Assalamualaykum. (^__^)
Semoga masih dalam pengembaraan dunia tarbiyah yang penuh dengan fantasi dan misteri.
Minggu-minggu akhir di sekolah. Saya hampir menghabiskan era praktikum selama 3 bulan. Mengajar, mendidik juga tidak terkecuali. Jiwa semakin sebati dengan kampung guru-guru yang ditubuhkan oleh Kementerian. Dan yang penting, pelajaran daripada Maha Mengetahui yang menyediakan tuisyen-tuisyen khas untuk peperiksaan Sijil Pentarbiyahan Malaysia (SPM) di Institusi Bumi. Segala kesusahan dan kepayahan turut digalas bersama 2 orang pelajar cemerlang dalam ujian percubaan SPM ini. Mana tidaknya, jatuh bangun saya bersama mereka. Tangis tawa saya juga bersama mereka. Dan hampir bergaduh juga bersama mereka berdua.
Menghadapi dunia yang semakin mencabar dan berhadapan dengan pilihan-pilihan yang sukar untuk diberikan jawapan memberikan 1001 aneka rasa stress dan tensen kepada ruh. Tapi sebenarnya, itulah ujian bulanan yang sengaja diposkan oleh Yang Maha Mengetahui kepada pelajar-pelajarNya supaya jawapan yang ikhlas dapat diberikan semasa peperiksaan besar SPM nanti. Ada yang menjawab dengan tenang dan memberikan jawapan atas kerelaan diri sendiri. Ada juga yang kecundang dengan tidak menjawab soalan yang diberi dan ada juga yang keluar dari dewan peperiksaan tanpa hala tuju walaupun terdapat soalan-soalan dalam bentuk aneka pilihan, struktur dan esei. Teringat kata-kata seorang guru sekolah rendah suatu masa dahulu. “ Kalau tak tau nak jawap ape jawap je ape2. Jangan balik, tinggalkan jawapan kosong. Nanti langsug tak dapat markah”. Lebih kurang begitulah nasihatnya. Sangat membina dan memberi harapan kan bahawa pemeriksa kertas soalan akan meneliti setiap jawapan kita dengan sungguh-sungguh. HOHOHO. SANGAT KOOL. Pemurahnya Yang Maha Mengetahui.
Untuk lulus dalam SPM, beberapa orang senior yang telah berjaya melaluinya berkongsi cerita dengan saya. Lebih kata-kata dan nasihatnya berkisar tentang penyerahan kepada Yang Haq. Tahajjud dengan sujud sedalam-dalamnya. Merasakan Dia sebahagian daripada BFF semacam dalam rancangan reality TV “Paris Hilton’s My New BFF” tu. Maka dengan menjadikan Dia sebahagian daripada hidup kita iaitu BFF haruslah saya dan anda memupuk dan membina satu reality. Dengan merasakan bahawa bila kita makan, kita makan bersamaNya. Bila kita memakai sport shoes, kita memakai bersamaNya. Bila kita tidur, sebenarnya Dia tidur bersama kita. Dan bila kita menduduki ujian atau SPM, kita sebenarnya sedang menjawab soalan bersama Dia. Hasil daripada percubaan yang dijalankan oleh mereka yang telah berjaya menggenggam sijil Murobbi peringkat rendah, maka tips2 ini dikongsi bersama agar saya dan anda yang membaca beroleh kejayaan dengan barakah.
Tidak dilupakan juga, tips-tips asas iaitu ulangkaji daripada kitab-kitab Al-Furqan terbitan Al-Khaliq. Jadual harian kita juga harus di update untuk memastikan aktiviti-aktiviti harian sentiasa teratur dan seimbang antara duniawi dan ukhrawi.
Kata-kata ini juga merupakan salah satu tips untuk memberikan rasa tenang dan aman dalam jiwa dan hati kita. Tapi, harus dicuba dengan penghayatan. Letakkan tangan dekat dengan jantung. Istigfar beberapa kali dan ucapkan kata-kata ini dalam hati. Lebih lazat jika disertakan dengan background music.
Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu
Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami
Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami
Al-Baqarah, 2 : 286
Tika Dinihari – Dvotees-
Ayuhlah, tak salah mencuba sebelum mengatakan kita tidak mampu. Oh. Saya cukup alergik dengan perkataan TAK MAMPU, TAK TAHU dan yang seangkatannya. Sedang sudah terbukti bahawa wanita juga berupaya membawa bas atau lori dan lelaki juga berupaya memasak dengan sangat sedap dan mengemas rumah dengan sangat bersih. Kemampuan itu sebenarnya atas mind setting kita sendiri. Jangan diblend kata-kata tiada makna dalam kamus hidup itu untuk diminum dan dihadam tetapi cukuplah sekada disiram atas pokok bonsai.
No comments:
Post a Comment