutiara Hati). (^__^)

Sebenarnya bukan mahu bicara tentang dakwah fardhiyah. Itu mungkin lain kali bila tiba masa yang sesuai. Cukuplah sekadar kita membuka berita-berita yang boleh kita bincangkan solusinya di sini. Memandangkan semua akhawat sudah berada di Tahun akhir dan ada yang baru masuk Tahun Satu dalam kursus Dakwah and Tarbiyah Education di Madrasah ini, maka marilah kita sama-sama memikirkan cara bagi menangani penyakit semacam ini agar tidak terus merebak dalam kalangan pelajar-pelajar baru.

semua orang sudah sepatutnya berfikir dari dulu lagi.


LAGI CERITA BENAR.

Influenza C H1N1 adalah sejenis penyakit kronik yang mempunyai beberapa tahapan, tidaklah sama seperti tahapan orang super saiya  jurus ketiga. Saya mula terdengar ura-ura tentang penyakit ini sejak awal pembabitan saya dalam dunia metrotarbiyah di Madrasah Tarbiyah.

Memang besar dugaannya bagi pesakit yang menghidapi Influenza C ini kerana ianya datang tanpa disedari dan akhirnya memakan diri sendiri. Terutamanya bahagian hati. Dan pada saraf di bahagian kepala pula akan mula terganggu. Kadang-kadang sedar, kadang-kadang tidak hingga mengakibatkan akal tidak dapat menjalankan proses berfikir dengan lancar. Itulah bahana yang terpaksa dihadapi oleh pesakit ini. Hanya yang benar-benar dan mempunyai kesungguhan sahaja yang mampu melawan penyakit ini.

Dalam kalangan pelajar-pelajar di Madrasah Tarbiyah ini, Influenza C ini sudah mula merebak. Bermula daripada tahapan kelas ketiga dan di situlah pesakit-pesakitnya banyak diuji. Tidak tahulah dari mana punca dan sumbernya. Setakat yang diketahui, pakar-pakar dan Prof Dr Emeritus di Institusi Penyelidikan Dakwah dan Tarbiyah belum menemukan puncanya. Sesuatu yang menggembirakan adalah penawarnya sudah ditemukan sejak dari dahulu lagi Cuma kadang-kadang pengamalannya tidak diambil berat. Maka, mencegah pun tiada guna daripada merawat sekiranya tiada keazaman yang tinggi daripada pesakit.

Itulah dia Influenza C H1N1 yang sering menjadi buah mulut dalam kalangan pelajar-pelajar di Madrasah Tarbiyah ini. Influenza CINTA.

                                                                                             inilah cinta.
                                                                
Saya jadi muak. Kisah-kisah yang tidak enak sering kedengaran oleh gegendang telinga saya sehingga tersalur dalam kepala minda saya dan membuatkan penyakit migrain  kerap menyerang. Cerita-cerita yang tidak pernah berhenti walaupun tinggal sisa dan baki yang tidak seberapa. Huh! (mengeluh). Saya ingatkan dalam dunia jahiliyah saja, rupanya influenza C ini juga turut merebak dalam kalangan ikhwah dan akhawat.

Pernah dengar dengan artikel-artikel cinta islamik seperti ’ Cinta Enta Enti’, ’Cinta Jemaah yang Kecundang’ dan cinta-cinta yang seangkatan dengannya? Adoyaii... Tersentap. Sebab saya juga sebahagian daripada pesakit Influenza C..haha . Lihat dalu pada diri sendiri sama ada kita mempunyai tanda-tanda influenza itu ataupun tidak. Jangan sekali atau dua kali atau berkali-kali menuding jari pada orang lain.

                Sukarnya menjaga hati dan memelihari jiwa. Yang jelas salah dan terang-terangan berdosa, kadang-kadang sengaja kita tutup dalam tempayan. Haha. Terkena pada batang hidung sendiri. Kerana saya juga sebahagian daripada penghidap Influenza C tahap ketiga suatu ketika dahulu. Malu pada diri sendiri kerana hati dan jiwa sering diserang dan diperkotak katikkan oleh nafsu cyborg  yang durjana.

Namun, apakan daya. Saya juga wanita. Nafsu membuak-buak. Ahh. Alasan bukan. Kata-kata yang sama. Dakwah dan tarbiyah. Ingatan demi ingatan. Nah. Free. Semacam alasan yang diberi. Tidak logik. Sila berhambus dengan alasan kau yang tidak muhasarawak tu. Setiap manusia yang beralasan, merekalah parasait yang menumpang menghabiskan segala klorofil dalam tubuh. Tidak mendatangkan apa-apa bak kata mat saleh, you’re useless.

Gadis. Jalannya hanya satu jika ingin sihat dari jangkitan C H1N1. Percaya dan yakinlah bahawa Allah sedang mengatur pertemuan yang paling indah antara kau dan dia. Dia yang gagah bergaya Abu Dujanah. Dia yang macho tak terkata Mus’ab. Dia yang bijaksana Albert Einstein. Dia yang berpuitis ayat-ayat jiwang-jiwang Jalaluddin Rumi.

Tak payah peduli urusan Tuhan. Dan buatlah urusan kita. Ahh.. Cakap memang senang. Macam mana kalau hati dah tersangkut? Dah dirantai dan dikunci? Dah tersayang terlebih susah nak lepas?

Siapa suruh cari pasal?

Oh.. Tidak lah. Itu bukan kata-kata saya. Kata-kata daripada Sang Parasit. Ya. Bukan mudah. Pernah dengar ’hendak 1000 daya, tak hendak 1001 dalih’? dalam soalan SPM kertas percubaan 2010? Ah. Saya bohong. Selingan. Wahahah~

Patah hati. Kecewa. Sedih berbondong-bondong air mata tercurah. Frust kata omputeh nya. Segala macam perasaan yang mengundang kemurunganlah senang cakap. Hebat apa. Mengecewakan perasaan seorang lelaki. Huhuhu. Oh. Tidak. Tidak. Sedih sebenarnya kerana terpaksa memberitahu kebenaran. Bimbang dia akan fikir bukan-bukan. Lebih-lebih lagi bila saya berada jemaah. Namun. Tidak harus tidak. Perjuangan. Sebahagian. Andai terbunuh. Dibakar. Atau diapa-apakan, itukan syahid namanya. Memberitahu kebenaran. =) . Saya sudah hampir mengarut. Okeii.

Jika benar Allah Yang Maha Penyayang, sedang mengaturkan janji temu buat kita dan merancang cerekarama atau samarinda cinta buat kita, itu adalah sebahagian daripada skrip yang harus kita lakonkan. Buat sehabis baik dan rebutkah anugerah bintang paling popular supaya dapat diusung trofi itu ke mana-mana. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. Sakit hanya seketika. Masa adalah ubat paling mujarab.


                                                           

QS, Al-Baqarah: 153

Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Sabar:
1)      Tidak tergesa-gesa.
2)      Tahan dengan ujian.

Pemburu Sorga yang mencari NUR di belahan semak samun




Jangan shemburu pada kunang-kunang yang sedia ada NUR atau dalam bahasa melayu nya cahaya di balik punggungnya. Walau dia tidak berkeinginan, itu adalah kejadian Tuhan. suatu Anugerah.


Hmm


Setiap daripada kita, saya dan awak adalah anugerah. senyum. 
Teramat sangat berharga dan bernilai, malah lebih nilai daripada mutiara naga yang tujuh.
Kerana kita adalah pemburu sorga (bak kata Inche Gabbana. Bukanlah saya meng idola kan beliau, sekadar meminjam kata2 yang romantis)


Buat pemburu sorga yang tahu diri. Yang sedar diri di bumi mana dia berada,
Tuhan itu Maha Kaya. Baru sedikit nikmat diberi yang tak seberapa pada perkiraanNya tanpa guna kalkulator mahupun sempoa, janganlah kita merasa terlalu mewah dengan harta dunia ya. Besar kemungkinan peratus akan ditarik balik amatlah tinggi. Lebih baik berhati-hati dan menabunglah dalam BSP (Bank Simpanan Pahala) tanpa deposit RM50.


Sebentar. Kembali bercerita.


