Sunday, February 7, 2010

Andaikan aku yang bercinta. Ini jawapannya.. =D

Awak sedih??
Awak marah saya??
Awak tak suka saya lagi??

Awak..
Tuhan sayang awak
Tuhan sayang saya
Belum tentu hidup kita bahagia kalau jalan ni yang kita pilih
Awak tak mahu bahagia?
Manisnya..lazatnya..
bercinta lepas ada ikatan yang sah

Awak tahu..
Tuhan uji hambaNya dengan pelbagai ujian
saya..
mungkin ujian untuk awak

kalau awak hanyut..nanti awak salahkan saya di akhirat
saya sepatutnya jadi tulang belakang awak
bantu awak, senangkan hidup awak
tapi..
kalau kita pilih jalan salah...
akhirnya....?

Awak..
saya tak kuat..
tapi saya yakin janji Tuhan
sebab Allah sayang saya
Allah sayang awak
Allah sayang semua hambaNya yang bercinta
kerana Dia

"... boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah:216)

notakaki::
pssttt...entry yang penuh dengan bunga-bunga cinta..terfikir, andai satu hari nanti diri ini jatuh hati. Mampu atau tidak aku berdiri seperti hari ini, memikul beban dakwah? Tertanya, sudikah dia berada di jalan ini bersamaku?

No comments: