Assalamualaykum~ =)
Sepanjang-panjang hari yang sibuk. Ibarat merentas m
asa ala-ala Final Countdown. Sesibuk mana pun kita, jangan dilupa tujuan dan matlamat hidup. Dan yang paling terutama adalah niat. Bak kata hadis 1 dalam Hadith 40 hasil karangan Imam Nawawi yang mendapat gred A.
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat. Dan setiap orang hanya memperoleh apa yang diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang hijrahnya kerana dunia, dia akan mendapatnya, atau kerana wanita, dia akan menikahinya. Maka hijrahnya ke arah tujuan di sebalik hijrahnya itu”.
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Ha. Lebih kurang begitulah bunyinya.
Terlantar lebih kurang seminggu hati ini di pembaringan kerana tidak sihat dek kerana habisnya pil tahan sakit. Menunggu bila masanya doktor akan merawat walau tanpa pembedahan yang memakan belanja yang besar, cukuplah sekadar pemeriksaan menggunakan stateskop.
Murabbi. Membawa hati-hati bukanlah semudah membawa hati ayam untuk digoreng garing semacam crispy ayamas. Sukarnya dan payahnya.. Ya Rabbi. Lagi-lagi saat hati yang disentuh itu kerasnya ibarat batu gred A. Tapi, bukan bermakna tiada jalan atau hanya tinggal one way sahaja. Seperti kata super senior dalam Madrasah Tarybiyah, ”dakwah itu perlu kreatif ”. Maka, harus banyak sabar dan selalu mencuba, terus mencuba dan akan mencuba. Rasa saya tiada istilah jemu, malas, putus asa dan yang seangkatan dengannya dalam ensyclopedia seorang murabbi.
Empati. Wajib. Bukan harus. Bagi yang sedang belajar menjadi murabbi berkaliber, harus ya tanamkan azam dalam diri bahawa diri kita bukan milik kita. Tapi adalah meletakkan diri kita dalam kehidupan orang lain. Sangat susah. Siapa kata senang? Hidup yang kita aturkan cukup sempurna pada pandangan mata adalah untuk diri kita sendiri disamping orang-orang tersayang, kini terpaksa berbagi kasih dengan anak usrah yang entah siapa-siapa. Huhuhu.
Saya juga merasainya. Bagaimana mahu menyebarkan kasih dan sayang sepenuhnya kepada mereka yang bukan siapa-siapa kepada kita? Yang saya perlu ambil berat tentang kehidupannya. Yang saya perlu ambil tahu peribadinya. Yang saya perlu ambil tahu tentang ayah, ibu, kakak, abang dan adiknya. Siapalah saya yang berhak ke atas dirinya?
Murabbi. Itulah hakikatnya bila kita menceburkan diri dalam dunia super metrotarbiyah. Dan itulah sebenarnya nilaian sebuah ta’aruf, tafahum dan takaful. Menjadi sebahagian daripada mereka. Bukan paksaan tapi atas kerelaan berkongsi kasih sayang.
Kakak-kakak seguru yang telah mengajarkan ini kepada saya membuatkan saya kagum. Hati berbunga-bunga saat berjumpa mereka. Terkadang terasa bagai DNA dalam badan adalah sejenis dengan mereka.
Kuncinya. Berlapang dada dengan menerima mereka sebagai sebahagian daripada hidup kita dengan seadanya. Dan dengan merasakan bahawa mereka adalah baju yang sedang dalam proses untuk dicuci dan menunggu masa untuk dicampurkan dengan softlan bukan clorox yang fungsinya menyental pakaian sehingga putih sebersih-bersihnya TAPI menjadikan baju mereput pada akhir hayatnya.
Pesanan yang berkemungkinan adalah peneguran terhadap diri sendiri khususnya dan amnya adalah buat anda semua, jadilah murabbi seperti softlan si pewangi yang memberikan wangian kepada si pemakai walau siapa pun dia. Pewangi yang mampu mengharumkan bau-bau busuk dan hapak yang terlekat pada baju.
No comments:
Post a Comment