Asslamaulaykum~
Buah tangan spesel buat adik beradik seguru yang mungkin meter cintanya hampir berada di paras zero. Cukuplah sekadar sharing antara kita-kita bagi membangkitkan cinta yang kian malap sebelum tercas dengan bulatan gembira yang super ossem. (^__^)
Pahlawan super power.
Trade mark beliau adalah memakai serban merah ketika berperang.
Melindungi Rasulallah Saw yang cedera ketika perang Uhud dengan bahagian punggungnya ketika dipanah oleh tentera musuh. Super power kan =) (senyum bangga kerana dia adalah sebahagian daripada umat Muhammad Saw). Manusia yang memakai baju besi pun x mampu pertahankan keselematan Rasulallah SAw. Apatah lagi mereka-mereka yang ada kuasa kame hame ha mahu pun xi gong meriam atau pun kung fu sejari.
Satu part dalam perang Uhud selepas perang Badar di mana Rasulallah Saw berpesan:
"Siapakah yang sanggup mengambil pedang ini dan
menunaikan haknya dengan sebenar?"
Maka, dengan gagah berani penuh perkasa, bangunlah beberapa orang untuk mengambilnya, di antara mereka ialah Ali bin Talib, al-Zubair bin al-Awwam dan Umar bin al-Khattab. Dan akhirnya bangunlah Pahlawan Super Power yang mem
akai serban merah iaitu Abu Dujanah Sammak bin Kharsyah sambil bertanya:
"Apakah haknya wahai Rasulullah?"
Jawab Rasulullah (s.a.w): "Hendaklah pukul muka-muka musuh Allah hingga melentok".
Maka jawab Abu Dujanah: "Akulah orangnya yang akan menunaikan hak pedang itu wahai Rasulullah". Lantas Baginda pun menyerahkan pedang itu kepada Abu Dujanah.
Sebaik sahaja Abu Dujanah menerima pedang itu dari Rasulullah, terus beliau membelit kepalanya dengan serban merahnya itu ala-ala rambo. Seperti kebiasannya, apabila semua tentera melihat Abu Dujanah memakai serbannya, maka semuanya serba tahu bahawa Abu Dujanah akan berjuang habis-habisan menghancurkan musuh-musuh islam. Dan beliau pun berjalan di antara dua saf dengan lagak kesombongannya.
Dan di ketika itu Rasulullah bersabda: "Sebenarnya lagak jalan sebegini dibenci Allah kecuali di suasana sebegini".
Ketika asakan begitu sengit di sekeliling panji musyrikin ianya juga berlaku di tempat-tempat yang lain, semangat orang Islam semakin memuncak di kalangan mereka, hingga dengan itu mereka terus menerkam ke arah tentera musyrikin bagaikan ombak melanda benteng, dengan selogan yang mereka laungkan di hari Uhud, "Amit, Amit" matilah matilah.
Keterkilanan Zubair bin al-Awwam juga diceritakan dalam kisah ini; "Semasa ku memohon supaya Rasulullah menyerah pedangnnya itu pada ku lalu Baginda enggan memberinya pada ku malah diserahkan kepada Abu Dujanah, ku berbisik pada diriku, bukankah aku ini anak Sofiah ibu saudaranya, daku ini dari bangsa Quraisy pula, daku yang datang sendiri di hadapan Baginda, daku yang mendahuluinya, namun Baginda tidak memberikannya, demi Allah aku ingin lihat apa yang beliau hendak lakukan? Aku ekorinya, kemudian aku ternampak beliau mengeluarkan sehelai kain merah lalu dililit kepalanya", maka orang-orang Ansar pun berkata: "Abu Dujanah sudah pun bawa keluar serban maut", di masa itu beliau berdendang:
Daku ini yang dijanji kekasihku
Semasa dipinggir di tepian tamar itu
Ku bukan wira di belakang saf
Pukulan ku pukulan pedang Rasul dan Allah.
Setiap musyrik yang melintas di hadapannya pasti dicantas, di masa itu terdapat seorang wira di kalangan musyrikin yang tegas, ku berdoa semoga wira Islam Abu Dujanah bertemu dengan wira musyrik itu, dengan izin Allah mereka berdua bertemu, maka terjadilah perlawanan super sengit antara kedua-duanya. Mungkinlah tidak dapat dibayangkan seperti pertarungan antara darth Vader dan Obi Wan dalam Perang Bintang, masing-masing saling memukul lawannya, si musyrik tadi menetak Abu Dujanah dengan pedangnya, tapi Abu Dujanah sempat menangkis dengan perisainya menyebabkan pedangnya patah, apa lagi Abu Dujanah pun menghayun pedangnya ke badan wira kafir tadi menyebabkan beliau terhumban ke tanah.
Abu Dujanah merempuh barisan-barisan peperangan hingga sampai ke barisan pemimpin kaum ibu musyrikin, tanpa disedarinya kata Abu Dujanah:
"Di sana ku nampak seorang manusia yang mencakar seterunya, aku mara ke hadapannya sebaik sahaja aku hendak menetaknya tiba-tiba beliau menjerit, baru aku tahu yang ianya seorang perempuan, daku pun tidak jadi membunuhnya kerana menghormati pedang Rasulullah, dari membunuh seorang perempuan". Perempuan itu rupanya Hindun binti Utbah.
Kata al-Zubair bin al-Awwam: "Daku melihat Abu Dujanah menghayun pedangnya ke atas kepala Hindun binti Utbah, kemudian beliau tidak jadi menetaknya, ku berkata hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahui sedemikian".
Pada permulaan peperangan, Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepada kumpulan pemanah supaya menjaga bahagian belakang kaum muslimin daripada serangan pihak musuh. Tetapi apabila kaum musyrikin mula berundur, kaum muslimin pada ketika itu nampak seperti berada di ambang kemenangan.
Pada ketika itulah, 40 orang dari kumpulan pemanah yang diamanahkan untuk menjaga di atas Bukit Uhud telah turun untuk mengumpul harta perang yang ditinggalkan oleh kaum musyrikin di atas sangkaan mereka telah mencapai kemenangan.
Apabila kaum musyrikin melihat keadaan ini, mereka pun bertindak untuk menyerang kaum muslimin dari arah belakang. Pada ketika ini, kaum muslimin berada di ambang bahaya kerana tersepit di antara dua kumpulan kafir quraisy. Oleh sebab ini, askar quraisy telah berjaya mendekati Rasulullah s.a.w dan mencederakan baginda.
Selepas itu, ramai di antara para sahabat yang hebat membentuk perisai atau benteng untuk mempertahankan baginda. Antaranya ialah Abu Dujana. Beliau menerima banyak panahan dan tikaman tetapi sedikit pun tidak tergerak daripada posisinya. Ini membuktikan betapa cintanya para sahabat kepada Rasulullah s.a.w sehingga sanggup berbuat demikian.
Oleh yang demikian, semoga semangat jihad kita mempertahan deenullah ini akan diiringi dengan semangat jihad Abu Dujanah yang mempertahankan Rasulallah saw.
Dan, selalulah beringat bahawa kita bukanlah yang terbaik seperti Zubair bin Awwam yang cemburu kepada Abu Dujanah. Supaya kita selalu memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik pada pandangan Allah SWT dengan ibadah2 dan amalan2 yang selama ini kita usahakan.
Jadilah individu yang selalu membangkitkan semangat kepada orang lain walau saat diri kita sedang diuji.
Semoga ingatan ini bermanfaat buat anda yang membacanya saat cinta berada pada paras kosong agar tercas 2 bar sebelum diganti dengan bateri baru.
Jzkk. (^__^)
No comments:
Post a Comment