Realiti sebuah kehidupan menjadikan seseorang matang
Matang dari segi fikiran ataupun tumbesaran?
Ahh...fikir sendiri kerana hanya diri sendiri yang tahu diri itu bagaimana
Bukan siapa-siapa yang mahu nilai diri itu
Hidup kadang-kadang menyedihkan
Hidup kadang-kadang menggembirakan
Betul atau salah apa yang cuba disampaikan?
Haa...teka sendiri apa jawapan itu
Itu adalah lumrah tentang sebuah kehidupan
Jatuh bangun dalam lumpur atau air susu?
Menjadikan diri semakin matang dari hari ke hari
Tanpa perlu disedari dan dipinta, ia hadir sendiri
Kesimpulannya...
Yakin pada Tuhan dan percaya pada Dia
Bahawa kita kuat untuk berdiri andaikan Dia adalah sandaran
Biar untuk CINTA sekali pun
Seandainya Dia jadi sandaran, pasti CINTA itu utuh dan kukuh kerana CINTA mengajar aku untuk menjadi MATANG dan DEWASA
Percaya atau tidak?
Tanya pada hati kerana hati menyimpan seribu jawapan dan akal yang mencetuskan seribu persoalan
notakaki::
aku kini jadi matang apabila jadi seorang GADIS dan menanti untuk jadi seorang WANITA!
ngee...~
aku kini jadi matang apabila jadi seorang GADIS dan menanti untuk jadi seorang WANITA!
ngee...~
No comments:
Post a Comment