Ukhuwah Kuih Bunga Kemboja.
Assalamualaykum.
Muka sengih (^___^).
(lama x memblog …)
Bismillahirahmanirrahim. Tuhan yang melimpahkan rahmat berjuta-juta lemon. Tuhan yang menghadiahkan kasih sayang sebanyak-banyaknya kepada para hambaNya.
Manisnya ukhuwah terasa bila kita benar-benar merasainya dengan hati. Bukan dengan perasaan semata mahupun akal sahaja.
Penangan ukhuwah itu membekas dalam diri saya. Pertamanya bila ditinggalkan insan-insan yang pernah mencerahkan hati dan memurnikan akal. Sisters yang sangat berjasa dan telah memalitkan nama-nama mereka dalam kotak hati saya. Sisters yang membawa saya kepada Yang Haq.
Keduanya bila mereka yang menjadi tempat sandaran saya. Yang sama-sama berkongsi duka. Yang sama-sama berkongsi tempayan ayer mata. Yang sama-sama curheart. Yang amarahnya dilepiaskan amarahnya pada Buroq (brand Kelisa).
Ukhuwah itu benar-benar membekas dalam jiwa saya. Biar selalu diuji dalam berukhuwah, namun tarbiyah itu jugalah yang menjadikan hati dan jiwa saya besar. Kata Naqibah. Antara cawan dan kolah, bila diletak sesudu teh garam, yang mana akan terasa masinnya? Opkoslah cawan. Jadi, hati begitu juga rasanya. Bila hal-hal kecil kita anggap dan fikir dengan sangat besar dan berat, konfem-konfem hati yang sensetip akan terasa berganda-ganda dan berkilo-kilo beratnya. Tapi, bila hati sebesar kolah, pasti masalah-masalah yang menimpa tidak akan dirasai oleh hati.
Membesarkan hati dan meluaskan jiwa adalah satu perkara yang sangat-sangat sukar dilakukan. Credit buat para daie yang telah melalui fasa-fasa pembesaran hati dan perluasan jiwa.
Pada pandangan mata kasar orang-orang yang belum istimewa, mereka selalu merasakan kita (tentulah para daie) melakukan kerja-kerja yang sia-sia terutamanya Dakwah Fardhiyah. Kerja-kerja yang tidak mendatangkan untung kepada diri sendiri. Tapi, (para daie) sebenarnya itu adalah nilaia
n ukhuwah yang takkan terlihat oleh mata kasar. Tapi mata hati.
Percaya atau tidak, terpulang pada diri masing-masing yang menilainya. Tapi, bagi saya. Biar saya bersahabat dengan siapa-siapa pun walau dia bukan dalam sistem tarbiyah, saya tetap mengasihi dan menyayanginya atas dasar cinta kepada Tuhan. Kerana saya telah dididik di Madrasah CINTA.
Imbasan masa lalu. Selalu memikirkan sahabat-sahabat sekolah menengah yang sudah lama saya tinggalkan. Namun, hangatnya persahabatan masih terasa. Mana tidak
nya, saat Hari Raya Aidilfitri, masih merempit memungut duit raya dari rumah ke rumah. Masing-masing jadi kanak-kanak belasan tahun. Beraya sampai ke petang. Indahnya kenangan sampaikan semua menanti dan merancang bilakah akan Aidilfitri lagi.
Tahun lalu, kenangan yang paling bermakna. Apabila memaknakan reunion dengan renjisan cinta Ilahi. Saat mengenal pencipta, dan perancanganNya yang Maha Teliti, hasil komplot dengan beberapa orang sahabat, saya dan mereka yang terlibat merancang untuk iftar jamaie dan solat terawikh. MasyaAllah. Kebesaran yang tak terkata. Menitis air mata dalam sujud dan kemudian cover semula sebab takut hilang macho . (huhuhu) Boleh kan kita merancang sesuatu yang manis dengan izin dan kehendakNya.
Perancangan daripadaNya memang rapi. Andaikan sahaja saya tidak fall in love dalam Madrasah Tarbiyah ini, pasti-pasti dan yakin-yakin lah bahawa manisnya ukhuwah kuih bunga kemboja takkan dapat saya rasai sampai sekarang. Biar bertemu di benua mana pun, asalkan namanya adalah akhawat kita, InshaAllah pertemuan yang dirancang seperti beberapa tahun sudah berkenalan.
Ada yang musykil dan tak percaya kan. Hurm. Itulah namanya madrasah tarbiyah. Di mana semua hati yang fikrah dan matlamatnya adalah sama. Ukhuwah itu takkan terasa asing biarpun datang dari planet yang tak dikenali jauh dari bimasakti.
No comments:
Post a Comment