Kita adalah anugerah. 
Buat mereka yang sudah terjaga dari mimpi ngeri. (^__^) . Teruskan bermimpi buat yang sedang lena dengan kengerian dunia.


Setiap cerita kita pasti beza. Cerita saya tak sama dengan cerita awak. Walaupun berguru pada guru yang sama, namun cara didikan kita tidak sama.


Kenapa saya mendaftar ke Madarasah Tarbiyah?
Kenapa awak pilih Madrasah Tarbiyah untuk sambung study awak?


Oh. Simpan soalan ni. Bila ada masa, sila jawab sendiri dan tulisa dalam diari bergerak.


Saya. Berada di Madrasah Tarbiyah adalah untuk menjadi salah seorang pemburu sorga yang paling bergaya. Harus yang paling cun bila diberi tugas untuk beraksi. 




Berada dalam keluarga yang tidak ditarbiyah bukanlah sesuatu yang menghalang saya untuk terus menggenggam segulung Ijazah Akhirat. Sebaliknya merupakan satu bonus buat saya sebagai salah satu medan amal yang amat mencabar semestinya. 


Rasulallah SAW. Disamping bapa saudaranya, Abu Talib sehingga saat kematian Abu Talib yang berpegang teguh kepada ajaran nenek moyangnya. Kesedihan Rasulallah SAW yang tidak tertanggung oleh Beliau. Bukan fedup. Malah berusaha untuk terus memujuk.


Nah...
Kita?
Teruji baru sedikit. Jangan berperasaan yang aneh-aneh.


Mengekalkan skala terbaik sebagai individu muslim hanya sekadar di uni tak menjanjikan apa2. Sebaliknya medan kita akan menjadi lebih luas lagi apabila berhadapan dengan dunia sebenar. 


Kemudian, baru soal pada diri sendiri. 
Siapa saya (ditengah2 orang ramai)


Keindahan dunia yang tiada tara pastinya. Saat itulah barulah iman kita mula teruji. Percayalah.


Saat itu. Barulah kita meraba-raba dalam semak. Mencari nur yang bukan berada di punggung sang kunang-kunang.


Dalam madrasah Tarbiyah ini. Ayuh. Jadilah diri sendiri. =)
Berjuang dan cuma berlatih. Bukan hanya menonton sambil makan popcorn.


Credit to Cikgu Gorjes: tu ha, kat luar alam maya tu banyak lagi manusia yang tidur. Jom lah jd super hero penuh bergaya, mengeluarkan aura-aura kung fu dalam badan.





Thursday, May 31, 2012

Konspirasi Dakwah dalam “My Way” yang Memakan Belanja Paling Besar.





Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaykum, to my brothers and sisters (^__^)

Selamat menjalani hari-hari dalam hidup dengan penuuuuuuuhhh rasa bahagia dan syukur.
Ahaks... gelak kejap yang ternampakkan barisan gigi putih. Uh. Nak juga guna bahasa lentok liuk ni. Takapa, bukan isi penting dalam cerita ni.
Ini adalah program tarbiyah yang telah melibatkan diri saya dalam kancah penontonan wayang secara terang-terangan dalam Madrasah Jiwa (MISI). Serius. Sumpah ini adalah  first time. Korea plak tu. Aktor kachak Jang Dong Gun yang tersenarai dalam list suatu ketika semasa di alam ria. Siapa tak kenal hero pujaan dalam cite All About Eve  versi drama 16 episod.  Tak. Ini juga bukan isi penting. Saja mengmukaddimahkan cerita.

Yah. Dakwah tu kan kreatif. Zaman dah berubah. Ini tentang dakwah yang akan dimonopoli oleh dai’e baby boom. Memang semacam inilah ragamnya.
MY WAY. Bahasa melayunya,  JALANKU. Uwah uwah. Macam  cerita-cerita penngembaraan orang yang membawa risalah pulak. Ala-ala dai’e gitu. Bukan. Bukan. Baca dulu sampai jumpa noktah terakhir, baru macho untuk komen.

Cerita malam tadi. Kalau kita tengok dalam lensa kamera manusia biasa-biasa, cerita ni antara cerita perang terbes. Efek terpelanting paling cool, gambar chantek paling clear. Sumpah. Mesti siap nanges-nanges meleleh air mata  sukma kalbu. Ibaratnya macam cerita perang-perang zaman onyang kite-kite dulu. Tacing la bile tengok manusia-manusia yang tak bersalah ditindas. Itukan memang konspirasi penjahat yang konon maha hebat. Perasan terlampau.

Tapi. Try tengok dari konteks lens sorang manusia luar biasa unik atau bahasa heavennya, dai’e. Bayangkan. Tatsuo dengan Jung Shik yang selalu berlawan siapa lari paling laju. Dari kecik sampailah saat akhir kehidupan. Siyes. Ending cite ni hero mati. Memang bagi sentap hati gadis-gadis yang sensetif.

Satu cerita tentang perang-perang  paling dasat super ngeri dengan sound efek tahap gaban (memang kuat gila). Dua orang mamat  (Tatsuo & Jung Shik) yang hidup zaman perang masa Jepun jadi pemerintah yang syok sendiri, konon hebat tahap karma la tuh. Perjuangan untuk membebaskan  diri dari  dunia perang  yang super ngeri. Rewind: Tema – Kalau nak menang,  lari laju-laju.



Tatsuo ni pada awalnya, watak protagonis. Jeles dengan Jung Shik sebab selalu dapat nombor 2 bila ada kompetisen marathon. Takde can langsung nak menang.  Datok Tatsuo ni ketua perang Jepun tapi tinggal kat Korea. Bapak Jung Shik ni keje dengan family Tatsuo. Tatsuo ni perasan bagus. Hebat yang amat. Benci kat family Jung Shik sebab datok Tatsuo ni mati kene bom dari bungkusan yang bapak Jung Shik bagi sedangkan orang tua tu tak tau pun apa isi bungkusan tu. Propa je. Tak pasal-pasal kan. Tu lah sikap terburu-buru manusia. Lain kali periksa dulu. Tanya dulu. Takpe lah pun kalau sekali-sekala nak jadi FbI ke, CSI ke, Hawaiian 5 O ke. Ni tak. Aci nak tuduh je. Tengok. Macam ni lah kalau orang tak belajar kat Madrasah Tarbiyah. Kalau tak belajar subjek sabar dan bertenang, aci tuding-tuding jari je. Tak bagus!

Jung Shik ni budak biasa-biasa je. Miskin. Negara tertindas. Kesian kan, jadi hamba abdi Jepun. Satu yang bagus dalam diri Jung Shik bila  dia berada dalam golongan bawahan, dia tahu rasa susah orang lain.  Memang tu sepatutnya jadi manusia, fikirkan orang lain jugak. So, saya rasa as dai’e kalau takde orang yang fikirkan kawan-kawan yang tak berada di luar Madrasah Tarbiyah ni, kita lah yang kene fikirkan dorang. Cuba bagitau, orang yang dah faham tentang tuntutan perjuangan, apa lagi alasan yang dia perlu bagi untuk menghindarkan diri daripada memikirkan orang lian? Kata ukhuwah teras kegemilangan. Kata Ukhwafillah abadan abada.  Tapi kalau diri sendiri hilang masa nak fikir masalah umat, something wrong somewhere la dengan muwasafat tarbiyah tu.

Bila dah officially  mamat-mamat Korea ni jadi tentera Jepun, nak mensuspenkan cerita, rupanya Tatsuo ni jadi ketua perang Jepun. Kiranya macam pewaris datok dia la tu. Hmm... apa lagi. Semangat nak balas dendam kat Jung Shik tu makin power la. Ada la plak mandor Jepun ni yang selalu laga-lagakan orang. Espeselly bile nak bantai tentera Korea. Dia ingat manusia ni badut kot. Takde humanity value  langsung. Pas tu, dialah jugak yang menyorok bila perang-perang jadi. Manusia paling pengecut tapi berlagak hero. Ha, tu la contoh munafik macam Abdullah bin Ubai yang lari dalam perang  Badar. Bukan lari sorang-sorang tapi pandai plak hasut orang lain.

