Monday, February 8, 2010

kopi + susu = manis



Pahit untuk ditelan
Tapi itulah penawar


Boleh atau tidak aku katakan dia seperti kopi

pahit dan kelat

di benaknya mungkin timbul pelbagai soalan

kadang-kadang soalan yang tidak punya jawapan


Boleh atau tidak aku katakan dia seperti kopi

pahit dan sedikit manis

bila lihatnya senyum

di benaknya hilang sedikit persoalan
yang kadang-kadang menerpa minda
tapi tidak diluah,
disimpan dalam kotak fikiran untuk difikir


Boleh atau tidak aku katakan dia seperti kopi

pahit dan manis

bila lihat dia ketawa
seperti masalah tidak pernah wujud
walaupun sebenarnya ada

tapi dibiar untuk berfikir dan terus berfikir

mencari jalan penyelesaian
mungkin dia semakin matang
selari dengan putaran hidupnya

Andai dia kopi

sudi atau tidak jika aku jadi susu??

supaya boleh jadi kopi caramel?
bercampur menjadi satu
mencipta kemanisan
menyemai bahagia
tiada lagi pahit yang bisa menggores hati
yang bisa melukakan jiwa

notakaki::
ngee~ =)

hanya untuk dia yang rasakan dirinya pahit dan memerlukan susu untuk mencipta ion-ion manis secawan kopi

No comments: