25 Feb 2010
Perjalanan seorang DAI'E bermula. Dengan kalam indah, zikir meniti di batas bibir dan teman sentiasa dihati. Berat mahu melangkah. Rasa sedih dan kecewa mengapa ramai yang berundur sebelum berjuang? Alhamdulillah..Aku panjatkan syukur kerana masih bernafas untuk tertegak di atas jalan dalwah ini bersama rakan-rakan yang sentiasa punya masa dan waktu untuk Tuhan. Moga ditetapkan iman.. Ameen
26 Feb 2010
"Jalan Dakwah = SUSAH + SUKAR + PAYAH"
(kata-kata seorang pakcik yang membenarkan apa yang selalu bermain dalam kotak fikiran)
Tujuan dakwah hanya 1, TUHAN adalah matlamat.
DAKWAH..
perlu iman yang mendalam..gigih tak pernah kenal putus asa..dan..YAKIN pada JANJI DIA
Siapakah yang benar JANJINYA melainkan janji ALLAH?
Tapi aku?
Andaikan aku bukan aku yang sekarang..tidak mampu berdiri seperti sekarang..
Pasti aku akan merindui jalan aku sekarang..Pasti aku akan rindu pada kesusahan aku sekarang..
Diri ini adalah milik Tuhan..Aku jual diri ini hanya untuk Tuhan dan dakwah..Aku takut andai suatu hari aku akan kata, "mengapa aku pilih JALAN ini?"
seolah-olah aku menyesal dengan pilihan ini..
pernah rasa mahu menangis, pernah rasa aku tidak layak, pernah rasa segala-galanya yang menjatuhkan motivasi dalam diri..Aku pernah rasa itu semua =(
Pakcik Roslan: Kita pendakwah, bukan penghukum.
Bukan penghukum untuk diri orang lain mahupun diri sendiri sebaliknya pendakwah bagi orang lain dan diri sendiri.
Aku mula bangun, tersedar dari lena, tersedar dari ketakutan..
Alhamdulillah..tamrin ini beri semangat pada diri, beri kekuatan pada diri, beri nafas pada jiwa dan beri rasa tenang pada hati... =)
Buat sahabat yang sama-sama berjuang,
aku hanya mampu berdoa agar kita sama-sama istiqamah, tidak tersungkur di tengah jalan, tersesat di pinggir jalan dan terputus saat hampir dengan kemenangan..
TAKBIR!
Sunday, February 28, 2010
Monday, February 22, 2010
Bila disuruh memilih
Bismillahirrahminirrahim~
Ya Hafeez
Pelindung di kala aku susah dan senang
Hanya padaMu tempatku mengadu
"...Ya Tuhan Kami, ampunilah disa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami..."
(Ali Imran: 47)
Diri ini sebenarnya leka dengan indahnya dunia yang sebenarnya hanya pentas lakonan. Mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin sekejap lagi dunia ini tidak akan ada lagi. Mungkin semalam aku lebih baik dari hari ini, tanpa aku sedar. Atau mungkin esok lebih teruk dari hari ini.
Aku punya pilihan tapi tidak tahu sama ada pilihan itu adalah pilihan yang terbaik atau terburuk. Aku punya pilihan sama ada mahu atau tidak. Tanpa paksaan mahupun desakan, semuanya atas kerelaan dan kehendak hati. Aku takut apabila mahu memilih. Aku tidak kuat untuk buat pilihan kerana aku mahu yang terbaik untuk diri ini. Tapi aku tidak tahu di mana letaknya garis hidup diri ini. Mungkin selayaknya aku mendapat yang tidak sepatutnya atau mungkin selayaknya aku mendapat apa yang sepatutnya.
"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216)

Saturday, February 20, 2010
Cinta Adalah..
Inilah Cinta: Terbang tinggi ke langit
Setiap saat mencampakkan ratusan hijab
Pertama kali menyangkal hidup (zuhud),
Pada akhirnya (jiwa) berjalan tanpa kaki (tubuh)
Cinta memandang dunia telah raib
Dan tak mempedulikan yang nampak di mata
…
Ia memandang jauh ke sebalik dunia bentuk-bentuk
Menembus hakikat segala sesuatu
Jalaluddin Rumi