Masa jadi tentera paksa Jepun, Jung Shik ni jumpa sorang perempuan yang sama-sama ditindas. Cakap pun dah macam itik dengan ayam lah. Satu kwe-kwek, satu lagi kokook kokkok. Sebab sorang cina, sorang Korea. Matlamat yang sama, berjuang untuk kebebasan. Tapi jalan yang dilalui lain dan beza. Dai’e pun sama kan sepatutnya. Tak kiralah dai’e tu graduated  dari Universiti Tarbiyah mana-mana pun, as long tujuan yang sama, Inshaallah Islam tu akan tertegak one day. Cumenye, kalau bukan bangkitnya dari zaman kita, generasi yang sedang direkrut dalam kem tarbiyah ni lah yang akan memandu kemenangan islam. Ish. Rugi kalau tak jadi a part yang sibuk-sibuk bina bangunan dakwah dan tarbiyah.

Jepun kalah! Hoorey... tak. Belum lagi. Cerita tak habis. Baru suku.

Bila dah kalah, Tatsuo dengan Jung Shik jadi tawanan Soviet Union. Ha. Padan muka tentera Jepun. Sama taraf dengan tentera Korea. Hilang kuasa pemimpin. Oh. Sebelum. Balik ke belakang. Tentera Jepun ni, bukanlah tak ada yang boleh diambil iktibar. Satu sifat dorang. Taat kepada Pemerintah. Sanggup mati. Ibaratnya macamlah perjuangan para sahabat Rasulallah SAW dulu. Tau kan seerah keluarga Yasir? Sampai mati pun still mengesakan Tuhan. Bilal pun. Ahad! Ahad!

Okeh. Kembali. Dalam kem baru, Jung Shik jumpa Anton (ntah pa ntah nama korea dia. Dah tukar hak kewarganegaraan la tu) . Kawan baik masa kat Korea. Jadi ketua kat tentera Jepun dengan Korea. Sampaikan Tatsuo ni terpaksa gak tunduk kat Anton. Bila kedudukan dah sama taraf, baru Tatsuo ni tau dengan melihat guna mata hati, selami dengan jiwa dan rasa dengan hati perasaan orang yang dipaksa menghambakan diri, dilayan dengan kejam, diseksa dengan macam-macam seksaan. Dan baru dia sedar hati Jung Shik tu baik gile. Biar pun dah pernah kena belasah dengan Tatsuo, Jung Shik sanggup dihukum semata-mata sebab tanak bunuh Tatsuo bila disuruh oleh ketua Soviet Union. Wah... tacing, tacing.

Dai’e. Jangan pernah membenci. Biar pun dicaci, dimarah, diejek dan disindir. Kata meneladani Rasulallah SAW. Macam mana dulu Rasulallah SAW dibaling dengan najis? Dihina dengan si buta masa menyuapkan nasi ke mulutnya. Ditentang oleh ahli keluarganya. Imbas. Apa yang Rasulallah SAW buat?
Dan lagi satu. Dai’e yang memimpin kan equal to pemimpin. Kadang di atas, kadang di bawah. Tak selamanya di atas. Tak salahkan kalau meletakkan diri kita sama rendah dengan mad’u-mad’u kita. Tak salahkan kalau dengar pandangan dan pendapat dorang. Usrah yang muntij adalah usrah yang saling memberi dan menerima.

Perang berlanjutan. Sampai Korea dan Jepun  jadi kambing hitam untuk bunuh tentera German. Last. Yang hidup tinggal Jung Shik dengan Tatsuo. Tengah berjalan nak cari bantuan. Tatsuo pengsan. Rupenye dye kene tembak. Atas belas ehsan, Jung Shik ni bawak lah Tatsuo kat satu tempat tinggalan perang. Konon nak cari ubat, rupanya Jung Shik ni kene  tangkap dengan tentera Jepun. Jerit la nama Tatsuo ni sekuat hati suruh bertahan, jangan mati. Wah.. Tatsuo tacing  lagi.

3 tahun. Tatsuo yang jadi tentera German dihantar ke perairan untuk buat kubu. Dalam tiga tahun tu, rupanya Tatsuo dah insaf. Rindu amat kat Jung Shik. Entah mati ke hidup. Sedangkan dulu benci amat. Sampaikan Tatsuo ceritakan pasal Jung Shik kat tentera-tentera perang yang lain. Kagum lah dorang dengan persahabatan yang jadi dalam keadaan yang tak terancang.

Saat paling bes. Cerita tak dirancang yang director  je tau dulu cite macam ape. Tatsuo rasa jiwa dia aman tenteram je bila tengok laut dengan matahari terbenam. Kuning. Nampak sorang lelaki lari kat tepi pantai. Ahahahha. Dapat agak kan, Jung Shik lah tu. Dipanggil-panggil tak dengar rupanya Jung Shik hilang pendengaran. Masa nak selamatkan Tatsuo masa perang dulu, serbihan bom kene telinga Jung Shik. Ah. Tacing, tacing lagi. Ahahah. Suka. Suka.

Kita, dai’e lah kan. Pernah tak kita ingat-ingat, renung-renung pengorbanan yang sahabat kita pernah buat atas diri kita sepanjang kita merangkak dalam Madrasah Tarbiyah ni? Bukan pengorbanan kita pada sahabat ye.Tapi pengorbanan sahabat pada kita. Hmm.. Jarangkan kita nak fikir apa yang orang dah buat pada kita. Selalu rasa kita je yang asyik berkorban. Padahal kita tak tahu adakah pengorbanan kita ni Allah pandang atau tak.

Jadilah besfren akhirnya. Sama-sama main bola. Sama-sama lari. Kerja sama-sama. Suspen lagi. Tadi kalau scrool kat atas, hidup kan tak selalunya kat atas. Tak selalunya gembira. Kadang-kadang akan menangis. Life kan memang macam tu. Dan semua orang sedar baik student Madrasah Tarbiyah atau student harian biasa. Tentera-tentera yang keje dengan German ni dapat berita ada tentera lain nak serang dorang. Semua pun kelam-kabut. Tatsuo pandang Jung Shik dengan satu perasaan sayu. Huhuhu.. sedihnya. Dah la Jung Shik tak tau ape yang jadi. Terpinga-pinga. Muka blur. Dah pekak kan.  Tatsuo pun plan nk larikan diri dengan Jung Shik. Nak balik kampung jumpe family. Belum sempat nk larika diri esok paginya, dah kene bom kem dorang. Takde pilihan. Berperang lah jugak, dalam hati tekad nak larikan diri. Lepas dah berjaya keluar dari kem, Jung Shik dengan Tatsuo lari sekuat hati. Biarpun takde transport. Gunalah kudrat kaki yang ada untuk selamatkan diri. Dengan suasana kapal terbang menembak dari atas. Tambah dengan sound effect volume paling kuat, lagi tragis la aksi kematian Jung Shik. Jung Shik kata, Tatsuo kene jadi Jung Shik, rakyat Korea yang jadi tentera paksa. Sebab kalau ngaku Jepun, sumpah akan matilah Tatsuo nanti. Biasalah. Pergolakan dengan negara Jepun.

Sobsobsob... Sedih. Meleleh air mata. Tacing.



Dai’e. Dalam merasakan entah ape-ape  cerita yang sangat tengok malam tadi pada awalnya. Rupanya kalau tengok dengan mata sahaja memang sekadar tengok saja. Tapi. Bila kita tengok dengan mata hati dari konteks lens student madrasah Tarbiyah, Inshaallah. This is a part of tarbiyah.

Lari. Itu dalam cerita My Way.  Tapi, dalam cerita hidup kita islam adalah matlamat kita. Menuju satu negara islam. Dengan mengharapkan redha Allah. Kembali kepada yang Haq. Menuntut pengampunNya dan merelakan pengorbanan.
Dai’e. Jalannya tak sama dengan jalan manusia-manusia biasa. Biar sekuat mana pun kita, biar segagah mana pun kita, biar setegar mana pun kita. Tanpa tarbiyah, jiwa dan hati tetap kosong.  Tarbiyah mampu mengubah kita. Tarbiyah mampu membina kita.

Andaikan cerita-cerita dai’e dipamerkan seperti muvi My Way,  siapa berani jamin bahawa dia akan tangan dan berada di barisan hadapan menentang musuh.

Senyap. Fikir diri sendiri.