Friday, February 19, 2010
kesimpulannya..
Realiti sebuah kehidupan menjadikan seseorang matang
Matang dari segi fikiran ataupun tumbesaran?
Ahh...fikir sendiri kerana hanya diri sendiri yang tahu diri itu bagaimana
Bukan siapa-siapa yang mahu nilai diri itu
Hidup kadang-kadang menyedihkan
Hidup kadang-kadang menggembirakan
Betul atau salah apa yang cuba disampaikan?
Haa...teka sendiri apa jawapan itu
Itu adalah lumrah tentang sebuah kehidupan
Jatuh bangun dalam lumpur atau air susu?
Menjadikan diri semakin matang dari hari ke hari
Tanpa perlu disedari dan dipinta, ia hadir sendiri
Kesimpulannya...
Yakin pada Tuhan dan percaya pada Dia
Bahawa kita kuat untuk berdiri andaikan Dia adalah sandaran
Biar untuk CINTA sekali pun
Seandainya Dia jadi sandaran, pasti CINTA itu utuh dan kukuh kerana CINTA mengajar aku untuk menjadi MATANG dan DEWASA
Percaya atau tidak?
Tanya pada hati kerana hati menyimpan seribu jawapan dan akal yang mencetuskan seribu persoalan
notakaki::
aku kini jadi matang apabila jadi seorang GADIS dan menanti untuk jadi seorang WANITA!
ngee...~
aku kini jadi matang apabila jadi seorang GADIS dan menanti untuk jadi seorang WANITA!
ngee...~
Wednesday, February 17, 2010
breath
Ya Hakeem~
Pemilik seluruh jiwa..
its hard to tell...
cuti seminggu cam setahun je...berkarat dok rumah. jiwa rasa kering
songsang kot aku ni??
spatutnya hepi bile blk rumah...
dun noe y....
da cite kat bribu org tp still x jmpe jwpn..
stress..cam nk pecah tempurung kepala
tak tau apa yg aku nak
tak tau apa yg aku perlu
everything ??? in my mind
want to cry, tapi air mata tak kuar
want to laugh, tapi kt luar je ketawa lebey..
dalam hati ni..cam hilang deria rasa
then...
i've got this msg...
kak una::
merasai kehadiran Allah dalam hati menjadikan kita sentiasa ada kawan, wpun kesorangan. lbh2 lg jika kita dikelilingi insan tsyg. kosongnya hati kita dari mengingati Allah akan membuat kita kesepian wpun berada di tgh rmai org. Penuhi hdup dgn kasih syg dan prhatian dr Allah..
he::
iman tu turun naik. de mse Allah nk uji..semua orang penah diuji. Sabar n terima.
both of you! thx yay!
Allah sentiasa uji hamba Dia. Masa susah..masa senang..tu semua ujian. Mungkin aku tak sedar yang hati ini sedang diuji..
Aku jauh dari Quran agaknya..sibuk bukan alasan. Selagi aku bernafas di bumi Allah, selagi itu Quran teman aku.
Now...
I feel i can breath smoothly...
not alone..maybe with Him and him..
thanx Allah!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?
Dan Kami telah meringankan bebanmu yang berat
yang membebankan punggungmu?
Dan kami muliakan namamu
Sesungguhnya disamping kesukaran, datanglah kesenangan
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan)
maka bersusah payahlah (mengerjakan pekerjaan yang lain)
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.
(Al-Insyirah)
Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?
Dan Kami telah meringankan bebanmu yang berat
yang membebankan punggungmu?
Dan kami muliakan namamu
Sesungguhnya disamping kesukaran, datanglah kesenangan
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan)
maka bersusah payahlah (mengerjakan pekerjaan yang lain)
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.
(Al-Insyirah)
Now...
I feel i can breath smoothly...
not alone..maybe with Him and him..
thanx Allah!
Tuesday, February 16, 2010
~Bismilahirrahmanirrahim...::
"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman"
(Ali Imran:139)
(Ali Imran:139)
Hidup umpama jasad tanpa roh
Punya deria tapi tak mampu merasa
Punya hati tapi hilang entah ke mana
jiwa rasa kosong, pinta untuk diisi
mahu menangis tapi mata tidak menitiskan air mata
keliru dengan diri sendiri
tak tahu apa yang terjadi
seolah-olah aku bukan diriku

Thursday, February 11, 2010
bisu bicara
Tuhan...Engkau yang aku cinta
Engkau pemberi ilham
untuk aku coretkan seribu kisah
Ini satu cerita
cerita tentang bisu..benarkah?
Bisu bicara tanpa kata
Tandanya suka..barangkali?
tandanya benci..mungkin?
Bisu tanpa bicara
Engkau pemberi ilham
untuk aku coretkan seribu kisah
Ini satu cerita
cerita tentang bisu..benarkah?
Bisu bicara tanpa kata
Tandanya suka..barangkali?
tandanya benci..mungkin?
Bisu tanpa bicara
Tiada noktah
Tanpa seru
Tanpa tanda soal??
Bisu tanpa suara membangkitkan seribu persoalan
Punya makna tersembunyi
Punya kisah tersirat
Apa mungkin bisa merungkai bisu itu
Hingga terlerai segala kisah dan rahsia
~Tuhan itu tahu apa yang ada dalam hati kamu, baik yang tersurat atau tersirat. Baik bisu tanpa bicara atau bicara dengan kata-kata. Tuhan maha tahu atas segala sesuatu kerana kita hanya hambaNya dan Dia adalah pencipta.

Monday, February 8, 2010
25 Safar 1431H
YA Jabbar....
Aku sayang PADAMU
25 Safar
Engkau beri aku nafas
untuk jejak kaki lihat dunia
tatap wajah bonda dan ayahanda
ketemu dalam ukhwah bersahabat
Engkau beri aku nafas cinta
mekar dalam taman hati
Engkau perhatikan aku
Engkau pedulikan aku
Kala ini,
aku hanya ingin doa
untuk diriku agar istiqamah dalam jalan dakwah
tidak mahu tercicir tapi mahu terus kehadapan
Kala ini,
aku hanya ingin doa
mereka yang mengasihi aku peroleh cinta dari Ilahi
sama seperti mereka mengasihiku
25Safar
Ini hari lahirku
Gembira jadi dewasa
Takut hitung hari
bila mahu jumpa Dia
.Pssttt::
hepi beday Dear...(wish to my self)
=D
jangan sedih
Rabb Pencinta sekalian makhluk
Baik di bumi mahupun semesta...
Sayang,
Jangan sedih
Bila kamu sedih
Aku anggap kamu lemah
Aku anggap kamu bukan pejuang
Aku anggap kamu insan lemah
tak berdaya
Biar diuji sedikit
kamu mula goyah
kamu mula terumbang ambing
bagai kapal mahu karam di lautan
Sayang,
Aku tahu diri itu bisa lakukan
Aku tahu diri itu kuat
Andai kau tahu
Tuhan itu ada
Bisa sembuhkan kesedihan
Bisa sembuhkan rasa sakit yang bernanah di hati
Ya, aku tahu kamu
persis
Tahu kamu bisa lakukan
kerana doaku sentiasa untuk kamu
kerana Tuhan Maha tahu atas segala sesuatu
(Al-Furqan : 74)

kopi + susu = manis
Pahit untuk ditelan
Tapi itulah penawar
Boleh atau tidak aku katakan dia seperti kopi
pahit dan kelat
di benaknya mungkin timbul pelbagai soalan
kadang-kadang soalan yang tidak punya jawapan
Boleh atau tidak aku katakan dia seperti kopi
pahit dan sedikit manis
bila lihatnya senyum
di benaknya hilang sedikit persoalan
yang kadang-kadang menerpa minda tapi tidak diluah,
disimpan dalam kotak fikiran untuk difikir
Boleh atau tidak aku katakan dia seperti kopi
pahit dan manis
bila lihat dia ketawa seperti masalah tidak pernah wujud
walaupun sebenarnya ada
tapi dibiar untuk berfikir dan terus berfikir
mencari jalan penyelesaian
mungkin dia semakin matang
selari dengan putaran hidupnya
Andai dia kopi
sudi atau tidak jika aku jadi susu??
supaya boleh jadi kopi caramel?
bercampur menjadi satu
mencipta kemanisan
menyemai bahagia
tiada lagi pahit yang bisa menggores hati
yang bisa melukakan jiwa
notakaki:: Tapi itulah penawar

ngee~ =)
hanya untuk dia yang rasakan dirinya pahit dan memerlukan susu untuk mencipta ion-ion manis secawan kopi
would you be my ........ ?
Andaikan aku diberi kesempatan
untuk mengatakan sesuatu
yang mungkin menjadi nyata
bukan hanya angan-angan
bukan hanya omongan
Tahu...
apa yang aku mahu kata?
Bila ditanya pada hati
Jujur pada bicara
Manis meniti dibibir
Aku mahu kata dengan sekuat hati
Biar satu dunia tahu
Biar satu semesta mengerti
Aku mahu tanya
Would You Be My....
TEDDY BEAR????
untuk aku dakap seerat-eratnya
untuk aku cium sepuas-puasnya
hujan hadiah hati
Lihat di luar sana
Palingkan muka, pandang ke luar
HuJaN...hujan turun lagi
Subhanallah.... =D
Dia hadiahkan aku dengan hadiah paling bermakna
Dia buat hati ini berbunga-bunga
Aku sentuh ia...
menggetarkan jiwa..menenteramkan hati
bagaikan aku bukan di sini
Jiwa ini penuh dengan harapan
Tidak mahu hujan ini berhenti
Mahu terus menitis membasah bumi

Sunday, February 7, 2010
Andaikan aku yang bercinta. Ini jawapannya.. =D
Awak sedih??
Awak marah saya??
Awak tak suka saya lagi??
Awak..
Tuhan sayang awak
Tuhan sayang saya
Belum tentu hidup kita bahagia kalau jalan ni yang kita pilih
Awak tak mahu bahagia?
Manisnya..lazatnya..
bercinta lepas ada ikatan yang sah
Awak tahu..
Tuhan uji hambaNya dengan pelbagai ujian
saya..
mungkin ujian untuk awak
kalau awak hanyut..nanti awak salahkan saya di akhirat
saya sepatutnya jadi tulang belakang awak
bantu awak, senangkan hidup awak
tapi..
kalau kita pilih jalan salah...
akhirnya....?
Awak..
saya tak kuat..
tapi saya yakin janji Tuhan
sebab Allah sayang saya
Allah sayang awak
Allah sayang semua hambaNya yang bercinta
kerana Dia
"... boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah:216)
notakaki::
pssttt...entry yang penuh dengan bunga-bunga cinta..terfikir, andai satu hari nanti diri ini jatuh hati. Mampu atau tidak aku berdiri seperti hari ini, memikul beban dakwah? Tertanya, sudikah dia berada di jalan ini bersamaku?

Biru
dari seorang gadis
madah untuk ayah
Ya Ilahi....
Kurniakan rasa bahagia untuk ayah
Berikan ketenangan pada ayah
Semaikan benih cinta untuk ayah
Madah ini hanya untuk ayah
Walau ayah tidak tahu
tapi hati ini
ingin sekali kucup dahi ayah
ingin sekali peluk ayah
ingin sekali dakap ayah
tidak mahu pisah
tidak mahu jauh
Cukup hilang sang ratu
tak mahu hilang sang raja
cukup hilang cinta ibu
tak mahu hilang cinta ayah
madah ini untuk ayah
selamanya
bukan sementara
sayang ayah ~
Kurniakan rasa bahagia untuk ayah
Berikan ketenangan pada ayah
Semaikan benih cinta untuk ayah
Madah ini hanya untuk ayah
Walau ayah tidak tahu
tapi hati ini
ingin sekali kucup dahi ayah
ingin sekali peluk ayah
ingin sekali dakap ayah
tidak mahu pisah
tidak mahu jauh
Cukup hilang sang ratu
tak mahu hilang sang raja
cukup hilang cinta ibu
tak mahu hilang cinta ayah
madah ini untuk ayah
selamanya
bukan sementara
sayang ayah ~
Proud Of You by Fiona Fung
Love in your eyes
Sitting silent by my side
Going on Holding hand
Walking through the nights
Hold me up Hold me tight
Lift me up to touch the sky
Teaching me to love with heart
Helping me open my mind
I can fly
I'm proud that I can fly
To give the best of mine
Till the end of the time
Believe me I can fly
I'm proud that I can fly
To give the best of mine
The heaven in the sky
Stars in the sky
Wishing once upon a time
Give me love Make me smile
Till the end of life
Hold me up Hold me tight
Lift me up to touch the sky
Teaching me to love with heart
Helping me open my mind
I can fly
I'm proud that I can fly
To give the best of mine
Till the end of the time
Believe me I can fly
I'm proud that I can fly
To give the best of mine
The heaven in the sky
Can't you believe that you light up my way
No matter how that ease my path
I'll never lose my faith.
See me fly
I'm proud to fly up high
Show you the best of mine
Till the end of the time.
Believe me I can fly
I'm singing in the sky
Show you the best of mine
The heaven in the sky.
Nothing can stop me
Spread my wings so wide
* i luv diz song bcoz..... =)
pssst....try dgr lgu ni...sure fall in luv...
~
Thursday, February 4, 2010
ayahanda
Rungkaian kata
buat ayahanda yang selalu ada dalam hati....
yang selalu dekat dengan jiwa...
Usrah hari ni..'touching'
bila tiba-tiba bicara tentang ayahanda dan bonda
teringat pada ayahanda..
rupa-rupanya selama ini, kasih dan sayang aku hanya pada bonda
lupa dan alpa seketika pada ayahanda
mungkin aku hanya melihat bonda yang banyak berkorban untuk anak-anak
sampai satu saat Izrail menjemput bonda, seakan jiwa dan hati ini mati
seperti yatim piatu
Aku lupa pada ayahanda
yang sering dodoikan aku
yang sering kendong aku
yang sering riba aku
aku lupa rupanya..
Ayah..
andai engkau tahu
jika bonda adalah ratu hatiku
engkau adalah raja hatiku
biar tiada ungkapan 'sayang' meniti dibibirmu..
aku tahu..aku mengerti
engkau menyayangi anak-anakmu...
Moga sentiasa dalam redha Ilahi
Moga diberi kesihatan yang baik
=)

aku dan niqab
Bismillahirrahmanirrahim....
Wadah indah buat tatapan, =D
Ingin aku coretkan satu pengalaman..tentang diri bergelar seorang gadis
Aku mulakan langkahku dengan debaran
Jantungku seakan tidak mau berhenti berdegup
Kadang-kadang aku rasakan lumpuh seluruh anggota
Aku perlu kekuatan untuk lakukan ini
Aku mau tahu apa yang 'mereka' rasa
Ini adalah kali pertama aku
Kali pertama untuk berhadapan dengan masyarakat?
Seorang sahabat, seorang teman memberi sokongan padaku
NIAT
Trimas kawan! =D
bimbang..pandangan orang terhadap diri
Berada di tengah-tengah kesibukan lautan manusia membeli belah
Hari itu aku jadi tumpuan..
Wa...lagak dan gaya seperti artis..
Tertunduk malu...aku gagahkan jua..
Bila ditanya apa yang aku rasa
Berdebar, takut, bimbang, resah..mungkin sedikit putus asa...
hahahaha
kata seorang sahabat :
"biar rasa malu, takut dan tak mau..tapi jiwa rasa tenang dan damai"
Kesimpulannya..
Mungkin aku belum bersedia untuk jadi seperti ini
Mungkin aku perlukan masa
Tapi,
Aku bangga melihat 'mereka' yang istiqamah
Mungkin suatu hari nanti, aku punya peluang untuk jadi seperti ini lagi
dan....aku sudah melaluinya untuk kali pertama..
(senyum)

Tuesday, February 2, 2010
Aku ingin mencintai dirimu
Tapi aku belum mencintai Dia
Aku ingin mengasihimu
Tapi aku belum mengasihi Muhammad saw
Aku ingin menyayangimu
Tapi aku belum menyayangi ibu bapaku
Aku ingin bersama denganmu
Tapi aku belum bersama dakwahku
Aku ingin merinduimu
Tapi aku belum merindui jalan juangku
Tuhan pemilik hati ini
Jangan biar aku sendiri
kerana aku bimbang aku bisa paling dari jalan ini
aku bimbang aku jadi fitnah pada dirinya

Subscribe to:
Posts (Atom)